BAB 4
"Princess kenal dengan Luth?" kedengaran suara papa menyoal dengan nada kehairanan.
"Tak...princess tak kenal. Mungkin tersilap orang kot!" Aku berbohong. Mata masih pegun menatap wajah dia. dahi berkerunyut berlapis-lapis.
Macam mana dia kenal dengan papa? Dan apa yang dia buat di sini siap berbaju melayu berkain pelikat macam orang baru balik dari masjid. Hurm...mungkin pekerja baru papa.
"Assalamualaikum Cik Naysilla Safiya, saya Luth Huzaifah ..." suaranya membuat jantungku meletup. Bukan meletup terjatuh hati dengan kelembutan wajah berimam dia tapi senyuman dia yang tampak sinis buat aku geram!
Teringat kejadian malam tadi di lapang terbang terus aku menoleh papa dan mahu merenget namun tidak menjadi bila papa bersuara.
"Princess kenalkan calon suami yang akan membimbing kamu nanti. Tarikh perkahwinan kamu sudah ditetapkan." Papa di sebelah sudah senyum panjang.
Aku tahan nafas sesaat cuba cari perkataan yang sesuai untuk memberitahu papa supaya imej aku tak tercemar gara-gara lelaki ini. Janganlah dia bongkar kejadian malam tadi pada papa.
"Pa...pa tak akanlah pa nak suruh orang dah ada anak bini jadi menantu papa. Anak papa ini lawa dan bergaya, diva pulak tu, ramai lagi yang bujang dekat luar sana. Princess tahu dia mugkin dia perlukan kerja jadi dia terpaksa sembunyikan satatus dia tapi malangannya princess dah tahu rahsia dia tu." Aku jeling lelaki itu.
"Isteri hahaha..." papa tiba-tiba gelak besar."Anak hahahahaha..." lagi besar gelak papa.
"Paaa!" aku sudah hentak kaki. "Orang serius papa gelak pulak!"
"Princess,princess... papa tahu princess terkejut dengan berita ini jadi princess tuduh dia yang bukan -bukan. Princess dia bujang tang tang umar dia sebaya dengan princess. Lagipun papa memang simpankan dia untuk kamu sejak kecil lagi. Dia pun apa kurangnya sangat kacak untuk mencuci matakan? Kalau princess bersetuju nak kahwin dengan dia malam ini juga pa kahwinkan princess dengan Luth." Papa gelak lagi. bercanda sendiri gelak sendiri
Aku pandang wajah dia. Dia hanya senyum dan senyum. Betul-betul muka beriman. Kalau dia bujang habis wanita dengan dia siang tadi? Tolong jangan cakap... Tebalnya muka aku sekarang!
"Papa princess tak tipu! Kalau papa tak percayakan princess suruh dia bagitahu siapa wanita dan budak perempuan dekat air port semalam?"
"Semalam di air port...? Jadi kamu berdua pernah jumpalah ni!"
Alamak lain yang aku nak lain buat yang terbongkar. Aduss!
"Pa jangan banyak soal...sekarang princess nak papa tanya dia siapa mereka tu. Kalau tak perkahwinan ini princess bantah!"
Papa terus kerling pada dia. Seakan meminta penjelasan.
"Mereka kakak kepada kawan saya yang di kampung uncle. Saya baru teringat yang kawan saya ada kiriman dari kampung untuk dia itu yang kami jumpa semalam. Takde apa-apa hubungan pun."
"Princess dah dengar kan? Mereka takde apa-apa hubungan jadi jangan nak cari jalan untuk tolak pinangan papa."
"Sebelum ni ada ke princess membantah arahan papa?" sengaja aku nak mengungkit. Kot-kot papa tersentuh.
"Princess kenal-kenallah dulu dengan bakal suami kamu nanti kita akan bincangkan hal ini lagi papa nak naik solat zuhur sekejap tapi ingat jangan buat yang bukan-bukan dia lain dari yang lain tak sama dan tak akan sama dengan yang kekasih-kekasih princess dekat sana mudah rapuh dengan godaan princess tapi dia pa gerenti princess yang akan cair nanti." Papa sudah bangkit untuk naik ke atas meninggalkan aku dengan si dia. sudah namanya papa mana mungkin nak tarik balik bila dia sudah bersuara.
YOU ARE READING
Hak Milik Tercinta
RomanceKisah Naysilla Safiya dan Luth Huzaifah dijodohkan oleh ayahnya kerana sebuah amanah. Mampukah lelaki yang dikatakan bajet stok imam muda melembutkan hati seorang gadis yang degil..