CHAPTER 8
Dia hidup dengan semua kemewahan sejak dia kecil. Walaupun hidup dengan didikan dan latihan disiplin yang tinggi daripada ayahnya, dia masih merasa jika hidupnya lebih baik dari semua yang dilihatnya disitu sebentar tadi. Willy singgah di sebuah cafe Tepi pantai. Banyak pelancong ada si situ dan menjalankan aktiviti harian mereka. Willy membeli minuman sejuk dalam botol dan dia duduk di tepi pantai memerhatikan orang yang lalu lalang.
"Young master."
Suara yang memanggil itu mengejutkan Willy. Dia segera menoleh dan dahinya berkerut melihat salah satu Bodyguard yang datang dari Harper Point ada di situ. Walaupun mereka tidak memakai pakaian Wajib mereka, Willy tetap mengenali mereka.
"Korang nak apa datang ke sini? Saya sudah bagitau presiden. Saya nak bercuti. Abang Wesley kan ada." Kata Willy kepada mereka.
"Bukan Presiden, tapi Tuan Venture yang suruh kami datang ke sini untuk bawa kau pulang." Jawab mereka. Willy berjalan mendekati mereka. Nama Venture mengamit perhatiannya.
"Uncle Venture? Apa hal dengan dia? Mati- mati dia tolak saya hari tu, kenapa sekarang nak panggil saya balik pulak. Ahhhh. No way." Willy berpaling daripada mereka. Dia perlu jual mahal sedikit dengan Venture. Baru dia tau, Willy HARPER juga pandai merajuk. Sudah lama dia memujuk Venture untuk mengajarnya menjadi Gambler tapi dia sentiasa menolak.
"Dia akan latih kau..kau kata nak belajar berjudi, dia akan ajar kau. The Heaven Tube perlukan kau." kata Bodyguard itu. Kaki Willy berhenti melangkah mendengarnya. Senyuman meleret panjang tapi dia cuba sembunyikan.
"Mana Abang Heaven Junior?" Tanya Willy. Satu- satunya anak Uncle Venture The Lennon yang seharusnya menjadi pengganti ayahnya. Tapi selama ini dia memang tidak menunjukkan minat terhadap The Heaven Tube. Sudah 2 kali berkahwin dan bercerai, dia akhirnya memilih untuk menduda. Berfoya sepanjang minggu dan membuka perniagaan lumba kuda secara haram. Sama bidangnya dengan perjudian tapi dia berada di luar meja perjudian.
"Venture tak perlukan dia. Dia mahukan kau." Jawab mereka. Willy tersenyum lebar. Akhirnya. Ini lah kesempatan yang sudah lama dia tunggu. Panggilan keramat daripada Uncle Venture sendiri. Willy tersenyum lebar. Dengan panggilan itu, maka percutiannya sudah berakhir. Dia sudah rindu dengan bau daun terup dan duit. Dia rindu duduk di meja judi dan bertemu dengan lawan dan memenangi setiap pusingan permainan. Dia rindu dengan kegelapan.
THE HEAVEN TUBE
VENTURE LENNON duduk di dalam bilik pejabat peribadinya di dalam keadaan sedikit tertekan. Usia yang semakin meningkat dan masa yang sering mengekang pergerakkannya, dia tidak yakin di boleh terus berada di situ sebagai raja judi. Dia hanya mempunyai seorang anak dan Heaven tidak pernah menunjukkan minat dengan perniagaan itu.
Venture menoleh bila pintu bilik pejabat dibuka perlahan. Muncul orang bawahan yang dia arahkan untuk memanggil Willy.
"Macam mana? Dia setuju?" Tanya Venture.
"Setuju Presiden. Dia akan datang esok." Jawab mereka.
Venture tersenyum. Akhirnya. Jika zamannya dikira sudah berakhir, dan musuh mahu bersorak atas khabar berita yang dia mahu berhenti menjadi raja judi, maka mereka semua silap menilai dirinya. Akan dia sediakan 'Weapon' paling tajam untuk menjadi raja baru di Heaven Tube.
♠️♣️♥️♦️
WILLY diiring masuk ke dalam Heaven Tube dan terus dibawa ke pejabat peribadi Milik Venture LENNON. Pintu dibuka luas, Willy hanya perlu masuk dan berhadapan dengan Venture. Mereka saling berpandangan dan mengukir senyuman penuh makna.
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...