BAB 1
"Hanifah, terima kasih atas semuanya. Dan saya minta maaf sangat-sangat kerana saya, rumahtangga awak bergolak." Dalam keadaan lemah, seorang wanita menatap lembut wajah lelaki yang banyak menyelamatkan dia dari dunia gelap. Dia baru semalam selamat melahirkan seorang bayi yang sihat dan cukup sifatnya.
Lelaki itu mengeluh lembut. Mahu disentuh tidak halal baginya. Hanya mampu melihat saja.
"Ratana, saya betul-betul nak tolong awak. Nak keluarkan awak dari dunia sisi gelap awak tu. Saya nak selamatkan awak. Bagi saya ini takdir kita berdua dipertemukan secara tidak sengaja semuanya telah diaturkan oleh pencipta saya. Saya akan kahwin dengan awak selepas proses perceraian awak selesai nanti."
"Saya tak nak Hanifah biarlah kita macam ni. Saya tak sanggup untuk lukakan hati isteri awak. Saya faham hati seorang wanita mahu sanggup jika berkongsi kasih. Cukuplah awak dah bantu saya bebas dari lelaki yang jahaman itu. Bersuamikan suami ketua kongsi gelap hidup saya sangat terseksa dan sengsara. Selalu diburu diperhatikan ke mana saja saya pergi langsung tak bebas. Saya sangka hidup saya akan berakhir tapi Tuhan masih sayangkan saya dia pertemukan kita..."
Ratana menyusun kata walaupun loghat pelat bahasa pekat Siam bercampur Melayu dapat difahami oleh Hanifah. Walaupun dia berdarah Siam tapi banyak bercampur dengan orang Islam Melayu di Songkhla.
"Janganlah cakap macam tu. Saya tak boleh kita terus macam ni sekiranya berlaku apa-apa susah kecuali awak jadi isteri saya. Ratana masa mula-mula kita jumpa dan awak ceritakan semuanya sejak itu saya tekad akan selamatkan awak. Nak awak hidup bebas sama seperti orang lain. Kita manusia berhak untuk kecapi hak kebebasan kita. Jasad dan roh kita berhak untuk rasa semua itu..." Hanifah berhenti seketika wajah lemah itu dipandang lembut. "Awak... masuk Islam saya akan jaga awak dan anak ini."
Ratana melihat bayinya yang terlena. Tiada sebarang masalah tenang aje bila melihat wajah itu.
"Tak perlulah Hanifah. Sedangkan saya sendiri tak sanggup hidup dengan suami saya bila melihat dia tidur perempuan lain di belakang saya apatah lagi untuk melukakan hati isteri awak. Saya taknak jadi perampas. Tapi saya ada satu hajat... saya nak awak jaga dia. Didik dia jadi manusia yang berguna dan anggaplah dia seperti anak awak sendiri Hanifah saya taknak dia hidup macam saya yang dulu. Lagipun saya sayang dengan agama saya sendiri."
"Ratana, saya janji akan jaga dia tapi saya nak awak ada sekali. Saya akan kahwin dengan awak juga.
"Tak. Saya taknak Hanifah. Saya nak awak jaga anak saya. Masa saya lihat awak sebut nama Tuhan awak pada telinga anak saya hati saya tersentuh. Saya taknak pentingkan diri saya cuma nak anak saya hidup dengan baik itu saja. Saya yakin dia boleh membesar dengan kalimah itu nanti saya percayakan awak
"Ratana... " seru Hanifah perlahan. Perkenalan dengan wanita yang dia sendiri tidak jangka. Membuat perhubungan dia dengan isteri sendiri menjadi renggang.
Ratana mengukir senyum.
Bip! Telefon bimbit milik lelaki itu bergetar.
"Ya. Apa? Baik tunggu saya ke sana sekarang! Ratana Zahra dah nak bersalin saya keluar sekejap. Lepasni saya datang balik."
"Hanifah bagitahu Zahra saya minta maaf. Kalau saya tak muncul pasti hubungan awak berdua tak macam sekarang," suara Ratana dalam lemah. Pelat Bahasa melayu siamnya bertutur pada bibir.
"Tak. Bukan salah awak Ratana. Jangan fikir apa-apa sekarang saya nak awak berehat. Nanti semuanya selesai saya jenguk awak."
Ratana hanya mengangguk dan tersenyum lemah.
Setiap derapan langkah yang diatur oleh lelaki itu dipandang hiba. Perkenalan dia dengan Hanifah yang penuh tragis terlayar di fikirannya. Di mana dia melarikan dari diri dari suaminya di Songkhla ke Malaysia menyembunyikan diri di dalam kereta milik hanifah. Seakan pertemuan mereka sudah ditakdirkan. Masih ada insan sebaik lelaki itu. Sungguh dia rasa bertuah. Walaupun berlainan agama Hanifah masih sanggup membantu dia.
"Macam mana kalau dia jumpa aku? Pasti dia akan bunuh aku dan juga anak aku. Tak aku tak boleh biarkan. Dia tak boleh tahu kewujudan bayi ini. Aku mesti serahkan pada Hanifah dengan Zahra. Biar mereka menjaga seperti anak mereka sendiri. Aku lebih rela begitu," tutur Ratana sendiri. Jari telunjuk kanan gigit kuat. Cuba mencari jalan supaya bayinya selamat.
Mata melilau sekeliling bila melihat pisau di dalam bekas buah epal. Matanya terus terpaku.
"Sayang tolong jangan mengalah. Abang cintakan Zahra tolonglah berjuang demi anak kita." Hanifah memberi kata semangat pada isteri tercinta.
Zahra meneran sehabis tenaga. Peluh mereneh keseluruh muka.
"Abang jujur dengan saya. Antara abang dengan Ratana takde apa-apa kan? Abang hanya cintakan saya sorang aje kan? Allah..sakitnya!" Salam keadaan getir Zahra sempat lagi menyoal.
"Tangan kanan sang isteri digenggam erat. "Zahra bawa mengucap sayang. Ingat Allah...ingat bayi yang bakal lahir. Ya abang cintakan Zahra...hanya Zahra sorang."
"Arghh...sakit abang..."
Doktor perempuan yang bertugas untuk menyambut kelahiran anak mereka berdua tidak putus-putus memberi nasihat. Masa yang ditakdirkan kedengaran suara tangisan si bayi.
"Tahniah tuan dan puan dapat bayi sihat dan sempurna sifatnya."
Hanifah mencium ubun-ubun isterinya. "Terima kasih sayang."
Zahra tidak mampu bersuara. Hanya mengangguk lemah. Bila doktor meletakkan bayi yang baru saja dilahir di sisi air mata terus mengalir. Anak yang bakal pewaris syarikat keturunannya. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sedih. Adakah anak ini akan menerima nasib seperti anak-anak lelaki dia yang lain?
"Abah, ma..." seru Hanifah sebaik dia melangkah keluar dari bilik bersalin selepas mengazankan zuriat dia sendiri.
Encik Hanzalah dan Puan Isma terus berdiri dan mendapatkan anak lelakinya.
"Macam mana dengan Zahra, dia okey?"
"Dia okey ma. Anak kami pun okey." Lebar senyuman Hanifah.
"Alhamduillah akhirnya selepas lama kamu menanti."
"Tapi..." dari wajah tersenyum lebar terus air muka Hanifah berubah sedih.
"Tapi apa Hanifah?"
"Zamarul tak boleh tahu kewujudan anak ini kalau tak pasti dia merancang sesuatu. Saya taknak anak ini menerima nasib macam yang lain tak sempat menjengah ke dunia." Hati lelaki itu menjadi gusar tiba-tiba. Sepatutnya dia menyambut kelahiran anak itu dengan rasa gembira.
"Habis kamu nak buat apa?" Soal Encik Hanzalah.
Hanifah memandang wajah kedua orang tuanya. Fikiran dia buntu.
"Ada orang bunuh diri!"
Terdengar suara jururawat menjerit
Hanifah terpana seketika. Suara jururawat itu datang dari wad yang ditempatkan khas untuk Ratana.
Ratana? Desis hati kecilnya.
"Abah, ma tolong tengokkan Zahra sekejap saya ke tempat Ratana." Tidak menanti jawapan dari orang tuanya. Hanifah terus berlari ke satu bilik yang ditempatkan khas untuk bayi yang baru lahir. Bayi Ratana diambil dan dibawa masuk ke bilik wanita itu.
Sebaik dia melangkah masuk bersama bayi dia terkejut. Pihak hospital kalut menguruskan Ratana. Dia melangkah lebih dekat. Melihat mata Ratana terbeliak dan darah mengalir turun dari pergelangan tangan. Sungguh dia terkejut. Ratana sudah pergi. Dia mengelar tangannya sendiri.
"Ratana?!" Jerit Hanifah. Dia mahu mendekat lagi tapi dihalang oleh pihak doktor dan memaksa lelaki itu keluar.
Allah...Ratana apa yang awak dah buat ni? Awak bunuh diri awak tak fikir ke tentang anak awak ni? Rintih Hanifah.
Wajah bayi yang tidak berdosa itu ditatap dengan penuh hiba. Saat kelahiran sudah menjadi yatim.
"Apalah nasib bayi ini. Ratana aku akan jaga anak kau sebagai anak aku sendiri. Mungkin ini anugerah Allah pada aku untuk menyelamatkan dia terbiar. Aku terima anak ini dengan lapang dada." Pipi si kecil dikucup lembut. Sebuah kehidupan bakal tercoret.
YOU ARE READING
Hak Milik Tercinta
RomanceKisah Naysilla Safiya dan Luth Huzaifah dijodohkan oleh ayahnya kerana sebuah amanah. Mampukah lelaki yang dikatakan bajet stok imam muda melembutkan hati seorang gadis yang degil..