Bab 4

2.3K 38 1
                                    

Ustaz Amirul Faziel POV

Aku yang baru selesai ceramah asar itu keluar daripada surau dan menyarung kasut namun seseorang memanggil aku yang membuatkan kaki aku terhenti menyarung kasut

Melihat Pak Cik Said yang memanggil aku tadi membuatkan aku tersenyum mesra sudah lama aku tidak melihat dia di kampung

"Ustaz Amirul apa khabar lama pak cik tak jumpa" tegur pak cik Said membuatkan aku malu bila dipanggil ustaz walaupun memang selalu panggilan itu aku dengar

"Sihat pak cik , pak cik pula apa khabar dah lama Amirul tak nampak ?" Aku tanya sambil salam tangan pak cik Said

"Pak cik sihat , pak cik baru balik tengah hari tadi saja nak tengok2 si Arisa tu katanya dia dapat kerja dekat sekolah sini" kata pak cik Said itu membuatkan aku tersenyum senang

"Saya tahu kami kerja satu tempat" aku kata sambil senyum

"Ye ke baguslah tak ada lah pak cik risau sangat sebab si Arisa tu tak nak kerja dekat syarikat pak cik dia nak kerja dekat sekolah katanya lebih selesa dan tak pening sangat macam pejabat syarikat" terang pak Cik Said membuatkan aku pelik kerja sebagai apa yang dia interview tadi

"Erk..Arisa kerja sebagai apa dekat sekolah tu?" Aku tanya dengan perlahan takut nanti pak cik Said ingat aku minat dekat anak perempuan dia pula

"Sebagai kerani" balas pak cik Said

Aku diam dan berfikir kenapa dia minta nak kerja kerani biasa sedangkan bapa dia ada Syarikat sendiri tapi aku biarkan sebab itu bukan masalah aku untuk aku masuk campur

"Tak apa lah kita jumpa malam ni ye lepas isya pak cik nak balik dulu" pak Cik Said meminta diri begitu juga aku terus berjalan keluar dari surau selepas melihat Pak Cik Said naik kereta yang diletak di luar

Sampai di rumah aku dengar bunyi macam ramai orang berbual di ruang tamu jadi aku naik dan bagi salam aku lihat ada Nek Midah dan cucunya si Arisa tu tengah berbual dengan nenek aku dan umi aku sambil minum petang

Mereka jawab salam aku serentak dan jemput aku minum sekali namun aku menolak dengan lembut sebab nak bersihkan diri lagipun aku agak penat hari ini sebab ada latihan rumah sukan tadi di sekolah

Aku terus masuk ke bilik dan capai tuala nak ke bilik air

Waktu aku buka pintu bilik aku terserempak dengan Arisa yang kebetulan berjalan nak ke dapur

Kami berdua terdiam beberapa saat sebab terkejut lepastu dia bersuara nak ke dapur

Aku bagi laluan pada dia takut terlanggar pula nanti

Aku pegang dada aku yang berdegup kencang dari tadi

Entah kenapa aku rasa sesuatu yang pelik dalam diri aku maksud aku dalam hati waktu aku pandang mata dia dan wajah dia yang terkaku tadi

Rasa macam aku...dah mula suka pada dia....mungkin

Isteri Idaman Ustaz☆Where stories live. Discover now