MJ's Life

14 2 4
                                    

              MJ merupakan ahli yang paling tua di dalam group ASTRO. Dia dikenali sebagai 'Happy Virus' kerana dia sering membuat ahli-ahli yang lain ketawa. MJ juga mempunyai suara yang amat merdu. Walaupun dia ahli yang paling tua, dia amat rapat dengan ahli yang lain. Apabila dia bersama JinJin, keadaan akan menjadi  riuh. 

                Suatu hari, apabila dia sedang berlatih bersama ahli yang lain, handphonenya berbunyi."Siapa yang telefon ni? " kata MJ di dalam hati. Dia pergi ke tangga kecemasan untuk menjawab panggilan itu. "Hello , siapa ni? " tanya MJ. "Ni saya lah oppa. Adik kesayangan oppa" jawab pemanggil itu. "Dee?" tanya MJ. "Ye la sapa lagi " jawab Dee. Dee merupakan adik MJ yang amat rapat dengannya. MJ sudah lama tidak betemu dengannya kerana sebelum dia debut, adiknya pergi ke Jepun untuk sambung belajar di sana. MJ amat rindu dengan adiknya itu. "Jom jumpa dekat kafe depan Fantagio tu , boleh?" tanya MJ. Dia ingin berjumpa dengan adiknya secepat yang mungkin." Ok. Jap lagi saya datang. Saya nak singgah kat rumah jap. Nak letak barang and jumpa omma " jawab Dee. " Kalau dah sampai call tau " kata MJ. "Ok" jawab Dee lalu memutuskan panggilan.MJ amat teruja untuk berjumpa dengan adiknya. Dia terus pergi ke bilik latihan untuk bagitahu ahlinya tentang Dee. Setelah sampai  ke bilik latihan , dia menarik nafas dan berehat sebentar sebelum memberitahu mereka. "Kenapa MJ-hyung berpeluh-peluh?"tanya Rocky. "Ingat lagi tak adik hyung yang pergi Jepun tu?" tanya MJ. Kesemua ahli mengangguk. Mereka pernah bertemu dengan Dee ketika mereka menemani MJ menghantar adiknya ke airport. "Kenapa dengan dia?" tanya Sanha. " Dia dah balik. Jap lagi nak jumpa ngan dia dekat kafe depan tu. Dia la yang call tadi tu" kata MJ. Tiba-tiba manager mereka masuk ke bilik latihan mereka. "Jap lagi kita ada mesyuarat untuk bincang pasal album baru" kata manager itu. Selepas mendengar tentang mesyuarat itu, kesemua ahli Astro mengeluh. "Aigoo...Penatnye...Baru je rancang nk balik rumah and terus tidur bila dh habis latihan" keluh Sanha. "Macamane sekarang ni hyung? Hyung dah janji dengan Dee nak jumpa dekat kafe depan tu kejap lagi kan?" tanya Eunwoo yang risau akan MJ. MJ tidak menjawab soalan Eunwoo itu. Kesemua ahli Astro senyap kerana memikirkan hal MJ. MJ mengeluarkan handphone miliknya lalu menelefon Dee. "Hello ? " Mj memulakan perbualan. " Ye, nak ape?" tanya Dee. "Dee....cane ni..abg ada mesyuarat untuk album baru jap lagi..Rasanya abang x dapat nak jumpa Dee" terang MJ dengan perasaan bersalah. "Alaa...abang ni slalu macamni..Selalu tak tepati janji " kata Dee dengan menggunakan nada marah. "Mianhae,Dee. Maafkan abang, eh?" rayu MJ. "...." Dee tidak membalas dan terus memutuskan panggilan. Fikiran MJ semakin runsing. Dia perlu mencari cara untuk memujuk adiknya itu.

            Setelah tamat meeting, MJ terus pulang ke rumah tanpa sempat berjumpa dengan ahlinya. Sampainya dia di rumah, "Omma,mana Dee?" tanya MJ. "Dia ada dekat dalam bilik tu..Dari tadi tak keluar...Ajak makan pun tak nak" kata omma MJ iaitu Mrs. Kim dengan penuh kerisauan. MJ terus pergi ke bilik adiknya dan mengetuk pintu bilik adiknya. "Boleh abang masuk?" tanya MJ. "...." Dee tidak menyahut. Memandangkan tiada sahutan dari Dee, MJ terus memulas pintu bilik adiknya dan masuk ke dalam. "Dee..Are you okay?" tanya MJ. "Yes, I'm okay..Now leave me alone" kata Dee. " Alaa..Jangan la macam ni...Mianhae..Jom kita pergi makan kek red velvet dekat Secret Recipe and jalan-jalan kat taman?" MJ mengumpan adiknya kerana dia tahu adiknya pantang mendengar perkataan red velvet. "Ok..Jomlah kita pergi" kata Dee tapi mukanya masih masam. "Senyum dan maafkan abang dulu baru boleh pergi" kata MJ. Dee senyum tapi tidak ikhlas. "Dah puas?" tanya Dee. "Tak...Kena senyum dengan ikhlas dulu.Kalau tak senyum ikhlas abang akan geletek" ugut MJ sambil membuat muka lawak. Dee tergelak kerana melihat muka MJ yang kelihatan seperti budak-budak tadika."Ok.Jom kita pergi sekarang" kata MJ. Mereka mengambil jaket lalu keluar dari bilik Dee. "Ha..Nak pergi mana tu? Dah malam dah ni" tanya Mrs. Kim. " Nak bawak budak ni pergi makan kek red velvet...Dah janji ngan dia tadi" terang MJ. "Hello? Sapa budak? I am a teenager,ok?" kata Dee. MJ dan Mrs. Kim ketawa melihat perangai Dee yang sangat manja dan comel. "Dah, pergi cepat. Nanti kedai tutup, merajuk lagi Dee ni kang" kata Mrs. Kim. "Ok, omma. Kami pergi dulu" kata MJ.

          Kini, MJ berasa bosan kerana Dee sudah pulang ke Jepun untuk meneruskan perjalanan hidup. Walaupun mereka berjauhan, mereka masih berhubung setiap minggu. 


                                                       -THE END-


ASTRO's  LifeWhere stories live. Discover now