SKETSA 3: BERBOHONG

2.4K 178 16
                                    

SEORANG guru sekolah mengajak murid-muridnya berjalan-jalan di sekitar sekolah. Ada kira-kira 10 hingga 12 murid. Selepas sepuluh minit mereka bersiar-siar, ada seekor kucing kecil di dalam sebuah kotak bertuliskan, 'Ambillah aku.'

Guru itu pun menghampiri murid-murid itu dan bertanya kepada mereka, "Apa yang akan korang lakukan untuk mendapatkan kucing itu?"

Seorang pelajar lelaki menjawab, "Kami membuat perjanjian. Siapa pun di antara kami yang boleh menyatakan kebohongan terbesar, dia boleh membawa kucing itu pulang."

Sudah tentu guru itu pun terkejut. "Kamu semua tidak boleh membuat persetujuan dan permainan seperti itu!"

Kemudian, guru itu pun menyampaikan ceramah sepuluh minit mengenai pembohongan, "Jangan berbohong! Kamu semua pasti sudah tahu bahawa berbohong itu dosa..."

Guru itu mengakhiri ceramahnya, "Ketika saya masih kanak-kanak lagi, saya tidak pernah berdusta."

Tiba-tiba, keadaan menjadi sunyi selama seminit. Guru tersebut berfikir bahawa dia berjaya menasihati mereka. Namun, ada pelajar yang paling kecil menarik nafas panjang.

Lalu dia pun berkata, "Baiklah, kawan-kawan. Berikan kucing kepada cikgu kita."



Sumber: https://www.ceritalawak.com/2015/05/1085-tak-boleh-berdusta.html

De Humour ✔️Where stories live. Discover now