Chapter 1: Introduction

1.1K 53 16
                                    

Assalammualaikum para readers! Ini fanfic ku dulu pada tahun 2016. Fanfic ini dah lama di fanfiction.net. Sekarang aku publish fanfic yang sama kat sini. Aku bosan je. Hehehe *sweatdrop*.

Brother's Treasure

Disclaimers: Semua karakter adalah kepunyaan Monsta. Idea hanya kepunyaan ku. Fanfic ni AU. No powers. Brotherly love HaliTau. Don't worry no romance.

Warning: Mohon maaf atas kekurangan penulisan ku. Pada tahun 2016 aku masih baru dalam menulis. Kamu akan jumpa bahasa bercampur. Author akan ubah sikit kat sini. Jangan risau ia tetap sama dengan apa ada di fanfiction.net.

READ and ENJOY!

Chapter 1, Introduction

Pada suatu malam, telah berlakunya satu tragedi. Ketika itu adalah malam yang dingin disebabkan turunnya hujan lebat.

Kejadian itu berlaku di sebuah jalan raya. Ada sebuah kereta yang sedang memandu di sana. Di dalam kereta itu mempunyai 4 orang penumpang. Seorang ayah, ibu dan dua anak lelaki iaitu anak yang pertama yang berumur 16 tahun dan anak yang bongsu berumur 6 bulan. Si bongsu tengah duduk di pangkuan abang sambil memeluk.

Tiba-tiba, kereta itu tergelincir membuatkan kereta itu berpusing. Ia mula terbalik dan bergolek di sepanjang jalan. Kini kereta itu berhenti dan mendarat secara terbalik. Tempat itu tiba-tiba menjadi sunyi. Tiba-tiba ada satu bunyi iaitu datang dari tempat duduk pintu belakang. Pintu yang telah rosak teruk itu telah dibuka kuat dan munculnya anak yang sulung itu. Dia cepat-cepat mengambil nafas yang panjang selepas pintu itu terbuka.

Apabila dia telah tenang sedikit, dia terdengar suara. Suara itu rupanya datang dari ibunya.

"Hali, tolong pergi dari sini." Kata si ibu.

"Tapi, mak macam mana? Ayah?" Tanya si anak.

"Ayah kau takde lagi dan mak pun takde masa lagi. Uhuk, uhuk! Tolong bawa dia bersamamu."

Anak sulung itu pandang kepada bayi yang tidak mengedari bahawa dia masih memeluknya. Bayi itu masih bernafas. Dia pandang balik kepada si ibu. Dia teragak-agak di mana dia mahu meninggalkan ibunya atau tidak.

"Tapi mak-"

"Tolong pergi nak." Rayu si ibu.

"Tolonglah." Si ibu berkata lagi.

Si abang pun ikut arahan ibunya dan keluar dari kereta. Apabila dia sudah keluar, dia terus rasa sakit. Dia merasa ada luka di kaki kanan dan di belakangnya. Dia juga merasa dia ada lebam di muka juga terluka yang kini mengalir darah.

Dia mencek adiknya. Adiknya juga ada luka iaitu luka di tangan kirinya dan juga mempunyai lebam di muka dan badannya. Tetapi luka itu tidak serius.Ketika si abang masih memastikan adiknya itu, ibunya berkata lagi buat kali terakhir,

"Sekarang, pergi."

"Mak-" Sebelum si abang itu mahu bercakap sesuatu, dia mendengar bunyi sesuatu menitik.

Dia nampak minyak mengalir keluar dari kereta. Mata si abang membulat besar kerana dia tahu, kereta itu akan meletup.

Dia cepat lari dari situ dan membawa adiknya bersama. Kereta itu pun meletup, membuatkan si abang terbang jauh. Dia mendarat kesakitan. Dia bangkit dengan pelahan dan mencek adiknya lagi jika dia cedera lagi atau tidak. Dia lega bahawa adiknya tidak cedera cuma adiknya menangis. Mungkin sebab bunyi letupan itu telah membuat adiknya menangis.

Tiba-tiba dengan rasa dirinya hancur luluh, si abang jatuh ke lutut dan terus menangis. Dia tahu bahawa hidupnya akan berubah. Dia memeluk adiknya dengan erat.

Brother's TreasureWhere stories live. Discover now