"Tahu ke tidak?!" Suara bapanya semakin meninggi. Matanya berwarna merah.
Salyna hanya mendiamkan diri. Matanya hanya memandang ke bawah, tidak berani mahu melawan anak mata ayahnya si Qairul itu. Seram bukan kemain lagi!
Tangan Qairul terketar-ketar. Takut betul kalau berdepan dengan ayahnya itu.
"Qai tahu daddy. Tapi bukan Qai yang salah. Ni cuma salah faham. Takkan la Qai nak buat benda yang tak senonoh macam tu? Daddy takkan la tak percaya kat Qai?" Soal Qairul meraih simpati.
"Ahh! Daddy tak kira. Daddy nak Qai kahwin juga dengan Salyna. Qai kena bertanggungjawab dengan apa yang Qai dah buat!" Kata bapanya.
Kata-kata ayahnya membuatkannya terkesima. Dia tidak tahu mahu respon apa.
"Assalamualaikum." Suara Qarina dan ibunya memberi salam.
Dah sampai dah queen kita niy! Adoh!
Mesti kena kaw kaw dengan ibunya itu.
Qairul sekadar menjawab dalam hati."Ha, sampai pun awak. Ni ha, tanya anak awak ni. Apa dia dah buat. Memalukan. Masuk dalam bilik perempuan. Ishh!"
Uishhh.. memarakkan api yang tengah marak nampak?
"Qai. Apa yang Qai dah buat sebenarnya? Ha? Cuba cakap? Apa sampai masuk dalam bilik pulak ni? Tangkap khalwat dengan Salyna. Apa niy Qai? Qai nak malukan mummy dengan daddy ke? Ha? Cakap!"
Tinggi ton suara ibunya ketika itu. Salyna yang tadinya sibuk melihat ke bawah terus diangkat mukanya. Terkejut besar!
"Mummy. Cuba dengar dulu apa Qai nak cakap ni. Qai tak salah. Percaya la! Qai takkan tergamak buat benda bodoh macam tu dekat Lyna. Okey?"
Qairul sudah berdiri dari tempat duduk. Susah hati. Susah hati.
"Betul ke Lyna, Qai tak buat apa - apa dekat kamu? Kalau Qai ada buat sesuatu pada kamu, cakap. Tak apa. Terus terang saja."
Salyna melihat wajah ibu Qairul. Dia sedikit takut melihat kedua-dua ibu bapa Qairul yang sedang duduk di depan wajahnya.
Muka seram betul! Gugur jantung ni!
"Betul apa yang Qairul cakap tu aunty. Qai tak buat apa-apa pun kat Lyna. Ni cuma salah faham"
"Lyna tak tahu la kenapa tiba - tiba benda ni jadi." Raut wajah Salyna berubah. Dia takut. Kalau nanny nya tahu benda macam ni terjadi? Apakah reaksinya nanti?
Bahu Salyna dipegang oleh puan Aira.
"Ok la. Aunty percaya. Tapi aunty nak minta maaf sangat-sangat. Walaupun kamu berdua tak buat apa-apa, kamu kena juga kahwin dengan Qairul."Jawapan yang diberikan oleh ibu Qairul yang spontan itu membuatkan dirinya kaku dan tidak terkata. Teringatkan neneknya lagi. Azzam. Ya, Azzam.
Macam mana pula dengan Azzam? Mesti dia kecewa. Padahal dia sudah meletakkan harapan kepadanya.
"Mummy! Apa niy? Qai tak setuju. And Lyna mesti tak setuju jugak! Dia dah ada pilihan hati sendiri." Qairul teringat akan Azzam buah hatinya Salyna.
Lelaki yang membuatkan Salyna tersenyum lebar setiap hari.
Salyna memandang wajah Qairul. Qairul begitu memahaminya.
"Okay. We wait for Salyna grandmother. Dia akan sampai kejap lagi." Kata Puan Aira tenang.
Baru sekarang dia boleh melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk itu dengan tenang.
What! Nanny nak datang? Macam mana ni? Ikutkan hati nak bagi tahu esok pagi. Kenapa malam ni jugak?? Habis laaa dia kali ni.
Salyna sudah mula terketar-ketar. Jarinya dimain main.
Qairul memandang wajah Salyna yang sedang duduk . Sunggul wajahnya ketika itu. Mesti dia risau.
Qairul sendiri tidak tahu apa perasan nya ketika ini. Takut? Suka? Ataupun serba salah? Tidak tahulah..tapi terdetik di hatinya dia sedikit gembira dengan mendengarkan kata-kata ibunya yang mahu mengahwinknnya dengan Salyna.
Tapi dia harus sedar diri. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Salyna sudah ada pilihan hati nya sendiri jadi buat apa Salyna perlu menerima nya?
"Assalamualaikum! "
Kedengaran orang memberi salam.
"Waalaikumsalam Datin Fatimah. Masuk."
Sejurus sahaja Datin Fatimah masuk ke rumah Qairul, dia terus memandang wajah cucu kesayangannya itu. Terlihat ketika itu Salyna takut mahu memandang nya.
Puan Fatimah melabuhkan punggungnya di sebelah tempat kosong di sebelah Salyna.
"Lyna. Betul ke apa yang nanny dengar? Lyna kena tangkap khalwat ke?"
Walaupun suara neneknya perlahan dan lembut. Ada kedengaran nada suara tegas di dalamnya.
"Haah. I'm so sorry. But trust me, I never done stupid things. Nanny percaya kan?"
"Ye sayang. Nanny percaya kan Lyna.
But, you have to married Qairul."Puan Zara sekadar menggangguk.
"But.. why? I didn't do anything. Lyna tak nak. I love someone else."
Salyna memberanikan diri untuk menyatakan bahawa dia sedang berhubungan dengan orang lain.
"Who? Siapa? " Suara neneknya sedikit meninggi.
"Azzam. Azzam Haikal. Nanny kenal dia."
Bagaikan ditusuk petir hati Qairul ketika itu. Tidak sangka bahawa nenek Salyna juga mengenali siapa Azzam itu.
"Dia? "
"Sorry to say Salyna. Nanny percaya bahawa ramai lagi lelaki yang berada di luar sana yang lebih baik daripada Azzam. Yang boleh sayangkan Salyna lebih daripada Azzam sayang Salyna. "
"No nanny. "
*
*
*
*
That all for today!! Sorry dah lama tak updated!Btw, now Qairul n Salyna kene kawin! ♥♥
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...