Bahagian 5

49.2K 136 0
                                    

....................

"Gaz.. Gaz suka makan apa"?

"Gaz makan semua ma. Takde apa yang Gaz tak makan. Asalkan halal. Sebab ibu memang da ajar Gaz jangan pernah memilih pasal makanan".

"Owhhh.. Alhmdulillah. Bagus bujang mama sorang ni. Okay-okay. Apa makanan favorite Gaz"?

"Haaa. Gaz suka makanan pedas. Ayam lemak cili padi ke. Ayam sambal ke. Kalau ada sambal belacan pun dah ok sangat-sangat. Kenapa ma"?

"Mama ingat nak masakkan Gaz. Nantikan kita nak keluar cari barang sekolah Gaz dengan adik-adik. Baliknya tu kita makan kat rumah mama ok"?

"Ishh mama. Gaz seganlah. Nak pergi beli barang sekolah pun Gaz dah segan, apatah lagi nak datang rumah mama siap makan lagi"

"Lahh.. Kan kebetulan tengah cuti sekolah. Papa pulak memang tengah cuti. Tak apalah kita jalan ramai-ramai. Lagipun Gaz dah nak exam kan. Alat tulis semua dah ada ke"?

"Gaz lupa nak tanya ibu pasal tu. Tak apa. Nanti Gaz confirmkan lagi dengan mama"

   Sebaik Gaz menamatkan perbualannya bersama mak angkatnya, Gaz lantas menelefon ibunya yang sedang berkerja mengenai rancangan Gaz dan keluarga Sal. Dan ibunya membenarkan Gaz untuk keluar bersama keluarga angkatnya itu. Selepas pertemuan pertama Gaz bersama keluarga angkatnya itu, Gaz lantas menceritakan mengenai mereka kepada ibunya. Alhamdulillah, ibunya memahami dan menerima atas sebab perubahan Gaz yang kini rajin ke sekolah. Tetapi ibunya mengingatkan Gaz supaya jangan pernah meminta. Dan jangan terlalu menyusahkan mereka. Di sudut hati ibunya, tersemat sedikit rasa cemburu. Oleh kerana ibunya jugak tidak mampu melayan dan memberi apa yang Gaz perlukan memandangkan adik-adik Gaz lebih memerlukan perhatian, maka ibunya redha dan berharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu Gaz. Daripada Gaz bercampur dengan kawan-kawannya yang bukan-bukan, ada baiknya Gaz bersama keluarga angkatnya.

   Pada hari yang dijanjikan, mereka pun keluar sekeluarga. Mereka makan tengahari bersama kemudian berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang sama. Di kedai alat tulis, Sumayyah dan adik-adiknya kusyuk membeli belah alat tulis. Mereka juga sempat mencapai dua naskah novel untuk mereka habiskan masa ketika berada di asrama dan beberapa buku rujukan sekolah.

Kadir: Aaii Gaz. Beli pen 2 batang je?
            Barang-barang lain tak beli ke?

Gaz: Cukuplah ni pa. Gaz takde pen je. Yang
         lain semua cukup lagi.

Kadir: Novel taknak?

Kadir cuba bergurau dan ketawa kecil.

Gaz: Ishh pa. Taklah. Takkan lelaki baca
         novel.

Kadir: kalau taknak beli novel, tu ada buku
            agama tu.

Gaz ketawa. Sumayyah dan Sakiyynah yang kebetulan lalu disitu juga ikut ketawa. Dalam diam, Safiyyah yang berada selang beberapa rak dari situ hanya melihat dari jauh dengan perasaan menyampah. Rupanya dalam diam, dia hairan bagaimana seluruh keluarganya boleh menerima Gaz sebagai anak angkat. Ya dia tahu, mama dan papanya menginginkan anak lelaki, tetapi mereka bertiga sebagai anak perempuan juga rezeki dari Allah. Gaz juga seperti semua maklum, bukanlah seorang yang baik kerana mamanya pernah bercerita yang Gaz sering ponteng sekolah. Dan yang paling memusykilkan dirinya ialah, bagaimana mamanya boleh mengenali Gaz. Dan tidak adakah sedikit keraguankah dalam diri papanya mengenai hubungan Gaz dan mamanya.

   Selesai urusan di pusat membeli belah, mereka terus ke pasar untuk membeli barang mentah untuk dimasak sebagai hidangan makan malam mereka. Kadir dan anak-anak perempuannya hanya menunggu di dalam kereta. Sal hanya ditemani Gaz masuk ke pasar. Gaz masih teringat, kali terakhir beliau menemani ibunya ke pasar semasa beliau masih di tingkatan 1. Sejak itu, dia merasakan malas untuk menemani ibunya. Adik-adiknya pula yang sering menemani ibunya ke pasar.

   Di pasar, Sal mengajar Gaz bahawa lelaki juga harus belajar ke pasar. Harus kenal jenis-jenis ikan dan sayuran. Harus tahu bahan-bahan mentah untuk sesuatu jenis masakan. Jadi disebabkan Sal akan menyediakan makanan kegemaran Gaz, jadi Sal menunjukkan bahan-bahan untuk membuat ayam lemak cili padi. Gaz betul rasa dihargai dan terharu dengan sikap Sal yang kelihatan seperti memanjakan dirinya. Di dalam keluarga kandungnya sendiri, dia akui dirinya sedikit terabai kerana ibunya lebih fokus membesarkan dan menjaga adik-adiknya. Tapi dia tidaklah menyalahkan ibunya kerana dia faham keadaan ibunya. Setelah usai membeli barang masakan di pasar, mereka terus ke rumah keluarga Sal...

..........

Bersambung....

KhilafWhere stories live. Discover now