AMANI turun dari keretanya. Hari ini adalah hari terakhirnya berada di Kuala Lumpur. Dia sudah menelefon Hanania sebelum datang. Ingin membawa Hanania keluar makan dengannya. Mana tahu, Hanania mahu mengajak bakal suaminya itu. Dia pula yang jadi tak sabar nak berjumpa dengan lelaki itu. Ingin tahu bagaimana lelaki tersebut boleh kenal dengan Hanania. Nak dengar dari mulut Hanania, Hanania selalu mengelak.
"Macam mana? Kau minta tak bakal suami kau bayar hutang abang ipar kau tu?" tanya Amani.
"Kau ni, tak habis-habis lagi dengan dia. Aku tak naklah." Hanania mencebik. Kenal pun tak.
"Kau ni, hutang tu banyak sangat. Kau tak takut ke?" Amanimemandang Hanania.
Pelik dia dengan Hanania. Tak mahu minta tolong bakal suaminya yang kaya itu. Kalau dia berada di tempat Hanania, dia akan gunakan sepenuhnya kekayaan lelaki itu.
"Kau nak ajak aku keluar makan kan? Marilah kita pergi. Tak payah cakap pasal hutang dan dia lagi," kata Hanania.
Dia menarik tangan Amani. Mya yang sedang mencangkung diangkatnya. Tangan Myadisapu.
"Aku hormati pendirian kau yang nak sembunyikan bakal suami kau tu, tapi tak salah kau minta tolong dia." Amani masih tidak puas hati.
Baru saja mereka mahu melangkah keluar, sebuah kereta Toyota Vellfire berhenti di depan mereka. Pintu terbuka, dan muncul lelaki along itu.
"Nasib baik aku cepat!" Dia ketawa.
Terpaku Hanania dan Amani. Peristiwa tiga hari lepas bakal berlaku semula.
"Cepat! Masuk dalam kereta. Aku dah jumpa lelaki tu. Dia tengah tunggu kita," beritahunya.
Dia mengarahkan kedua-dua orang suruhannya itu membawa Hanania dan Amani masuk ke dalam kereta.
Hanania tidak berani membantah kerana dia memang takutkan lelaki-lelaki itu. Dia sedia maklum lelaki jenis ini sanggup melakukan apa saja. Dia pernah membaca di dalam akhbar, along seperti mereka ini pernah membunuh, malah merogol. Yang paling menakutkan, lelaki tu sudah mengugutnya.
Mya yang berada dalam dukungannyadipelukerat. Mya yang masih tidak tahu apa-apa mula menangis. Hanania cepat-cepat memujuknya dengan menepuk-nepuk belakangnya.Kereta itu dipandu laju menuju ke tempat yang mereka maksudkan tadi.
"Kau gila ke, Amani?" bisik Hanania.
Amani membulatkan matanya kepada Hanania. Dia tetap mahu ikut. Kalau orang lain, agaknya dah lari macam lipas kudung.
"Apa pula gila? Kau ni, dapat bakal suami kaya macam tu, memang patut kau minta tolong dia. Aku nak tengok depan-depan muka bakal suami kau tu." Amani berbisik.
Hairan sungguh, kenapa Hanania tidak mahu mengambil kesempatan dengan kekayaan lelaki tersebut? Sudahlah berahsia. Ini bukan perkara main-main. Berhutang dengan lintah darat kut!
"Haisy, aku sebenarnya..."
"Diam!" jerkah lelaki yang berada di tepi Amani.
Terus Hanania tersentak. Terkebil-kebil dia memandang Amani. Amani cuma pamer muka selamba. Hairan sungguh. Kenapa Amani tak nampaktakut langsung?
Mereka diarahkan menanti di dalam keretasambil diawasi oleh dua orang rakannya.
"MANA lelaki tu?" tanya bos kepada orang bawahannya.
Lelaki kecil itu menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang berbual dengan seorang perempuan seksi. Mereka berdua menghampiri lelaki itu.
"Encik Adrish?" tanyanya bagi mengesahkan apa yang telah diberitahu oleh orang bawahannya.
YOU ARE READING
CINTA YANG TERTANGGUH
RomanceAdrish dan Hanania.. Pertemuan mereka bukan kerana cinta.