Ceritera Seorang Amira Yang Tidak Kesampaian

24 0 0
                                    

          Mohd Tariq dibesarkan sebagai seorang lelaki yang gagah dan kacak. Berwajah kacukan, campuran Melayu Cina. Dan menjadi kegilaan ramai setiap perempuan yang memandang. Sehinggalah ketika dia mula bekerja di Kuala Lumpur. Pergaulannya dengan lelaki lembut dan gay telah membuatkan sifatnya dari arah kejantanan mula berubah sedikit demi sedikit. Mak nyah, lelaki gay, lorong gelap dan kelab gay adalah satu kemestian. Kehidupan Tariq yang jauh dari ayahnya, membuatkan kehidupannya bebas. Tetapi, demi menyorokkan identiti sebenarnya yang sudah berubah dari pengetahuan ayahnya Pak Mad, Tariq akan berlagak seperti lelaki macho setiap kali pulang ke kampung.

*****

         "Ayah tengok sekarang ni kau dah lain macam je, Tariq." Tiba-tiba Pak Mad membuka kata ketika anak tunggalnya yang seorang itu sedang asyik menonton televisyen. Tariq sekarang ini sedang bercuti beberapa hari di kampung.

          "Lain macam mana ayah?" jawab Tariq tanpa sedar dia sedang menjawab sopan dengan suara ala-ala nyah. Tariq berdehem kecil apabila tersedar akan kesilapan sendiri.

          "Tariq rasa Tariq sama je macam dulu. Takde apa pun yang berubah, ayah" sambung Tariq dengan suara garaunya.

          "Ayah tengok kau ni dah tak bergaul dengan kawan-kawan sekampung lagi. Balik bercuti pun jarang-jarang sekali. Kuala Lumpur dengan kampung ni pun bukannya jauh sangat. Ayah tengok perwatakan kau sekarang pun macam dah lain. Kau jangan macam-macam Tariq," bebel Pak Mad. Tariq mula kalut kalau-kalau tembelangnya sudah pecah.

          "Lain macam mana pulak ayah. Tariq ni masih segak dan macho macam dulu lagi tau. Perempuan kiri kanan tergilakan Tariq tau, yah," Tariq cuba berseloroh bagi menutup getar di hati.

         "Ayah ni dah seorang. Kau janganlah berperangai yang bukan-bukan pulak. Tinggal kau seorang je lah harapan ayah sekarang ni. Kat Kuala Lumpur tu macam-macam benda dah jadi. Ayah harap pandai-pandailah kau jaga diri," Pak Mad masih lagi meneruskan bebelannya. Dia mula mengesyaki sesuatu melihatkan perlakuan anaknya. Apatah lagi dia pernah tak sengaja ternampak anaknya itu berpakaian perempuan ketika di dalam biliknya. Tapi dia tidak mahu menuduh sebelum bertanya.

          "Takde apa-apa lah yah. Tariq sama je macam dulu. Ayah janganlah bimbang," jawab Tariq penuh yakin dengan harapan ayahnya itu tidak mengesyaki apa-apa.

*****

          Beberapa tahun berlalu. Berada di alam pekerjaan membuatkan Tariq kini sudah berubah sepenuhnya menjadi seorang perempuan. Seorang Amira Maisara. Duit gajinya selama beberapa tahun ini ditambahkan lagi sokongan buah hatinya seorang lelaki gay bermuka jambu, Khairul Fahmi telah memampukan Tariq untuk menjalani pembedahan menukar jantina.

          Rasa cintanya pada Fahmi membuatkan dia nekad. Dia sudah tidak mahu menipu ayahnya lagi. Dia mahu ayahnya merestui dan menyokong perubahannya. Sama seperti penyokong Sexualiti Merdeka lainnya lantas berkeputusan untuk pulang ke kampung memberitahu ayah tentang rahsianya, cintanya dan rancangannya.

*****

          "Assalamualaikum, ayah."

          Pak Mad yang sedang menyiang ikan tangkapannya di dapur terkejut dengan kedatangan seorang perempuan cantik yang memanggilnya ayah. Wajahnya cantik persis artis yang selalu muncul di kaca televisyen.

          "Waalaikummussalam. Anak ni siapa? Pakcik ni takde anak perempuan. Anak pakcik ada di Kuala Lumpur sekarang bekerja," jawab Pak Mad tenang. Pisau menyiang ikan masih lagi erat di tangan.

          "Ayah, ni Tariq. Tariq mintak maaf..." Tariq mula menangis memohon maaf sambil melutut pada ayahnya.

         Tiba-tiba bahang amarah mula membuak dalam diri Pak Mad.

          "Tariq harap......"

          Tanpa berfikir panjang Pak Mad mula menghunuskan pisau di tangan berkali-kali pada belakang Tariq yang sedang melutut tanpa sempat Tariq menghabiskan kata-katanya.

          "Dasar anak tak guna! Berani kau cuba nak malukan aku!!" Pak Mad menjerit histeria sambil tangannya masih belum berhenti menghunus. Darah merah pekat membuak-buak. Pak Mad mula menggila dengan tusukan demi tusukan. Tariq sudah diam kaku dibasahi darah merah. Jasadnya sudah tidak kelihatan seperti manusia lagi. Tusukan demi tusukan membuatkan daging badannya menghancur demi sedikit.

          "Jangan pernah cuba nak malukan aku! Pantang nenek moyang aku tahu!" Pak Mad menjerit puas. Di kesatnya pisau yang penuh darah itu dengan kain.

          Maka tamatlah riwayat seorang Mohd Tariq membawa sekali seorang Amira Maisara dengan sebuah ceritera yang tidak kesampaian. Ceritera sebuah impian seorang Amira Maisara dalam menjadi seorang wanita tulen. Ceritera sebuah impian seorang Amira Maisara bersama insan tersayang, lelaki gay bermuka jambu, Khairul Fahmi....

Ceritera Seorang Amira Yang Tidak KesampaianWhere stories live. Discover now