BAB 2
26 tahun mendatang...
"Princess, papa nak princess balik Malaysia besok. Tiket papa dah uruskan jadi jangan nak bagi apa-apa dalih lagi. Kalau princess berdegil dan rasa nak jadi pengemis di negera orang silalah ingkar arahan papa tapi ingat... segala kad kredit dan duit perbelanjaan papa akan sekat!"
Aku sudah tersentap. Dapat panggilan dari papa tiba-tiba terus menerima arahan tanpa sebarang bantahan.
"Papa! Apa semua ni? Papa terlalu kejam dengan princess pa tahu tak?" Protesku sambil berdecit geram.
"Kejam tak kejam papa tidak kira. Lusa papa nak princess sudah ada di rumah!" tegas suara papa.
Klik! Talian dimatikan.
"Haaa..." Aku mengeluh panjang dan kuat. Nampaknya papa betul-betul maksudkan apa yang dia cakap. Aku perlu dipatuhi kalau taknah mengemis di sini.
"Kenapa ni Nay?" tegur Kak Amylin yang berada di dapur. Mungkin kerana keluhan aku kuat sampai dia mendengar.
"Kak... papa mintak Nay balik Malaysia. Nay taknaklah! Nay sudah jatuh cinta dengan negara dan budaya sini," rintihku dalam sendu. Terus mendapatkan dia yang 6 tahun tua dari aku lalu memeluk tubuhnya dari belakang.
"Kalau dah Tuan Hanifah yang minta anak perempuan kesayangannya balik Malaysia, itu bermakna ada sesuatu yang penting. Jadi Nay kena ikutlah."
"Tapi kenapa sekarang? Kenapa tak dari dulu kak. Nay ini ibarat macam anak terbuang aje. Bila papa rasa Nay ni menyusahkan dia hantar Nay ke sini sekarang bila Nay dah besar baru nak panggil balik Malaysia. Nay pun ada perasaan jugak!" Tak pasal-pasal aku naik angin.
"Sayang... Jangan fikir macam tu. Takde ibu bapa dalam dunia ni bencikan anaknya. Sejak lahir kak dibesarkan di dalam rumah itu sampailah sekarang semuanya jasa tuan dan puan. Mereka berdua ibarat ibu bapa kedua bagi kak jadi ini masanya untuk kak berbakti pada mereka dengan menjaga kamu, Nay. Kak percaya tuan buat semua ini untuk kebaikan kamu, sayang. Lagipun bukan ke kamu sendiri yang nak ikut kak sebab taknak tinggal di kampung." Kak Amylin sudah tersengih sambil menjongket kening.
"Mana ada!" laju aku membantah.
"Nay, kak rasa sudah tiba masanya untuk Nay berdiri di kaki sendiri. Berdikari dan jadi orang yang boleh membanggakan tuan. Kamu anak sulung dalam keluarga itu. Sudah jadi tanggungjawab kamu akan ambil alih syarikat sebab itu tuan panggil kamu balik. Ini bila tiket?"
Selepas berjeda Kakak Amylin mengingatkan aku, baru dia menyoal pasal kepulangan aku nanti.
Aku kemam bibir. Wajah lembut itu aku tatap lembut.
'Berdikarilah sangat. Bukan kak tak tahu dah berapa kali Nay kena repeat paper tak pernah nak tamat belajar asyik gagal. Nasib papa tak banyak soal. Kalaulah papa tahu aku tak dapat nak fokus belajar sebab terasa satu kekurangan. Iaitu kasih sayang. Adakah papa akan minta aku kembali ke Malaysia? Bebelku di dalam hati
"Esok pagi kak ikut Nay balik sekali ya?" pintaku. Daguku sangkut ke bahunya.
"Mana boleh sayang. Kerjaya dan suami serta anak-anak kak di sini," tolak Kak Amylin. Wajahku diusap lembut.
Aku mengeluh berat. Terlupa yang dia sekarang seorang pensyarah di salah sebuah kolej sini. Jodoh dia pun orang sini. Memang dia tidak akan balik ke Malaysia lagi memandangkan dia sudah tiada keluarga di sana. Sama-sama terlibat kemalangan dengan arwah mama.
"Jadi Nay kena balik soranglah ni?"nada suara sudah kendur. Tak bestnya kalau balik Malaysia tanpa wanita itu.
"Habis Nay nak suruh Abdul temankan balik Malaysia?" dia jungkit kening mahu bergurau.
YOU ARE READING
Hak Milik Tercinta
RomanceKisah Naysilla Safiya dan Luth Huzaifah dijodohkan oleh ayahnya kerana sebuah amanah. Mampukah lelaki yang dikatakan bajet stok imam muda melembutkan hati seorang gadis yang degil..