Malam itu Rin mendapat panggilan dari Ustaz Johari. Segala arahan di dengar dengan penuh teliti. Terkejut dan marah menjadi satu! Tidak di sangka Lijah sanggup meninggalkan belaan belaan nya dirumah dia! Tilam katil di angkat! Mengucap panjang Rin apabila menemukan dua bunjut kain kuning di kepala katil. Ayat yang di ajar oleh Ustaz Johari di baca. lantas kain kuning tersebut bertukar hitam dan membebaskan asap hitam berbau busuk lagi hanyir. Sekejapan kain tersebut rentung menjadi api.
Seketika, terdengar kuat lolongan Lijah di tingkat 2 rumah menjerit panjang! "Ya Allah, ini semua angkara kau Lijah. Sampai hati kau buat akak macam ni." Rin menggeleng kesal.
"Perempuan yang dalam gambar tu Puan Rin, dah tak mampu lagi nak menanggung dan membela makhluk-makhluk saka belaanya."
Rin terdiam.
"Jadi untuk membuang makluk tersebut, mereka perlukan tuan yang baru. Makannya barang tersebut telah ditinggalkan di rumah Puan" Jeda.
"Maaf la kalau saya bercakap, tapi semenjak dua menjak ni puan ada rasa lenguh-lenguh badan kan?" Rin pantas mengiakan. Memang benar. Kadang-kadang dadanya sesak seolah-olah dihimpit sesuatu,
"Selain dari meninggalkan saka, perempuan dalam gambar tu jugak ada mneggunakan khidmat bomoh untuk memudaratkan kesiahatan puan. Hatinya memang bsusuk dan tak boleh melihat kesenangan orang lain. perasaan cemburu nya memang begitu kuat."
Kata-kata Ustaz Johari berputar-putar dalam kepalanya. "Ya allah, tak kanla sebabkan aku meniaga frozen food dan dapat tempahan dari Wati kau nak cmeburu Lijah. Bukan selalu aku dapat tempahan macam tu" Menitik air mata Rin. Gara-gara keishatannya yang tidak menentu., dia jarang dapat meniaga di kantin sekolahnya.
Nasihat Ustza Johari di ikuti. setiap malam dia akan membaca Yassin bersama ahli keluarganya bagi memagar kawasan rumahnya. semenjak dari itu, kecoh dalam kalangan penduduk mereka asyik terserempak dengan makhluk hodoh berlegar-legar di bawah blok. Lijah menghilangkan diri. Kata orang, rupanya semakin cengkung umpama mayat hidup,
Dua minggu selepas peristiwa itu, Lijah dan keluarganya berpindah ke penempatan lain. Rin terkejut melihat Lijah. Wajahnya cengkung umpama mayat. Demi Allah, dia melihat ada dua makhluk hodoh melekat di kaki Lijah!
TAMAT
YOU ARE READING
SAKA BY OCHIN
Horror"Tolong jangan hisap darah aku! Aku tak mampu nak jaga kau lagi. Tuan baru kau si Rin Celaka tu sial! Pergi aku cakap!"