LEPAS TANGAN

892 16 3
                                    


Memang tidak dapat dinafikan, sesetengah pesakit lebih rapat daripada golongan kami, iaitu pelajar kolej kejururawatan berbanding dengan doktor perubatan di sesebuah wad. Sejak naik ke semester lima ini, pip di bahu aku yang sebelum ini biru kini bertukar ke warna merah.

Memang di tahun akhir pelajar jururawat, pip kami bewarna merah, kedua-duanya, semester lima dan enam. Jururawat secara asasnya memerlukan pekerjaan yang lebih praktikal, atau hands-on berbanding teori. Bukan aku nak kata teori itu tidak penting mahupun tidak banyak, tetapi praktikal melebihi theoretical.

Mengemas dan menukar cadar pesakit, memberi ubat-ubatan, menolong doktor membuat prosedur di dalam wad serta membuat laporan perawatan pesakit merupakan antara tugas-tugas asas seorang jururawat. Sebagai pelajar, tugas-tugas ini memang dilatih sejak daripada semester 1 pengajian lagi, jadi saat dapat memakai tudung putih bergaris biru nanti tidaklah kekok.

Memang kadangkala orang luar tak memahami tugas-tugas jururawat kadangkala. Ada yang menyangka, memandikan pesakit, menukar lampin mahupun menyuap pesakit makanan adalah sebahagian daripada tugas kami, tetapi sebenarnya tidak.

Segalanya dilakukan atas dasar perikemanusiaan, tambahan kepada waris-waris pesakit yang kadangkala mengabaikan terus pesakit yang uzur. Jadi, mahu tak mahu, perlulah membuat perkara demikian.

Kisah aku bermula apabila Pakcik Said dimasukkan ke wad atas sebab jangkitan kuman di salur kencingnya (urinary tract infection). Sewaktu itu aku bertugas di wad perubatan lelaki, yang mana kebanyakkan pesakit adalah pesakit yang terkena jangkitan kuman, angin ahmar mahupun komplikasi-komplikasi penyakit yang lain.

Pak Said berumur 64 tahun. Selepas diserang angin ahmar yang menyebabkan bahagian kanan badannya lumpuh, dia tinggal di rumah bersama anaknya, pasangan suami isteri yang berumur dalam lingkungan 40-an.

Apa yang menyebabkan aku pelik adalah kekerapan pesakit ini masuk wad. Baru seminggu lepas dia dimasukkan ke wad yang sama atas ssebab jangkitan kuman di paru-paru. Dan mengikut kepada jururawat yang memang bertugas di wad itu, pesakit itu adalah pesakit regular.

Kalau nak tahu, bukan setakat warung dan restoran sahaja yang ada regular customer, wad-wad di hospital juga ada. Pesakit yang sama, penyakit yang lebih kurang sama.

Muka-muka familiar ini bukanlah aku tuduh warisnya tidak menjaga pesakit dengan baik, tetapi aku hanya hairan sahaja ketika itu. Lagipun kebanyakkan sebab dia dimasukkan ke wad adalah kesan daripada dia yang tidak dijaga dengan elok.

Awal jam 8.30 pagi, aku mengikuti doktor-doktor pakar membuat rondaan, atau apa yang kita panggil morning round. Sewaktu itu, aku memang perasan, anak Pak Said, Rizal ada duduk di sebelahnya.

Selepas kubikel demi kubikel, katil demi katil, kami akhirnya tiba di katil Pak Said. Memang sebagai pelajar, aku duduk di belakang sahaja, maklumlah di depan aku ada jururawat, house officer, kemudian medical officer dan juga doktor pakar.

Kadangkala, doktor pakar menanyakan soalan secara terus kepada waris pesakit, memandangkan pesakit ini khasnya, tidak boleh bercakap dengan kuat dan betul, akibat angin ahmar yang aku ceritakan tadi.

"Di rumah siapa yang jaga Pak Said?", kata Dr Chee, seorang pakar perubatan yang membuat round itu.

Dr Chee memang aku kenal perwatakannya. Dia salah seorang doktor pakar yang paling muda. Saat orang lain baru sahaja melangkah menjadi medical officer selepas house officer, Dr Chee sudahpun bergelar pakar.

"Oh, ayah duduk bersama kami. Saya dan isteri yang jaga. Kami pun ada anak seorang, berumur 19 tahun yang tolong jaga sekali ayah", kata anaknya Rizal memandangkan Pak Said terketar-ketar dan terpinga-pinga, baru nak memikirkan jawapan daripada soalan yang ditanyakan oleh doktor pakar.

LEPAS TANGANWhere stories live. Discover now