1

1.2K 65 0
                                    

20 tahun lepas,

    Zupp!

Taehyung memegang wajahnya. Darah mengalir dengan pekat dipipinya. Dia memandang ayahandanya. Namjoon memegang bahu adiknya yang mahu terjatuh. Hoseok berdiri didepan mereka bersama abangnya  Yoongi. "Appa! Sedarlah appa! Jangan cuba untuk buat apa apa dekat Taehyung! Dia tak bersalah!" Kata Hoseok sambil memegang tangan ayahandanya yang sedang memegang pedang. "Ketepi kau!! Biar aku bunuh budak tak guna ni! Disebabkan dia isteri aku mati!! Disebabkan dia isteri aku sanggup dibunuh!!!" Ujar Raja Kim Ji Wok.

"Mianhae appa..." Ujar Taehyung dengan nyawa nyawa ikan. Air matanya mengalir dengan perlahan. Raja Kim Ji Wok menolak Hoseok dan Yoongi sehingga mereka tersandar pada besi yang tajam. Besi itu menyebabkan lengan mereka berparut. Jimin yang berada jauh dari mereka ingin membantu namun dihalang oleh Seokjin.

"Namjoon! Tepi!" Jerit Raja Ji Wok dengan amarah yang menggunung. Namjoon tidak beralih. Dia perlu melindungi adiknya. "Appa! Appa dah gila ke?! Jangan buat Taehyung macam ni! Merana hidup dia nanti!!" Ji Wok ingin melibas pedang kearah anaknya namun dihalang oleh seseorang. Raja Ji Wok memandang wanita berbongkok yang tersenyum sinis memandangnya.

"Kau nak aku bantu kau?" Soal wanita itu. Namjoon menarik Taehyung yang mula lemah itu menjauhi mereka semua. Ji Wok memandang wanita itu. "Kau siapa?" Soal lelaki itu. Wanita tua itu tersenyum lalu mengeluarkan tongkatnya. "Pergilah segala kegembiraan. Datanglah segala kesengsaraan. Berikan mereka pengajaran. Kesalahan mereka yang terlarang. Kurunglah yang sulung kerana leka dan cuai. Kurunglah yang kedua kerana pengecut dan lemah. Kurunglah yang kembar kerana berani tetapi malu. Kurunglah yang kelima kerana terpaksa. Kurunglah yang keenam didalam sebuah rumah berbunga mengisi hatinya yang teraniaya. Kurunglah yang ketujuh, dengan penuh cinta dan kasih. Dan matilah yang ketua kerana dendam dan benci terhadap anaknya sendiri!"

Selepas kata kata itu diungkap bapa mereka tumbang dengan 1001 tusukan pedang dibadannya. Wanita tua itu memandang ketujuh tujuh adik beradik itu. "Kau dikurung sehingga ada yang jujur dan ikhlas datang untuk membantu kau wahai bunga si bonda" kata wanita itu lalu hilang.

****

Taehyung memandang wajahnya yang berparut itu. Dia malu. Parut itu seakan memberi kesan mental dan fizikal terhadap dirinya. "Taehyung-ssi" Taehyung berpaling. Kelihatan Jimin mendekati adiknya itu. "Jimin-ssi" "nah," huluran Jimin membuatkan senyuman diwajah manis itu pudar. "Kenapa dengan topeng ni?" "Pakailah, kalau kau takut untuk mengenangkan kembali memori pahit tu" Taehyung memandang Jimin yang tidak mahu memandang wajah itu. Dia menyambut huluran itu dengan senyuman. "Terima kasih" Jimin mengangguk lalu beredar.

Taehyung memetik sekuntum bunga yang berwarna merah itu. Bunga itu layu. Dia menggenggam batang bunga itu. Dendam kesumatnya masih meninggalkan kesan yg mendalam.

안영 Semua!! Ni author! This is my new fanfiction of BTS. Gonna publish the other chapter

OUR MASK. (BTS MALAY FF)Where stories live. Discover now