Part 3

88 4 0
                                    


BAB 3

Sementara menanti papa aku berbalas chat dakam group angels. Kami hanya berempat tapi kecoh macam beribu. Geng itu sudah tamat belajar dan selamat mendapatkan ijazah malah semuanya dapat kerja tapi aku masih tersangkut. Sejak setahun yang lepas Lily kian sepi seakan membawa hal sendiri. Azrina dan Syida mahu aku nasihatkan Lily. Cerita sebenarnya aku belum tahu apa-apa. Cuma mereka meluahkan kekesalan.

"Cik Naysilla, kan?"

Khusyuk menaip mesej terus mendongak bila seorang lelaki dalam lingkuan 50-an datang menyapa. Riak wajahnya nampak sedikit tersentap. Mungkin terkejut dengan cara pemakaian aku yang lebih kebaratan. Berjacket kulit berwarna coklat pekat yang mengikut potongan badan. Berseluar legging skirt berwarna hitam. Rambut tak payah nak cakap aku kaler jadi dark brown. Sudah hilang ciri-ciri ketimuran. Aku buat tidak peduli. Ini hal hidup aku. Aku punya pasal!

Melihat wajah kerut aku dia sekali bersuara. "Pak cik diamanahkan oleh Tuan Hanifah untuk membawa cik balik ke rumah." Dia sudah pegang penarik beg troli aku untuk dibawa pergi.

Terus aku mengeluh panjang. Ingatkan papa yang datang rupanya disuruh pemandu buat apa. Walaupun papa kerap mengunjugi aku di sana aku masih berharap papa orang pertama yang akan aku nampak tapi...hampa!

Memandangkan papa tiada, sekali tanduk jahat sudah muncul di atas kepala.

"Pak cik bagitahu papa, saya ada kerja nak buat sikit," suaraku sebaik bangkit dari kerusi.

"Tak boleh Cik Nay. Tuan suruh saya bawak balik cik dengan selamat."

"Kalau papa nak saya balik dengan selamat kenapa tak dia sendiri yang jemput saya?" aku jungkit kening sambil merenung tajam.

"Tuan Hanifah dan meeting dengan Dato' Halim bukan dia taknak datang cik."

Aku mendengus kasar. Antara bisnes dengan anak mana satu lagi penting! Hanya mampu bentak dalam hati.

"Kalau saya balik pun papa takde di rumah juga jadi saya nak pergi jumpa kawanlah kalau tu."

"Tak boleh Cik Nay nanti Tuan Hanifah marahkan pak cik."

"Pak cik jangan takut saya akan call papa cakap malam nanti saya balik." Terus aku menarik gugusan anak kunci di tangan lelaki tua itu dan berlari masuk ke dalam kereta.

"Cik Naysilla nanti dulu!"

Aku cepat-cepat hidupkan enjin dan meluncur pergi. Pak cik tu nak balik macam mana bukan urusan aku.

Saat itu telefon aku berdering, ya Az, aku memandu sekarang ni?"

"Laa... aku baru cadang nak jemput kau di epot sekarang aku on the way ambil Syida ni."

"Takpe kau hantar lokasi Lily sekarang nanti kita jumpa di sana saja."

"aMaflah menyusahkan kau Nay tapi aku risaukan Lily. Sekarang dia lain sangat bila kami ajak keluar lepak dia asyik mengelak. Ini nasib dia nak cakap yang dia ada date di bar malam ni dengan kekasih dia. Kami tahu dia akan dengar cakap kau sorang aje."

"Jangan risau masalah kecil aje. Jumpa nanti." Aku letak telefon dan teruskan pemanduan.

Sampai ke tempat yang ingin dituju terlihat Syida dan Lily sudah melambai. Kami saling berpelukan melepaskan rindu membuak.

"Jom masuk."

"Kau ajelah aku tak berani masuk dalam sejak balik Malaysia takut parents aku marah..." Azrina sengih kambing.

"Aahlah Nay aku pun sama. Sejak baba aku dapat tahu aku sering ke kelab dia ugut nak halau aku."

Aku juling ke atas seketika. Patutlah korang beria suruh aku rupanya pernah asa kes! Okey demi korang yang aku sayang aku sanggup masuk dalam sana." Terus aku masuk ke dalam Havana Bar & Gril memandangkan Syida dan Azrina tak berani.

Hak Milik TercintaWhere stories live. Discover now