EPILOG

10.4K 229 89
                                    

Keadaan di ruang menunggu OT hanya ditemani dengan tangisan Add

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keadaan di ruang menunggu OT hanya ditemani dengan tangisan Add.

Masa berlalu dengan pantas. Dia tidak sangka anaknya ditikam. Terasa seperti tidak berguna. Patutnya dia lebih berhati hati.

'Ummi!!!!'

Sssuup

Tangan Add berhenti dari membuka tali. Dia cuba berfikir positif tapi suara anaknya itu kedengaran semakin sayup . Lantas dia memusing ke belakang. Tak semana mana air mata keluar dan menyambut Hayyan yang sudah terbaring akibat ditikam.

Fayyad di tepi sudah meraung dan menyuruh  adiknya bangun dan berhenti main main.

Add terus meriba anaknya itu. Darah yang keluar cuba ditahan dengan tangan. Muka pucat anaknya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.

'Ya Allah kau kuatkanlah hatiku dan anakku Ya Allah. Dia adalah separuh nyawaku Ya Allah'

Fayyad yang sedang tidur diriba dicium lama. Kalau minggu lalu Fayyad yang terlantar, minggu ni Hayyan pula. Hati ibu mana yang tidak dipagut risau? Kedua duanya terlantar kerananya. Berkorban kerananya.

Tak semana mana, air mata jatuh setitis demi setitis.

"Adik..." Air mata makin laju apabila gegendang telinga mengenal pasti suara tua itu.

"Ummi ..." Puan Rose terus memeluk anak bongsunya itu. Belakang badannya diusap supaya bertenang. Dia juga sebagai ibu sangat terkejut apabila mengetahui keadaan anak dan cucunya.

"Ya sayang. Kuat ya sayang. Doa banyak banyak pada Allah. Ummi tahu cucu ummi tu kuat" Tangan Add digenggam. Cuba mengalirkan semangat pada anaknya.

Add melentokkan kepalanya di bahu Puan Rose. Lidah dibasahi dengan zikir. Hati tidak berhenti berdoa. Tangan mengusap kepala Fayyad yang sedang tidur dengan sisa air mata.

Sakit hatinya lihat Fayyad tertidur ketika sedang meraung mahu Hayyan. Mungkin terlalu penat. Dirinya juga terasa penat tapi cuba ditahan.

●●●●●


"Baiklah mari kita teruskan dengan akad nikah ya" ujar tok kadi itu.
Baru saja Rayyan ingin menyambut huluran tangan tok kadi. Ada suara yang menyampuk.

"Nanti dulu.." Asyraf mengatur nafasnya sebelum menyambung lagi ayatnya.

"Rayyan.. isteri kau dengan anak anak kau..." rasa tidak sanggup Asyraf ingin menyambung ayatnya. Rayyan terus bangun lalu memegang kolar baju Asyraf.

"Kenapa dengan dorang!? Cakaplah"

"Dorang dekat HKL" tenang saja bapa mertua dia berkata. Tiada sisa air mata. Malah datang siap mengucap tahniah.

Terduduk Rayyan mendengar kata bapa mertuanya itu. Bella yang berada di bahagian perempuan sudah cemas. Shit terlalu awal untuk Rayyan tahu!

Sarah dan ibunya sudah risau dengan keadaan Add dan anak anaknya. Keadaan masjid menjadi kecoh.

P.A MR CHIPSMORE ✔ [EDIT SOON]Where stories live. Discover now