Bab 3

2.6K 44 3
                                    

Ustaz Amirul Faziel POV

Aku yang tengah siap nak ke sekolah itu dipanggil oleh umi untuk turun makan pagi dengan cepat aku capai beg laptop dan buku2 kemudian turun ke dapur

Abah dengan Umi dah siap ada di dapur makan sambil berbual entah apa aku tidak dengar kelibat nenek aku tak nampak pula mungkin ke rumah kawannya di sebelah

"Amirul balik pukul berapa hari ni?" Tanya abah waktu aku tengah senduk nasi goreng ke dalam pinggan

"Hari ni Amirul balik pukul 5 petang ada latihan sukan petang ni" aku jawab

Sesudah baca doa makan aku makan nasi goreng yang umi buat tiap2 pagi itu rasa sedap nasi goreng umi memang tak pernah jemu buat aku dan abah

"Hm...baguslah balik nanti terus ke surau ye abah ada ceramah lepas asar harini tapi abah tak berapa sihat jadi Amirul tolong gantikan abah" kata Abah

Aku tak cakap banyak hanya bersetuju sebab aku tahu abah memang tak berapa sihat sejak kebelakangan ini

Selesai makan aku cium tangan umi dan abah sebelum keluar

Dalam perjalanan ke sekolah aku nampak perempuan kelmarin yang dekat sawah tu tengah berdiri tepi jalan dengan kereta myvi putih dia tengah berasap , rosak mungkin

Aku berhenti nak tanya mungkin aku boleh tolong

"Assalamualaikum cik , kenapa ni?" Aku tanya dengan sopan walaupun mata perempuan ni macam nak telan aku aje pandangannya

"Waalaikumsalam , tak nampak ke kereta saya tengah berasap teruk ni takkan dia berhenti nak hisap rokok pula , rosak la apa lagi" sindir perempuan tu tapi salam aku masih dia jawab

"Saya tahu lah rosak yang saya tanya tadi tu cik kenapa yang tergaru-garu kepala tu" aku balas geram pula dengan kata2 perempuan ni luar nampak ayu tapi mulut agak laser

Dia nampak macam malu sebab main lepas aje cakap tadi

"Erm...saya dah call mekanik tapi dia cakap dia lambat sikit sebab ada kerja saya pula dah lewat ada interview pagi ni" kata dia

"Kalau macam tu saya hantarkan lagipun bahaya cik berdiri sorang2 dekat tepi jalan kampung ni ,jalan ni sunyi " aku pelawa nak hantar nasib aku keluar awal pagi ni

"Boleh ke tak menyusahkan ke?" Tanya dia dengan lembut

Aku senyum bila dengar suara lembut dia baru sedap sikit telinga ni mendengar kalau tak tak suara dia tu kasar aje memanjang

"Boleh lagipun saya masuk kerja 7.30 sekarang baru 6.55 jadi sempat lagi" aku cakap sambil tengok jam tangan

"Ok terima kasih" dia segera mengambil kunci kereta dan beg tangan sebelum naik ke kereta aku

"Awak nak interview dekat mana ni?" Aku tanya sambil pandu kereta

"Sekolah Al-Mashoor lelaki Jalan Taman Hasnah" ayat dari mulut dia buat aku terkejut sebentar

"Oh...kalau macam tu kita satu jalan lah , saya pun kerja dekat sekolah tu" kata aku

"Oh ye ke baguslah awak mesti ustaz kan dekat sekolah tu?" Tanya dia

"Haah , saya baru aje mula mengajar dekat situ"jawab aku

"Saya baru nak interview hari ni kalau dapat bagus juga" balas dia

"Awak ni cucu Nek Midah ke?"aku tanya dia sambil tangan bagi kuat sedikit penghawa dingin kereta sengaja aku tukar panggilan tiba2 rasa selesa pula nak berbual dengan dia

"Ye saya baru datang sini" jawab dia

"Oh awak anak Pak cik Said tu kan yang tinggal dekat Kuala Lumpur?" Aku tanya lagi sebab aku memang kenal bapa dia

"Ye mana awak tahu keluarga saya?" Tanya dia pelik mungkin sebab aku tahu pasal bapa dia

"Saya cucu kepada kawan nenek awak , Nek Jah tu nenek saya" balas aku

"Kejap2 jadi awak ni Amirul yang dulu kecik2 main basikal dengan saya tu ke , cucu Nek Jah tu?" Tanya dia teruja bila dia kenal aku

"Ye saya Amirul Faziel cucu Nek Jah" kata aku sambil senyum teringat pula zaman kecil2 aku dulu selalu main dengan sepupu aku dan cucu jiran rumah nenek aku tu

Dia tersenyum seketika sebelum diam , selepas tamat aje perbualan tadi kami langsung tak bersuara sehingga tiba di sekolah

Isteri Idaman Ustaz☆Where stories live. Discover now