Syaz pov.
Kaki kami terus melangkah keluar dari kereta apabila sudah meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Kami dengan selamba melangkah untuk ke kelas tanpa menghiraukan pandangan orang yang memerhatikan mereka.
Kami terus masuk kedalam kelas tanpa memberi salam walaupun di dalam kelas ade guru yang sedang mengajar subjek BM. Tanpa meminta maaf, aku menuju ke meja aku diikuti aina dan syaz.
Aku terus meletakkan kepala di atas meja. Zai hanya memandang slide dihadapan dengan pandangan kosong manakala aina mengeluarkan buku lalu menconteng dan melukis didalam buku itu.
Cikgu amy yang sedang mengajar hanya menggeleng gelengkan kepalanya apabila melihat perangai anak muridnya itu.Tanpa menghiraukan kami, dia terus menyambung pelajarannya yang terganggu sebentar tadi.End pov.
Kring!!kring!! Kring!!
Cikgu amy terus berhenti mengajar apabila terdengar bunyi loceng yang menandakan waktu kelasnya telah tamat. Rakan sekelasku kecuali syaz,zai dan aina terus berdiri dan mengucapkan terima kasih.
Cikgu amy hanya membuat tidak tahu dengan perangai mereka lalu dia keluar dari kelas 5 crystal. Apabila kelibat cikgu amy hilang, GG terus keluar dari kelas kerana mereka bercadang untuk ponteng kelas BI dengan sejarah.
"Korang nak gi mana?" Tegur amir iaitu ketua kelas 5 crystal apabila melihat GG ingin keluar dengan menyandang beg sekolah dibahu.
"Ponteng" balas syaz sepatah dengan dingin lalu terus berlalu. Aina dan zai terus berkata kepada amir
"Pandai pandai kau lah ye nak jawab kat si botak tu" kata zai manakala aina memberikan senyuman sinis lalu mereka terus ikut langkahku yang sudah jauh dihadapan.
Memang amir yang akan ditanya kalau mereka tak de dalam kelas cikgu badrul a.k.a si botak. Kami terus berjalan untuk ke GG room tapi ade 3 orang jejaka menghalang laluan kami.
"Nak gi mana ha?" Tanya si ketua dengan tegas.
"Ponteng" balas syaz dengan dingin
"Sekarang kan waktu pembelajaran" kata orang yang berada di sebelah kiri si ketua tadi.
"So?" Tanya zai sambil membelek kukunya
"Balik kelas sekarang" arah orang yang sebelah kanan pula dengan tegas
"Tak nak" balas aina dengan bersahaja.
"Diam boleh tak bising lah. Kau ingat kau ketua pengawas kitaorang takut?huh, tak de maknanya." Kata syaz dengan sinis dan dengan selamba dia mengeluarkan lolipop dari poket kainnya lalu memakannya setelah membuka plastiknya.
Rul melihat syaz dengan pandangan tidak berpuas hati. Dia segera menarik tangan syaz. Tangan GG yang lain juga ditarik oleh PB.
'Macam kenal lah laluan ni? Bukan ni laluan ke bilik disiplin ke?' Soal GG didalam hati
Apabila sudah sampai dihadapan pintu bilik disiplin, GG hanya mengeluh.
'Bosan lah asyik kena hadap muka si black ni" keluh GG di dalam hati. Si black tu merupakan guru disiplin a.k.a cikgu azmir.
GG terus masuk tanpa memberi salam manakala PB hanya menggeleng memerhatikan perangai GG lalu masuk ke dalam bilik disiplin dengan memberi salam. Cikgu azmir terkejut apabila bilik nya dirempuh oleh GG lalu menayangkan muka marahnya.
GG hanya menayangkan muka bersahaja seperti tidak takut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh cikgu azmir lalu terus duduk di sofa yang disediakan.
PB hanya memerhati sambil berdiri berhampiran GG.
'Sibuk lah mamat semua ni,kalau budak baru tu buatlah macam budak baru'dengus GG perlahan sambil menjeling PB.
"Kenapa kamu membawa mereka ke bilik disiplin?" Tanya cikgu azmir dengan tegas.
"Mer...mereka na...nak... pon....ponteng kelas cikgu" balas zul dengan tergagap gagap.
Aina dan zai ketawa besar apabila mendengar zul tergagap tanpa menghiraukan pandangan garang cikgu azmir.
PB sudah menunduk menikus apabila terperasan muka merah cikgu azmir yang seperti menahan marah.
"Kenapa korang ketawa ha?" Jerkah cikgu azmir kearah aina dan zai.
Mereka terus berhentikan ketawa mereka tetapi sengihan tetap berada dibibir masing masing seperti tidak terkesan dengan jerkahan cikgu azmir.
"Dah kelakar. So ketawa lah takkan nak nangis pulak kan. Apalah tu pun tak tau" balas aina dengan selamba. Cikgu azmir terus mengangkat tangannya untuk menampar muka aina tetapi syaz terus menahan tangan itu.
"Kau jangan berani nak tampar kawan aku, jangan sampai aku bocorkan rahsia kau" bisik syaz dengan dingin lalu menepis tangan cikgu azmir. Cikgu azmir terdiam apabila mendengar ugutan itu.
"Kalau macam tu, saya nak PB mengawal tingkah laku GG setiap hari" arah cikgu azmir tanpa memandang GG.
"Pahal lak kena macam tu?" Tanya aina dengan berang. PB masih diam sambil memerhati suasana yang tegang itu.
"Jangan lah kurang ajar sangat dengan orang yang lebih tua dari kita" tegur syah sambil memeluk tubuh. Aina mendengus marah apabila mendengar teguran itu.
"Diamlah" marah aina
"Dah diam. Saya nak cakap yang PB akan menjadi bodyguard GG bagi mengubah perangai menjadi lebih berdisiplin." Kata cikgu azmir dengan tegas.
"Aku tak kesah kalau ade bodyguard yang akan jaga kami tapi kenapa dorang? Dorang kan budak baru? Boleh ke nak jaga kami?" Tanya zai dengan sinis.
"Antara sebab mereka akan menjadi bodyguard kamu ialah rekod disiplin mereka sangat baik" balas cikgu azmir. PB sudah menayangkan muka bangga apabila dipuji. GG memandang mereka dengan muka menyampah.
'Yaallah, comelnya aina buat muka macam tu' bisik hati syah sambil merenung aina. Rul menyiku syah apabila terperasan yang syah asyik merenung aina.
Syah tersentak dan menayangkan sengihan malu manakala PB menayangkan sengihan nakal.
"Tak kira alasan apapun, saya tetap akan melantik PB sebagai bodyguard kamu semua" kata cikgu azmir kepada GG lalu GG terus melangkah keluar dari bilik disiplin. PB tercengang melihat kelakuan GG
"Abaikan mereka. Jadi, saya nak tanya sama ada kamu semua setuju atau tidak?" Tanya cikgu azmir kepada PB.
"Kami tak kesah cikgu." Balas PB serentak.
"Baiklah kalau macam tu. Sekarang saya nak kamu pergi cari GG dan bawa mereka ke kelas." Arah cikgu azmir. Mereka ingin beredar dari bilik disiplin tetapi cikgu azmir menahan mereka
"Saya akan pindah kan kamu bertiga ke kelas 5 crystal supaya mudah kamu untuk mengawasi mereka" beritahu cikgu azmir. Kami hanya mengangguk akur.PB pov.
'Ish,mana pula la minah ni pergi?' Soal zul di dalam hati
'Menyusahkan betul lah minah ni' rungut rul perlahan lalu mendengus.
'Minah minah ni memang suka bazirkan masa orang eh?' Kutuk syah di dalam lalu memasukkan tangan di dalam poket seluar.
Sedang mereka berjalan, tiba tiba mereka ternampak BG yang sedang dibuli tetapi pembulinya mereka tidak nampak kerana pembuli itu membelakangi mereka
"Woi, korang buat apa tu ha?" Jerkah rul dengan kuat lalu pembuli itu menoleh. Mereka terkedu.Pakaian pengawas lelaki
(Yang baju hitam lelaki dan perempuan tu untuk murid biasa dan baju putih lelaki perempuan tu untuk pengawas).
End pov.
GG pov.
Kami terus melangkah keluar dari bilik disiplin lalu menghempas pintu dengan kuat bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
Kami bercadang untuk melepak di GG room tetapi niat kami terbatal kerana kami ternampak BG sedang bergosip di pondok berhadapan dengan kelas.
Kami terus berpandangan sesama sendiri lalu mengukir senyuman sinis. Syaz memberi isyarat mata kepada aina untuk menyediakan bahan. Aina hanya menganggukkan kepala lalu berlari ke GG room . Kami menunggu aina berdekatan dengan BG.
Beberapa minit kemudian, aina datang dengan membawa 'barang' sambil tercungap cungap. Kami terus melepaskan 'barang' itu ke arah BG. Selepas itu kami terdengar jeritan dari BG.
"Arghhhhhh!!!!" Jerit mel,mia dan emy dengan kuat. Mereka menghentak hentakkan kaki bagi menjatuh kan lipas yang berada dikaki mereka. Kami terus keluar dari tempat persembunyian sambil ketawa berdekah dekah.
"Arghhh.... tolonglah sesiapa buang lipas ni" raung emy sambil memejamkan matanya.
"Aku boleh tolong. Tapi dengan satu syarat" kata aina
"Apa syaratnya" tanya emy tanpa memandang aina.
"Aku nak kau jumpa aku malam ni. Faham" arah aina.
"Aku tak nak" bantah emy
"Ok klau tak nak aku pergi dulu . Tata" kata aina sambil berpusing kebelakang.
"Ok2. Aku akan ikut kau. Tolong buang lipas ni" arah emy lalu aina mengambil lipas itu di kaki emy lalu dengan sengaja di mengacu lipas itu di hadapan muka emy. Emy terus menjerit dengan kuat. Tiba tiba terdengar jeritan seseorang.
"Woi,korang buat apa tu ha?" Jerkah seseorang itu. Kami terus berpandangan sesama sendiri. Kemudian kami terus......End pov.
Tunggu sambungan yerk.
Thanks untuk cover yang lawa
Sesiapa nak cover boleh lah follow dia yerk. Bye
YOU ARE READING
MAFIA DI HIGHSCHOOL??!!
ActionGirlz Gangz merupakan pelajar di Jade Highschool. Siapa yang tidak kenal dengan mereka?? Mereka merupakan gangster yang sering menjadi bualan para pelajar kerana kenakalan dan kecantikan yang dimiliki oleh mereka sejak mereka kecil. Perfect Bo...