Bab 6

80 4 0
                                    

Aku melambaikan tangan pada kereta Toyota Vios hitam yang berlalu pergi. Farry menunaikan janjinya pada aku dengan menghantar aku ke asrama. Aku pun menarik lemah beg tarik dan berjalan ke arah kaunter pendaftaran asrama. Aku mengisi borang kemasukan. Aku diberi kunci. Bilik 1013. Aku menuju ke lif. Menekan tingkat 10. Pintu lif dibuka dan aku melangkah keluar. Aku berada di tingkat paling atas. Suasana sunyi sepi mungkin penghuni lain masih tidak daftar lagi. Aku pun mencari pintu 13. Aku mencucuh kunci di tombol pintu. Memulas tombol pintu. Pintu dibuka luas. Kelihatan bilik kosong tanpa penghuni lain. Mungkin mereka sampai malam. Aku pun memulakan misi mengemas bilik dengan menyapu lantai bilik.

Jam menunjukkan pukul 11. Pengumuman dilarang keluar masuk sudah kedengaran. Aku mengibas bantal. Nampak gayanya aku tidur seorang malam ni. Tidak mengapalah aku sudah lali.

*Bip*

"Hai Ari, rindu Farry tak? "

"Walaikummusalam"

"Amboi main kasar nampak"

"Hehe, buat apa tu Farry"

"Baru balik kerja, ni Ari buat apa je? "

"Ari dah nak tidur"

"Oh yeke tak mengapa lah tidur lah esok sekolah kan hehe"

"Eh, kita bukan budak sekolah lah! "
Selesai bermesej di aplikasi whatsApps. Aku menarik selimutku dan bersedia menutup mata.


Pkul 2.25 pagi.

*Srekkk* pintu dibuka. Angin dari luar menyapa ke bilik. Kedengaran suara manusia bersiul. pintu almari kosong dibuka perlahan namun masih jelas didengar. Pintu itu dikuak berkali-kali. Aku menutup telinga ku dengan bantal. Aku seorang yang penakut. Aku tidur tingkat atas double decker, pernah saja aku tidur dibawah tetapi angan-angan ku akan merasa seperti ada yang tidur di atas sedangkan kosong. Kali ni, langsir tingkap ditarik perlahan-lahan. Siulan kedengaran. Meja belajarku diketuk halus

*Tukk Tukk*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin, kuliah berlangsung seperti dijadualkan hingga ke petang. Di tengahari kebiasaannya akan ada waktu berehat untuk pelajar makan dan solat. Aku cuma duduk di surau keseorangan selepas menunaikan solat Zohor. Kelihatan pelajar lain mengambil sedikit masa untuk melelapkan mata sebentar sebelum ke kelas. Aku melihat telefon ku. Kosong. Tiada notifikasi.

*Ringg*

"Assalammualaikum, abah"

"Walaikummusalam, Ari. Sorry la kacau Ari belajar, ni abah nak kata kami da sampai rumah. Ari balik tak minggu ni?"

"Oh yeke, boleh je Ari balik."

"Farry kata dia jemput Ari nanti tau."

"La, takpayah la bah bukan jauh pun. Ari boleh balik sendiri."

Panggilan dimatikan. Aku heran.

*Bip*

Nanti Farry jemput Ari tau.-Farryshah

aku mengeluh lalu bersiap untuk ke kelas petang. Aku seboleh-bolehnya mahu menganggap Farry tu seperti abang aku sendiri namun cara dia menerima aku berbeza. Aku bukan apa, aku masih berjaga-jaga tidak mahu pekara yang lepas terjadi semula. Oleh kerana ini juga la, aku dipinggirkan oleh orang lain. Mungkin cukup saja diri aku untuk jadi peneman jiwa.


PindahWhere stories live. Discover now