Prom.
Hari dimana pertabalan King & Queen of Prom diadakan.
Seminggu sebelum bermulanya majlis itu, riuh dengan pencalonan King & Queen of Prom.
Seperti yang dapat disangkal, nama Jihyo tercalon. Begitu juga nama Irene. Nama Sehun turut tercalon sebagai King of Prom.
Akan tetapi, yang peliknya, nama Daniel juga tercalon. Siapa yang calonkan? Tentulah Jeongyeon sendiri.
Pada malam majlis prom, Daniel akan muncul dan itu menjadi harapan tinggi Jeongyeon.
Harapan untuk menyatukan kembali jalinan persahabatan dan mungkin membantu Daniel meluahkan perasaannya kepada Jihyo. Jeongyeon tidak kisah akan perasaannya terhadap Daniel lagi. Dia rela berkorban.
Sakura dan Chaeyeon hampir-hampir dicalonkan oleh Jeongyeon. Namun dua sekawan itu menolak, tidak mahu tercalon akan perkara remeh-temeh itu.
Jihyo tidak ambil peduli akan majlis prom. Dia hanya menunggu waktu malam pada hari tersebut menjelma supaya dia boleh cepat mendengar pita rakaman yang diberi oleh Niel. Pita rakaman itu sentiasa berada dengan diri Jihyo kemana sahaja dia pergi. Kecuali ke tandas.
Seongwu runsing melihat keadaan Jihyo. Jihyo mungkin masih terurus penampilannya namun jiwa Jihyo. Jiwa Jihyo tidak berada di dunia nyata. Jiwa dan raganya seakan-akan melayang ke angkasa tanpa arah tuju.
-----
Penuh dewan yang boleh memuatkan 300 pelajar senior TOS High. Keadaan di dalam dewan itu terlalu gamat dengan bunyi muzik yang diputarkan oleh DJ yang ditempah khas oleh guru bertugas.
Ada yang menari. Ada yang hanya melihat kawan-kawannya menari. Ada yang menyendiri. Ada yang sedang berdua-duaan di sudut dewan untuk berbual.
Jihyo menyendiri. Jihyo kelihatan sangat cantik pada malam itu biarpun wajahnya masih murung. Dress merah polos yang mempunyai corak bebas berwarna putih. Coraknya halus namun unik. Ditambah pula dengan cekak merah yang terlekat rapi di rambut Jihyo berserta kasut tinggi berwarna putih yang tersarung semat pada kaki Jihyo.
Sakura dan Chaeyeon memakai dress yang dibeli oleh mereka di Fancy Style. Biarpun mereka pada waktu itu terus beredar setelah mendengarkan perbualan Naeun, Namjoo dan Hayoung yang amat menyakitkan hati, mereka berdua kembali semula ke kedai itu beberapa hari kemudian.
Sambil-sambil Jihyo memegang erat pita rakaman, menanti malam untuk memainkan pita tersebut, Jihyo tertunggu-tunggu akan kehadiran Sehun dan Irene. Dia tahu mereka berdua akan hadir bersama.
Hal ini kerana jika benar Sehun masih sayangkannya, sudah tentu Sehun akan menjemputnya ke majlis prom. Namun, tiada langsung kelibat Sehun muncul di hadapan rumahnya pada hari itu.
Memang betul bahawa Naeun, Namjoo dan Hayoung akan muncul apabila majlis prom berlangsung. Ketiga-tiganya berjalan dengan gah apabila memasuki dewan tersebut.
"Hi Jihyo!"
Naeun menyapa Jihyo apabila ternampak gadis itu bersendirian di hujung dewan.
"Hi,"
Jihyo senyum.
Namun, senyumannya tidak menunjukkan dia gembira dengan kehadiran mereka bertiga.
Bukan apa, saat dia memerlukan mereka bertiga, saat itu jugalah ketiga-tiganya tiada. Entah kemana tiada berita.
Jihyo geram.
"Jihyo seorang je ke?"
Namjoo bertanya.
YOU ARE READING
REFRAIN || KDN X PJH [✔]
FanficRefrain bermaksud tahan diri daripada melakukan sesuatu. Itulah Kang Daniel. Akibat suka akan kawan baiknya sendiri, Daniel menahan dirinya daripada meluahkan perasaan sebenar kepada si dia. Daniel tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang su...