Sinopsis

408 12 4
                                    

Aku pandang mama yang duduk di atas sofa empuk. Air matanya bercucuran dari tadi. Ayah pula sudah hilang entah kemana. Aku bungkam. Aku penat. Letih.

Sudah agak setengah jam juga kami berada di sini. Hotel Stars. Sejak kejadian tadi aku pantas bawa mama ke sini. Rumah kami sudah tidak selamat lagi. Walaupun aku tahu yang aku tak akan terselamat kemana sahaja aku pergi. Persetankan semua itu. Yang penting sekarang aku rasa aku selamat.

Sejak sampai di sini juga aku sudah tidak lagi terdengar apa-apa. Atau ternampak apa-apa. Aku kira semuanya sudah beransur pulih walaupun peluangnya agak tipis pada awalnya.

Biarlah. Pergi mampus lah syaitan tu. Siapa dia yang hendak menentukan ajal aku. Siapa dia yang hendak beritahu 'aku sudah tak selamat lagi'? Semua tu sial. Bodoh. Celaka. Aku perlu yakin dan percaya pada diri sendiri. Dan aku perlu yakin pada Tuhan.

Untuk seketika aku banyak mengelamun memikirkan perihal kejadian pelik ini yang menimpa aku. Akulah puncanya. Aku lah puncanya kenapa Daniel mati. Aku juga punca kenapa Azri sudah seperti orang hilang arah ketika ini.

Arghhh. Pergi mati lah siapa-siapa pon punya punca.

'Kau tak akan selamat.'

Sial. Suara itu. Aku dengar lagi. Aku kira suara itu akan hilang sebaik sahaja aku melangkah keluar dari rumah itu. Tapi sekarang. Aku dengar lagi. Celaka betul!

Sejak beberapa minggu lepas aku selalu diganggu oleh suara-suara halus ini. Namun minggu ini, suara itu menggangggu aku lebih kerap. Lebih kerap dari biasa. Suara itu umpama berada dalam diri aku. Membisikkan kata-kata dari dalam tapi aku yakin itu bukan suara aku. Itu suara lahanat syaitan yang asyik hendak menakut-nakutkan aku.

"Pergilah kau setan. Pergi. Berambus bodoh." Aku jerit kuat. Mama yang menangis dari tadi terhenti tangisannya.

Aku cuba ketap telinga dengan kedua-dua belah tangan. Aku pejam mata rapat namun semuanya gagal. Aku tetap mampu mendengar suara desahan itu lagi. Bahkan kini makin kuat.

"Han." Sayup aku dengar suara mam memanggil aku. Suaranya serak. Terketar-ketar. Mungkin dia masih dalam ketakutan dengan perkara yang berlaku pagi tadi. Dia masih statik di tempat yang sama juga.

'Mak engkau panggil Nazhan.' Suara itu berkata lagi.

"Diam lah kau lahanat. Kau lahanat! Pergi mati lah!" Aku jerit lagi. Kali ini lebih kuat. Aku tahu suara itu saja mahu mempengaruhi fikiran aku sekarang.

Arghhh. Tiba-tiba aku dengar bunyi desingan yang kuat. Unpama bunyi itu rapat di sebelah telinga aku sahaja.

Aaahh. Bunyi ini boleh buat aku pekak.

Telinga aku rasa sakit. Pedih. Aku rasa ada cecair panas mengalir ke dalam telinga aku. Dan aku sedar pandanganku gelap tiba-tiba.

KelamWhere stories live. Discover now