Murabbi

8 0 0
                                    

PENTINGNYA MEMILIKI SYEIKH

Imam al-Ghazali menegaskan tentang kepentingan seorang Syeikh,

"Seseorang murid perlukan seseorang Syeikh atau Ustaz yang boleh diikutinya, agar Syeikh akan menunjukkannya arah jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-jalam syaitan itu pula terlalu banyak dan mudah pula. Sesiapa yang tidak ada Syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memimpinnya ke arah jalan-jalannya.

Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya ia telah membahayakan dirinya dan membinasakannya. Orang yang bersendirian (tanpa Syeikh) itu adalah ibarat pokok tumbuh sendiri berdaun (rimbun) ia tidak akan berbuah. Maka hendaklah orang yang mengawasi seseorang murid itu ialah Syeikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap Syeikhnya itu."

Selanjutnya, Syeikh Ibnu 'Athaillah as-Sakandari Rahimahullah juga berpesan,

"Sayugialah bagi sesiapa yang telah berazam untuk mendapatkan asuhan agama dan menjalani jalan kebenaran untuk mencari seseorang Syeikh dari kalangan ahli al-tahqiq yang menjalani jalan tersebut, yang meninggalkan hawa nafsunya, yang teguh pendiriannya dalam khidmatnya terhadap Tuhannya. Maka apabila murid itu telah mendapat Syeikh tersebut, hendaklah ia taat terhadap suruhannya dan menjauhi apa-apa yang dilarangnya dan ditegahnya."

Seorang Syeikh melantunkan sebuah puisi,

"Bila engkau berjalan tanpa pembimbing, akan memerlukan waktu dua ratus tahun untuk perjalanan dua hari."

Syeikh juga mengatakan, "Mempelajari Ilmu Hakikat perlu limpahan dari rohani guru. Tak bisa dari sekadar akal melalui ruang seperti ini (pembacaan). Harus dibimbing seorang Guru Mursyid yang sanad ruhaninya/keguruan tidak terputus dengan Rasulullah saw kerana bisa tersesat dengan akal  sebagaimana dijelaskan Syeikh Abu  Yazid Al-Bustami ” Barang siapa berguru tanpa Mursyid maka wajib syaitan gurunya”. Carilah seorang Waliyam Mursida/pembimbing agar tidak gelap didalam gua jasadmu."

Bagi yang belum dikurniakan seorang Syeikh akan ditemukan satu hari nanti. Ikhlaskanlah niat untuk Allah. Allah akan mengurniakan kepada mereka yang benar dalam niatnya. Perbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. serta berusaha ke arah jalan yang terpimpin.

Cc: Ar Rumaisaà

Coretan PenaWhere stories live. Discover now