Tengku Adwa' Absyar.
Lena sahaja si kecil itu tidur tanpa sebarang gangguan. Asyraf hanya merenung anak sulungnya. Sekali sekala jarinya dilarikan dipipi montel Adwa', dielusnya lembut.
Eee, handsome macam daddy!
Tersengeh sendiri dia melihat si kecil itu. Menjadi sungguh kacukan Asyraf dan Safiya ini!
"Abang ni dari semalam duk tenung aje Adwa'. Tergugat saya tau, " Safiya mencebik. Terasa diri ini diduakan. Huh.
Asyraf tergelak. Safiya yang melunjur diataa katil, di rapatinya. Alolo, mummy merajuk!
"Tergugat apanya, sayang always nombor satu tau. Abang cuma tak percaya, kita dah ada Adwa'." kepala Safiya disandarkan ke dadanya. Ubun- ubun Safiya dikucupnya berulang kali.
"Terima kasih hadiahkan abang, Adwa'. Tak terbalas abang jasa sayang melahirkan anak kita, " Safiya dipeluknya erat. Safiya hanya mengangguk kecil. Memang tugasnya sebagai isteri melahirkan zuriat buat suami.
"Oh ya, kejap lagi family kita nak datang tau. ," pesan Asyraf.
Disebabkan kelmarin Safiya beranak lambat, lepas magrib. Terus sahaja Asyraf menghalang keluarga mereka datang semalam, sebab baby tak boleh tengok juga. Pagi ini baru baby dibenarkan berada dengan mereka. Risau juga Safiya penat nanti.
"Okey, " terbayang wajah mak dan abah tengok Adwa' nanti. Confirm excited teruks! Adik- adiknya yang belajar di oversea juga pulang. Excited nak jumpa Adwa' katanya.
"Abang.., "
"Ye sayanggg... " leret Asyraf. Tergugat jap iman dengar suara mendayu isterinya.
"Fiya pantang 100hari tau, "
"Hah!, " ternganga Asyraf seketika. Lama siut!
"Please. Lagipun saya ni awak nak pakai lama lagi tau, " ujar Safiya sebelum tergelak.
Asyraf mengangguk lambat. Iyakan aje . Untuk dia juga nanti.
"Sayangg abang banyak - banyak, " leher Asyraf dipeluk manja. Pipi dicium sekilas.
"Sayang juga mummy Adwa' ni, " dibalas dengan kucupan dibibir. Gatai!
"Abang! Baru sehari saya pantang dah menggatal, "
"Alah , cium sikit je. Nanti depan mummy, bukan boleh. Haram terus nanti. "
Seketika kedengaran rengekan dari Adwa'. Bergegas Asyraf ke baby cot. Adwa' tersenyum comel.
Haih, pandai nya anak daddy ni senyum!
Adwa' didukung kekok, dan dihulurkan kepada Safiya. Mungkin lapar sebab itu terjaga.
"Assalamualaikum anak mummy, " lembut Safiya menyapa. Adwa' terkebil - kebil melihat mummynya. So cute! Desis Safiya.
Asyraf tersenyum lebar. Suka tengok sisi keibuan Safiya . Buat dia berkali - kali merasa bangga memperisterikan Safiya.
"Abang dah kenapa senyum sorang - sorang. Cepat bagitau. " serkap Safiya . Adwa' diberi susu badan. Pagi tadi kekok juga, tapi Adwa' cepat belajar, mudah sahaja menyusu .
"Suka tengok sayang dan Adwa', " kepala Adwa' yang sedang menyusu itu diciumnya sekilas.
Gewram daddy dengan awak sayang!
××
"Eee, comelnya Adwa' ni! Menurun aunty sungguh, " pipi Adwa' diciumnya berulang kali oleh Safieyna.
"Amboi kau, apasal menurun kau pulak. Aku yang susah payah beranak, kau pulak nak menumpang kecomelan yang Adwa' warisi mummy dia," Safiya tersenyum mengejek. Asyraf hanya tersengeh. Ni tak masuk dengan adiknya lagi, Aisya.
"Mak tengok along ni, " adu Safieyna. Puan Fatimah menggeleng, suka benar menyakat adik si Fiya ni.
"Fiya ni dah jadi ibu pun cari gaduh lagi dengan adik - adik, " Adwa' diambil didalam dukungan Safieyna.
Cucu tokma!
"Nama apa cucu tokma ni," pipi Adwa' dicium berulang kali. Sama seperti Safieyna lakukan. Haih, kesian anak mummy kena gomol.
"Tengku Adwa' Absyar, " balas Asyraf. Comelkan nama anak mereka. Dia mencadangkan Absyar, Safiya pula Adwa'. Maka terbina lah nama untuk si comel mereka.
"Comelnya nama cucu tokma ni. Macam tuan dia. Eee ,buat tokma berat hati nak balik. " Adwa' terkebil - kebil melihat tokma nya. Haih, makin comel ! Innocent gitu!
"Awat awai sangat mak nak balik, " Safiya tercebik. Belum puas nak lepaskan rindu.
"Mak ada mesyuarat satgi, "
"Amboi, maju nya mak Fiya ni. Mesyuarat apa? Mesyuarat tingkap dengan mak jemah sebelah rumah tu ke ? Sampai hati duakan Fiya na, "sakat Safiya. Cepat sahaja jari maknya mengetam pahanya. Sakit oi!
"Suka kan sakat mak, mak budak ni, "
Safiya sengeh. Macam tak biasa!
"Abang, mummy daddy mana? ," rasanya tadi turun ke surau kat tingkat bawah.
"Food court. Diorang lapar, "kepala Safiya diusapnya. Matanya mengerling sahaja anaknya yang digomol tanpa lepas oleh adik ipar dan mentuanya.
"Oo, teringin nak makan chicken chop la mak, " sengaja Safiya berkata begitu.
Satu..
Dua..
Tiga.."Tak payah mengada!, " laju maknya membalas bersama jelingan tajam.
Safiya tergelak. Suka tengok maknya marah.
"Jangan gelak sangat, terbuka jahitan beranak awak tu baru tahu, "
Mati ketawa Safiya. Ui, tak mau haih sakit!
Kini Asyraf pula gelakkannya. Tahu takut.
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
Chick-LitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...