Hari ni merupakan hari pertama aku berkerja.. Gementar? Yes, mestilah gementar. Aku kena kuatkan semangat untuk hidup. Demi ibu dan adik-beradik lain.
"Shura! Mai lah turun sarapan! Nanti lambat pulak pi kerja! " jerit ibu pada ku.
Perkenalkan, nama aku Nur Ashura Binti Mohd Helmi. Aku adalah anak pertama daripada lima orang adik-beradik. Ayah aku dah pergi 6 tahun yang lalu. Tinggallah ibu yang terpaksa menyara kami adik -beradik yang ramai ini. Aku dah bernekad nak bantu ibu sewaktu umur aku mencecah 18 tahun. Sekarang umur aku dah 25 tahun. Dengan berbekalkan sijil yang ada, alhamdullillah. Aku telah diterima menjadi setiausaha di sebuah syarikat.
"Baik bu! Orang dah siap dah ni! " kata ku dari bilik sambil membelek diriku. Nice lah ni kan? Baju kurung kosong warna ungu, dipadankan dengan tudung bawal warna hitam. Simple, right?
Ahahaha.. Ni Ashura lah, hidup mesti simple...
Aku kena banggakan dan bahagiakan ibu. Aku taknak ibu penat pergi kerja dah. Aku berharap dengan aku yang berkerja sekarang ini aku dapat membantu meringankan beban ibuku itu.
"Semoga Dirimu Tercipta Buatku"
"Andai Dia Untukku"
YOU ARE READING
Cotton Candy Skies?
Romance" Apabila mata bertentang mata, hati mulailah terpaut dan timbullah rasa cinta didalam diri." Tetapi tidak bagi Nur Ashura, itu semua mengarut. Cinta, yes cinta. Tidak akan membawa apa-apa makna kepada dirinya. Cinta? Baginya adalah perkara yang me...