CHAPTER LIMA
Selepas makan malam dengan pak cik Goren malam itu, dia mendapat panggilan lagi. Saya tahu dia akan ke luar negara lagi.
"Blues, kau naik atas sekarang. Macam biasa, Mak cik Davvy akan jaga kau. Jangan turun selagi saya tak balik, Faham?" Kata Pak cik Goren. Saya angguk kepala tanda faham dan terus naik ke tingkat atas. Saya masuk ke dalam bilik dan tersenyum sendirian. Sebenarnya saya ada rancangan.
Mak cik Davvy datang ke dalam bilik saya malam itu. Dia membawakan saya makanan dan minuman. Saya perhatikan makanan yang dia hidangkan.
"Mak cik, saya nak air putih saja. Saya tak nak minum air jus." Saya membuat wajah sedih agar mak cik Davvy berasa kasihan dengan saya. Ada masa, saya ni demand juga dengan mak cik Davvy. Minta masak ini lah, itu lah. Mak cik Davvy turutkan saja. Kalau dah bosan sangat, saya cari Bodyguard Pak Cik Goren dan minta mereka belikan saya makanan di luar.
Saya akan tunggu di hadapan rumah. Mereka semua baik dengan saya. Terutama Takiya. Dia Bodyguard yang paling muda di antara Bodyguard yang lain. Mungkin dia hanya tua setahun dari saya. Kami tak lah rapat sangat tapi dia selalu jadi kuli saya untuk beli makanan di luar. Takiya memanggil saya Bos, dan saya panggil dia dengan panggilan Taki. Kami selalu berlatih seni mempertahankan diri, Taki memang lincah. Saya selalu kalah tapi jika bermain terup, saya bukan tandingannya.
Berbalik kepada cerita tadi dengan mak cik Davvy;
"Ya lah. Tunggu sekejap. Saya turun ambi kan air untuk kau." Kata Mak cik Davvy. Dia bergegas keluar dan saya terus mengambil ubat tidur di dalam laci. Saya hancurkan dan saya masukkan ke dalam jus yang mak cik Davvy berikan kepada Saya. Jus itu saya gaul rata dan saya membiarkannya di situ. sebenarnya, ubat tidur itu saya dapatkan dari bilik pejabat Pak cik Goren.
"Nah... minum ni." Mak cik Davvy muncul semula dengan segelas air minuman untuk saya. Saya mengambilnya dan pada masa yang sama, saya berikan minuman jus tadi kepada Mak cik Davvy.
"Minum lah. Sayang tak ada orang minum jus ni."
"Terima kasih, Blues." Mak cik Davvy terus menghabiskan jus itu. Saya tersenyum penuh makna. Sekejap lagi, dia akan tertidur lena. Saya tahu, mak cik Davvy menyimpan kunci rumah pak cik Goren.
Sudah lama saya menyimpan satu misi dalam diri saya, dan malam ini saya akan laksanakannya.
"Uwarggghhhh! Mak cik rasa mengantuk pula." Mak cik Davvy menguab beberapa kali. Saya membawa dia tidur di atas katil. Dia terus terlelap dan saya menepuk tangan. Plan pertama sudah berjaya dilaksanakan. Plan seterusnya?
Saya turun ke tingkat bawah dan Takiya sudah menunggu di bawah tangga. Dia menyuruh saya menukar pakaian menjadi Seperti salah satu Bodyguard Rumah Pak cik Goren. Tanpa berlengah, saya menukar pakaian saya dan Takiya membawa saya naik Motorbike berkuasa tinggi untuk pergi dari situ. Saat Motorbike milik Takiya, berjaya keluar dari Kediaman Pak cik Goren, saya menjerit keriangan di belakang Takiya. Tangan saya angkat ke udara. Membiarkan jeritan kebebasan memecah suasana. Rasanya seperti saya telah menemui kebebasan untuk sementara. Saya telah berjaya keluar daripada Kurungan saya. Takiya hanya tersenyum.
"Kau nak kemana sebenarnya? Kalau kau nak pergi makan di tempat paling sedap, saya bawakan kau di restoran yang saya suka." Kata Takiya. Kami berhenti di tengah kota dan pertanyaan Takiya tadi tidak saya endahkan. Mata saya hanya memerhatikan keadaan kota malam yang begitu indah. Kereta lalu lalang dan angin kota meniup rambut saya.
Wahhh! Inikah dunia luar yang telah dipisahkan daripada saya. Memang indah sekali.
"Hmmmm." Saya menarik nafas panjang- panjang. Andai saja saya tidak perlu berkurung di dalam bilik. Saya teringin mahu terokai kota itu. Saya hanya ingin lakukan sesuatu. Ia akan menjadi misi saya.
"Takiya, kau tunggu di sini. Sekejap lagi saya akan datang balik. Kalau saya tak datang selepas 3 jam, kau kena cari saya, okay?" Saya tersenyum pada Takiya. Dia Terus menggeleng.
"Kau dah gila. Saya tak akan benarkan kau pergi berjalan sendirian. Kau bukannya tahu selok belok kota ni. Bahaya tau tak!"
"Saya nak pergi ke suatu tempat. Saya akan kembali, kau jangan risau. Saya tahu jaga diri."
"Blues, saya setuju bawa kau keluar sebab saya kasihan dengan kau tapi jangan gunakan kesempatan ni untuk buat benda merbahaya. kalau berlaku sesuatu pada kau, Pak cik Goren akan bunuh saya."
"Kalau macam tu, Jom ikut saya." Daripada terus- terusan mendengar Takiya membebel, saya ajak dia pergi bersama saya. Dia akhirnya diam dan menurut sahaja kata- kata saya. Kami melewati bangunan kota dan tiba di sebuah bangunan yang diberi nama ONE OF A KIND. Takiya terkebil- kebil masuk ke dalam bersama saya.
"Aduh! Rupanya Kau datang sini sebab nak main judi? Kau dah gila ke? Blues? Jom balik." Kalau kau nak main judi sangat saya akan temankan. Kau boleh ambil semua duit saya. Tempat ni bahaya."Takiya menarik tangan saya.
"Kau tunggu saja, saya akan menang dan jadikan kau kaya raya. You know what I can do. They don't know about It. Please."
"No!"Takiya masih berkeras. Saya membuat muka merajuk dan minta belas kasihan. Takiya hanya merenung saya.
"Takiya. Kau tunggu saja."
"Blues. Next time, saya tak nak buat macam ni lagi. Kita dalam bahaya sekarang ni. Please. Saya takut saya tak dapat lindungi kau kalau ada apa- apa hal buruk berlaku."
"Kau dah terlambat. Kau sudah terlibat. Sekarang dengar cakap saya dan duduk di situ. Saya akan kembali sekejap lagi." Saya terus pergi dari situ dan masuk ke dalam sebuah bilik yang sudah jelas tempat perjudian dijalankan.
Takiya mengaru belakang kepala. Apa yang boleh dia lakukan. Saya sudah masuk ke dalam dan dia hanya berdiri sendirian di situ. Takiya memilih untuk memerhatikan saya dari jauh sahaja. Tidak terlepas pun pandangannya daripada memerhatikan saya ketika itu.
Masuk saja di situ, saya seperti berada di dalam Syurga. Meja- meja judi ada di setiap sudut. Orang berpusu- pusu masuk ke dalam. Saya tersenyum.
"Cik nak cari siapa?" Tanya seorang pelayan kepada saya.
"Ada meja yang masih kosong. Saya ada duit." Saya buka bag sandang saya dan tunjukkan duit yang ada di dalam bag saya. Pelayan itu tersentak sejenak. Dia tunduk dan membawa saya ke hujung tempat itu. Ada sebuah kerusi yang masih kosong di mejaM itu. Pemainnya semuanya lelaki separuh usia. Semua layak dipanggil pak cik.
Akan bersambung...
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...