"SAYA dah tolong awak bayar hutang, jadi awak berhutang dengan saya. Awak nak bayar hutang RM200 ribu tu macam mana?" tanya Adrish.
Hanania tahu dia sudah melangkah masuk ke dalam mulut anakonda. Tunggu masa saja anakonda jantan ini mahu menelannya. Hanania telan liur. Sejak tadi asyik menelan liur saja selepas bertemu dengan lelaki di depannya ini. Takutnya mengalahkan ketakutan kepada along tadi.
"Saya pun tak tahu. Tapi, bolehkan saya bayar secara ansuran?" tanya Hanania.
Adrish ketawa terbahak-bahak. Mimpi ke apa balu abangnya ini?
"Gila? Kau ingat duit tu sikit ke? Esok lusa dah boleh habis."
Adrishmemandang Hanania atas bawah. Dia masih ingat kedatangan perempuan ini berbelas tahun dulu ke rumah mama dan papanya. Kenapa nampak tinggi sedikit? Ah, masa sudah lama berlalu. Di mana budak perempuan yang datang hari itu? Mungkin seiras dengan perempuan di depannya ini.
"Aku nak kau!" ujarnya selamba.
Adrish tak kira. Perempuan bertudung macam ini perlu diajar. Jangan anggap diri baik walaupun bertudung. Abangnya baru saja meninggal dunia, dia sudah terjebak dengan hutang along. Tak kiralah hutang itu hutang siapa.
"Apa maksud encik?" tanya Hanania, terkebil-kebil memandang Adrish.
"Kaulah." Adrish tunjukkan tubuh Hanania atas dan bawah.
"Saya?Nak buat apa?" tanya Hanania tak faham.
"Lelaki dan perempuan kalau bersama, apa yang mereka buat? Satu saja yang boleh berlaku..." Adrish jilat bibirnya.
Jantung Hanania berdegup kencang. Ya Allah, lelaki ini meminta dirinya. Ya, dia tahu apa maksud lelaki ini. Dia tak bodoh untuk mentafsirkan jilatan bibirnya. Hanania pejam mata. Membayangkan dia disentuh lelaki ini tanpa ikatan. Menggigil-gigil tubuhnya.
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi lagi. Kalau tak, aku ambil anak kau sebagai cagaran. Aku boleh buat apa saja dengan anak kau. Kalau jual, aku dapat untung. Cepat letakkan anak kau dalam bilik lain."
Adrish mengeluarkan arahan. Dia jegilmata kepada Hanania.
"Hah!" Hanania mahu menangis saat itu juga. Tak sanggup dia serahkan dirinya kepada lelaki ini tanpa ada ikatan yang sah.
Tapi, belumpun sempat lelaki itu berbuat apa-apa kepadanya, telefonnya berdering. Dia mendengus selepas beberapa minit bercakap di telefon. Adrish menghampiri Hanania.
"Kau kena buat ujian HIV." Adrish kerling Hanania.
"HIV!" Terjerit Hanania.
Sampai macam tu sekali ke? Rasanya tak ada pula orang nak buat 'projek' kena buat ujian HIV.
"Kena pastikan ujian kau tu bersih. Kalau tak, tak dapatlah aku nak nikmati kau." Adrish berkatasinis.
Mata helangnya memandang Hanania dari atas ke bawah.
Hanania malu dengan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Tapi, dia nak apakan lagi? Lelaki ini telah menolong dia melangsaikan hutang Abang Rash. Tapi, dia akan cuba melepaskan diri demi maruahnya.
"Kau jangan ingat kau akan lepas daripada aku!" Adrish memberi amaran. Terus saja Adrish melangkah ke keretanya.
Hanania memandang lelaki itu yang telah menaiki keretanya. Hanania menampar pipinya sekali.Mana tahu ini hanya mimpi. Pipinya terasa pijar. Dia tidak bermimpi rupanya. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu yang telah pergi.
YOU ARE READING
CINTA YANG TERTANGGUH
عاطفيةAdrish dan Hanania.. Pertemuan mereka bukan kerana cinta.