ⓝⓘⓝⓔ

558 81 3
                                    

"T.. Tapi kan Namjoon.. " Soobin diam..

"Ye? Tuanku?" Sejak tanduk rusa Soobin muncul, dia tidak pernah melihat muka Soobin

"Kalau kau boleh hubungi mereka.. Kita tetap kena keluar dari sini kan? Tanduk ni mana boleh patahkan simpan dalam beg" Soobin berjenaka cuba menghilangkan rasa suram di dalam rumah itu

"Kita keluar je la.. Aku dah malas nak menyorok.. Biarlah orang nak ejek" Soobin yakin dengan keputusannya untuk menyapa dunia dengan imejnya yang baru

"Diorang ada kat dalam ni! Diorang ada kat dalam ni!" jerit seseorang dari luar rumah membuatkan Soobin dan Namjoon cemas

"Ha? Tuanku! Tuanku dalam bahaya!" Namjoon mula hilang arah

Soobin hanya diam, berjalan perlahan ke arah pintu rumah, ditarik nafas dalam dalam, lalu membuka pintu itu dengan perlahan

Namjoon segera mengikuti langkah Soobin lalu dia ternampak banyak orang berdiri di hadapan rumah mereka

Tanduk rusa Soobin mendapat reaksi positif, mereka tidak terkejut mahupun menjerit seperti nampak hantu tetapi.. Mereka menunduk menghormati Soobin dan Namjoon

"Soobin.. " seorang lelaki tua yang juga mempunyai tanduk datang mendekati Soobin

"Ayahanda.. Macam mana?" Soobin keliru

[C] Wings And Horns | BTS TXT Where stories live. Discover now