Hospital
Selepas beberapa jam, jihyo akhirnya selesai melakukan rawatan kemoterapinya. Xiumin datang lalu mengambil tempat disebelah Jihyo.
"Kau okey?" Soal Xiumin bila tengok muka jihyo berkerut seperti memikirkan sesuatu. Jihyo tersenyum nipis.
"Entahla. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa yang aku takkan bertahan lama." Jujur Jihyo.
"Kau ni, tak baik tau cakap macam tu." Ujar Xiumin lalu mencubit pipi Jihyo.
"Sakitlah!" Jihyo mengaduh lalu membalas balik dengan mencubit paha Xiumin. Xiumin menggosok pahanya. Sakit woi!
"Dahla, jom pergi makan. Laparla.." ujar Xiumin sambil membuat muka comel. Jihyo tersenyum melihat Xiumin yang kadang kadang perangainya seperti budak budak.
"Jom." Jawab Jihyo ringkas.
"Jihyo..." Panggil Xiumin. Jihyo berpaling kearah Xiumin. "Ya?" Jawab Jihyo ringkas.
"Kau..tak nak bagitahu Eunji ke?" Soal Xiumin. Jihyo hanya diam. Dia mengalih pandangannya ke luar tingkap. "Kau kena bagitahu Eunji. Nanti lama lama dia akan tahu jugak." Ujar Xiumin. Jihyo diam. Patut ke dia berterus terang dengan Eunji?
************************************************************
Jihyo masuk kedalam rumah diikuti Xiumin dibelakangnya. Wonwoo dan Eunji sedang asyik melihat rancangan di televisyen sampai tidak sedar dengan kehadiran mereka berdua.
"Amboi, gelak sakan nampak sampai kitorang masuk pun tak sedar?!" Sergah Jihyo membuatkan mereka berdua terkejut. "Unnie! Tak baik tau kejutkan kitorang macamni." Ujar Eunji dengan muncung yang panjang. Terkejut juga dia. Ingatkan perompak manalah tadi.
"Haa Wonwoo, takde rumah ke?" Saja Jihyo menyindir. Wonwoo menjuih bibirnya. "Ala Jihyo ni. Tak baik tau. Wonwoo bosan la duduk sorang sorang. Omma dengan appa takde dekat rumah." Jelas Wonwoo.
Xiumin hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Dalam masa yang sama dia merasakan yang Jihyo sangat bertuah kerana ada orang yang dia sayang setia disisinya.
"Alang alang korang dekat sini, unnie ada berita gembira. Unnie dah beli tiket ke funfair untuk kita berempat." Ujar Jihyo dengan teruja. Wonwoo dan Eunji melompat lompat gembira. Akhirnya diorang boleh luangkan masa bersama. Tiba tiba Wonwoo berhenti. Dia memandanh Jihyo. "Berempat?" Soal Wonwoo ringkas.
"Yes. Berempat. Sebab hyung pun akan ikut sekali. Seronok kan?" Jawab Xiumin sambil tersengih. Wonwoo menjeling. 'Sibuk je dia ni. Orang nak seronok dengan Jihyo pun tak boleh. Apa yang seronoknya kalau dia ikut? Kacau je.' Bisik Wonwoo perlahan. "Kau cakap apa Wonwoo?" Soal Eunji apabila mendengar seperti Wonwoo bercakap. "Sibuklah kau." Wonwoo menjeling Eunji. Tak pasal pasal Eunji pun mendapat. Malas melayang Wonwoo yang angin tak bertempat Eunji bertanya Jihyo bila mereka akan pergi.
"Ahad." Jawab Jihyo ringkas.
************************** ***************************** *********************************
AHAD
"Yeay! Tak sabar nak pergi funfair." Ujar Eunji riang.
"Boleh tak kau behave macam orang dewasa sikit?'' Tegur Wonwoo. Eunji hanya menjeling. Padahal dia pun tak sabar nak pergi. Tak sabar nak dating dengan Jihyo je sebenarnya.
Jihyo datang lalu duduk didepan mereka berdua. "Korang...." Jihyo serba salah ingin bercakap. Wonwoo dan Eunji sabar menanti apa yang ingin dicakapkan oleh Jihyo. "Sebenarnya unnie tak dapat nak pergi harini." Jihyo terus terang. Terus berubah muka mereka berdua.
YOU ARE READING
You Are Not Alone
Fanfiction"Unnie sayang korang. Korang adalah nyawa unnie." Song Jihyo "Unnie! Jangan tinggalkan Eunji!!" Jung Eunji "Jihyo, awak akan tetap ada dalam hati saya sampai bila bila." Jeon Wonwoo "Saya sayangkan awak. Takkan ada yang dapat gantikan awak. Tak akan...