Part 13: Bukan Disini

29 1 1
                                    

BARAT FAIRYLAND:

HUSH

"Huh, lama dah tak pergi sini" ujar putera sambil melihat kiri kanannya yang penuh dengan tumbuhan berbunga yang berwarna biru dan putih. Didepannya pula kelihatan ada sebuah perigi yang agak usang dan sekelilingnya penuh dengan daun daun yang menjalar.

"bukan ke baru semalam kau kat sini? Sebelum kau jumpa kawan kawan aku." Kata Aina sambil memetik bunga yang berwarna biru dan memakanya.

"lama jugak tu. Dah hampir 10 jam aku tinggalkan kawasan ni. Ha ha ha, rilek lah Aina oi. Nampak sangat kau lapar makan bunga tu." Gelak si putera sambil memberikan Aina sepotong sandwich yang diambilnya dari istana Aina.

"hah, sempat jugak kau ambil makanan istana aku sebelum roboh eh, thank you lah sir" balas Aina sambil mengambil sandwich yang dihulurkan oleh sang putera itu.

Perjalanan mereka berdua diteruskan sehinggalah mereka berdua terdengar suara yang membaca mantera dan aura aura kejahatan durjana terasa.

"urh, ini..., kuatnya.." ujar putera sambil memegang kepalanya. Sakit mungkin.

"ya, ini kuat rasanya, aku rasa aku dah hilang selera makan, aaaAAaaaAaa" ujar Aina lalu memaut pada sebatang pokok.

TAP TAP TAP!

"Patutlah kuat, ini sihir terlarang. Aku syak Black Queen ada berdekatan. Sebab tu aku tak dapat tahan aura ini." Ujar putera sambil mengeluarkan cahaya hijau dari tangannya.

"what!? So Izha, Nurul, Hafiz dan Alien kesayangan aku? Mereka macam mana!?" jerit Aina dengan suara yang kecil tetapi keras. Sang putera memandang wajah Aina dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"mereka akan diperangkap. Kita perlukan Izha di sini untuk matikan punca tentera bernombor itu. Punca itu disini! Di Barat Fairyland. Kalau mereka pergi istana Black Queen, mereka akan terkena satu sihir yang Black Queen letak di istana tu! Dan!" putera terhenti.

"dan apa! Habiskanlah ayat kau tu!"

"mereka akan disembunyikan. Kita takkan dapat lihat mereka dan mereka takkan dapat lihat kita!"

Putera dan Aina jatuh terduduk serentak.

"apa kita nak buat. Aku rasa Black Queen tahu apa rancangan kita sebenarnya" kata Aina sambil menyambung semula misi untuk memakan sandwich.

Putera hanya berdiam diri. Statik. Matanya kelihatan mati. Minda tidak mampu berfikir apa-apa. Putus akal sudah si Putera. Lalu dia mengenggam tangannya sambil melihat wanita berkerudung yang tidak jauh dihadapanya,

"Xianessa..."

Situasi Izha, Hafiz dan Nurul:

"Kenapa aku tak jumpa pun istana Black Queen ni?" ujar Izha kehairanan

"Kita dah tiga jam berjalan ni, kenapa tak jumpa lagi Istana tu?" Tanya Nurul

"Aku pun tak tahu. Aku pasti ini jalannya. Aku dah perhatikan Istana ni selama 1 minggu takkan aku dah lupa kot. Mustahil lah kan?" balas Izha sambil memetik kelopak bunga yang berwarna biru dari bakulnya.

Hafiz yang berdiam diri hanya memerhatikan sekelilingnya. Pokok-pokok di sekelilingnya juga disentuh. Bunga-bungaan yang tidak menganggu hidupnya juga di touch touch olehnya. Setelah itu, dia terus menokok dagunya dan menarik nafas sedalam dalamnya.

"Nurul, Izha.. Kita jangan teruskan ke Istana Permaisuri Ketam ni." Hafiz bersuara dengan suara yang kecil.

Nurul memandang Hafiz dengan muka kehairanan dan menanya "Excuse me, Mr. Hafiz. Kenapa?"

"ya, jangan" ujar Izha pula, sambil memandang kelopak bunga birunya yang berubah kepada warna kemerahan lalu menjadi debu. Nurul memberi muka yang terkejut sekejut kejutnya. Dia pun menghalakan tangannya kedepan dan mengeluarkan ketulan ais dari tangannya. Ketulan-ketulan ais tersebut terpantul kembali kearah mereka bertiga.

"uish, nasib baik mata aku tak lebam sebab ais-ais ni" kata Izha

"hehe, sorry." Kata Nurul

"Bersyukurlah kita dapat elak sihir Black Queen" Kata Hafiz pula,

"Tidak semudah itu pahlawan sekalian" tiba-tiba muncul pula suara yang tidak dikenali dari belakang mereka.

Izha, Nurul dan Hafiz menoleh ke belakang dan terlihat seekor gergasi dengan muka yang tersenyum. Nurul membesarkan matanya.

"WHAT?! Macam mana kita boleh tak sedar yang dia ada kat belakang kita selama ini?" jerit Nurul

"HAHAHAHA! Korang memang bijak. Cepat je tahu yang Istana ni dilindungi dengan sihir. Tapi, permaisuri lagi bijak. Sebab dia tahu korang akan lari setelah dapat tahu istana ini disihir. So, dia hantar aku untuk tengok tengokkan keadaan dan wow! Nampaknya ada tiga manusia di sini ya." Terang si Gergasi dengan senyuman yang manis diwajahnya.

Lantas gergasi itupun membaca sesuatu. Tidak diketahui apakah yang dibacanya.. mungkinkah mantera...?

Dan ketiga-tiga pahlawan itu tidak dapat melarikan diri. Diri mereka telah diikat dengan sihir halimunan si Gergasi. Tindakan mereka tersekat. Niat mereka untuk melepaskan diri terkubur apabila mereka telah dikenakan sihir oleh gergasi itu.

Izha cuba untuk melepaskan diri mereka dengan menggunakan sihir yang telah dipelajarinya. Tapi sayang, ternyata sihir gergasi itu lebih kuat. Namun Izha tidak mahu mengalah.

Gergasi itu langsung ketawa.

"Tidak dapat si Ahli Sihir cilik. Aku dah belajar sihir selama 1000 tahun. Kau takkan mampu pecahkan sihir ini hahaha!"

Gergasi itu ketawa lagi.

"Teruskan ketawa" Ujar Hafiz. Izha masih sedaya upaya untuk melepaskan diri dengan mulutnya terkumat-kamit membaca mantera.

Nurul pula hanya diam dan terlihat tanah yang sedang dipijaknya berubah menjadi ais.

Tanah sedang berubah menjadi ais... Dan arah ais itu menuju ke gergasi dihadapan mereka lalu..

Zapp!

"Ergh! Apa yang kalian buat!" Terkejut gergasi itu apabila ais yang dikeluarkan oleh Nurul mencengkam kaki gergasi itu.

Izha tersenyum "Counter" ujarnya selepas itu.

Sihir itu berjaya dipecahkan!

Hafiz mula mengangkat tangannya

"Siapa nak makan daging panggang hari ini?" Tanya Hafiz selepas itu lalu digenggamnya tangan dan...

Dummm!

Kilat terus menyambar gergasi itu dan dalam sekelip mata sahaja gergasi dihadapan mereka hangus! Izha terus mengeluh.

"Ini teruk. Nasib baik aku boleh pecahkan sihir tu. Tak sia sia baca buku sihir tu dalam satu malam" ujar Izha lagi. Nurul pula meneutralkan kuasanya dan tanah dikawasan itu pun kembali seperti sediakala.

Alien yang bergerak bersama-sama Izha, Nurul dan Hafiz yang menyembunyikan dirinya di belakang bunga yang lebih tinggi darinya pun memunculkan diri.

"Putera dan Aina"

Itu perkataan pertama yang diucap oleh alien.

"Punca tentera bernombor itu bukan di Istana Black Queen tapi di Barat Fairyland." Katanya lagi dan memandang kearah tiga manusia dihadapannya.

"Ianya bukan disini" ujar Izha pula.

"Ya, bukan disini" balas Alien.

"Kita patut pergi sekarang" kata Alien lagi.

Mereka mengangguk tanda faham dan terus bergerak ke arah Barat.

-tbc-

Hehehe. Yeah selamat datang kembali. Hahahaha. Maaf ampun beribu ampun. Berapa tahun dah hilang? 4? 3? Hahaahahah! Entahlah masih ada ke yang baca story nih. Btw, Enjoy! Eh stay safe juga tau! >< x

Adventure in The FairylandWhere stories live. Discover now