≠57

4.8K 200 5
                                    

Perut Safiya terasa seakan memulas dari tadi, sakit sangat! Macam senggugut, tapi ni lagi sakit!  Nafas dihembus perlahan, cuba untuk tidak panik! Rasanya dah tiba masa si junior nya keluar. Makin berdebar pula !

"Anak mummy dah nak keluar ya? Tahan jap ea, tunggu daddy bertuah awak balik. Baby relax dulu, nanti sampai hospital keluar terus, "perut buncitnya dielus - elus. Sempat melawak pula tu!

iPhone nya digapai, nombor Asyraf didail . Seketika, panggilannya disambut.

"Abang lambat lagi ke? Anak awak excited sangat dah ni nak keluar. Sakit yang saya rasa ni dah tak boleh bawa bincang tau ," peluh didahi dilap, habis berpeluh seluruh badan. Air ketuban dah lama pecah. Pembukaan cm mungkin dah besar sebab dari tadi dia menunggu Asyraf mengambilnya dirumah.  Rasanya dah berjanggut tau!

Asyraf tergelak. "Kejap nak sampai dah, jalan jem sayang. Tahan sikit ea. Kasitau baby kita, lek lek sudah. Nanti keluar juga, "

"Amboi, kalau lah dengan cakap macam tu hilang terus apa yang saya rasa, dah lama saya buat tau. Ni, anak kita makin excited pula nak keluar kalau saya cakap macam tu, " Safiya mencebik. Boleh buat main pula dia!

"Ye sayang. Sorry, abang panik. Tak boleh fikir apa dah ni.  Sayang relax dulu, jangan kalut and kalau baby nak keluar kat rumah juga, teran je lah ," Asyraf gelak.

Terus Safiya memutuskan talian. Geram. Salah dia juga sebab Asyraf dah pesan suruh stay rumah mak, takut jadi macam ni lah. Tapi dia degil, takut sangat laki menyondol.

Kedengaran gate automatik terbuka, lega Safiya.  Sampai juga ! Bergegas dia ke pintu depan, barang keperluan dia dah siap - siap letak dalam beg.

"Slow - slow sayang. Dah nak beranak macam ni pun aktif lagi. Hospital sayang tu abang jamin tak larilah, " tangan Safiya dipimpin ke kereta. Darah penuh jubah belakang. Seram pulak tengok!

Safiya menepuk pipi Asyraf lembut . Sempat je dia melawak bodoh disaat - saat kalut macam ni.

                                 ××

"Sayang istighfar banyak - banyak. Ingat Allah, and keep push untuk save our junior ya, " pesan Asyraf ketika mereka on the way to labour room.  Dahi Safiya dikucup nya berulang kali. Semoga Allah menyelamatkan kedua - dua cinta hatinya.

"Fiya mintak maaf selama Fiya jadi isteri abang ni ada terkurang atau buat abang kecil hati. Halalkan makan minum dan semua yang abang bagi pada Fiya ya. Fiya bersyukur sangat Allah anugerah kan abang untuk Fiya, " tangan Asyraf dikucup nya lama.

"No, sayang isteri yang paling membahagiakan abang. Sayang kuat untuk anak kita ya, " air mata Safiya yang mengalir dikesatnya lembut.

"Doktor Anna boleh mula push ya ." ujar nurse yang bertugas.

Kuat genggaman Safiya di tangannya. Tak sanggup Asyraf melihat kepayahan Safiya untuk beranakkan anak mereka.

Setelah 30 minit meneran, akhirnya keluar juga si kecil mereka. Sebak Asyraf melihat anaknya yang berada diatas dada Safiya. Safiya tersenyum lebar, hilang segala keperitan dan kepenatan meneran tadi. Si kecil yang baru sahaja keluar itu, diciumnya. Bau syurga.

'Anak mummy dan daddy' bisik nya.

Setelah nurse ambil untuk memandikan baby, terus Safiya tertidur. Banyak tenaga yang digunakan tadi. Asyraf panik pada mulanya melihat Safiya yang tidak sedarkan diri. Tetapi lepas diberitahu oleh nurse, dia cuba untuk bertenang. Insyaallah tak ada apa - apa yang jadi.

Si kecil yang bakal diazankan sekejap lagi, diamatinya.

Anak daddy!

××××

Tadaaa

Sory lambat update 😐

Busy dia tak boleh bawa bincang!

Apapun tq very much! Komen, vote setiap chapter!
And last, happy reading!

Jangan lupa vote okey! Baru bersemangat sis nak update! Wkkwkw.

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now