CHAPTER 21
WILLY HARPER, sedang duduk bersendirian di dalam bilik khas untuknya sahaja. Dia memerhatikan Daun terup di atas meja dan juga segelas whiskey bersamanya. Ted si pembantu peribadinya baru sahaja memberikan beberapa maklumat tentang musuh- musuh utamanya yang perlu dia awasi.
Bosing, sedang berusaha memperluaskan pengaruh kasinonya dengan mempelawa ahli- ahli perniagaan baru daripada luar negara. Dengan kehadiran mereka di situ, duit pelaburan akan meningkat naik.
Hobit, masih dengan cara yang sama. Dia tidak perlu rasa risau kerana dia memiliki pelaburan dalam perniagaan kasino di seluruh negara termasuk luar negara. Dia hanya perlu mengekalkan carta kasinonya yang sentiasa berada di dalam carta pilihan para pengunjung. Tapi Willy masih tidak yakin dengan tujuannya mahu berhubung dengan Heaven Tube. Dia juga fokus kepada beberapa pelanggan terbesar Heaven Tube dalam erti kata lain cuba mencuri pelanggan mereka.
...Dan yang terakhir, Rexi. Dia adalah musuh yang sangat licik. Menurut Ted, dia tidak menonjolkan diri dengan mana- mana pelanggan tapi dia sentiasa menghabiskan masa berdepan dengan mana- mana pemain- pemain judi sama ada di kelas bawahan atau atasan. Dia tidak kira, menang atau kalah. Dia tidak berhenti selagi dia tidak melewati semua kasino yang ada untuk mencari lawannya. Willy, mengeluh kecil. Tujuannya hanya mahu meraih sokongan dan populariti sahaja.
"Young master?"
Ted, muncul di hadapan pintu bilik itu. Willy mengangkat wajah dan menoleh pada Ted.
"What?" Soal Willy.
"Ada pengunjung yang datang dan claimed, mereka datang ke sini atas jemputan daripada kau.."Jawab Ted.
Willy, mengambil sebatang rokok. Dia membakar hujung rokok dan menyuakannya di bibirnya.
"Who?"
"Goren... mereka tunggu di bilik King of Gambler." Balas Ted.
Willy, terus membatalkan niat untuk merokok. Dia bangun dan keluar dari bilik itu. Ted mengekorinya daripada belakang.
Bilik King Of Gambler adalah ruangan bilik yang disediakan untuk tetamu yang dijemput sendiri oleh Pemilik Heaven Tube. Bilangan tetamu yang masuk ke situ boleh dikira dengan jari.
BLUES POV
Bodyguard tadi membawa kami masuk ke dalam sebuah bilik yang diberi nama King Of Gambler. Tempat tu lain sedikit berbanding ruangan perjudian yang lain. Dindingnya kalis bunyi, lantainya diperbuat daripada Karpet Silk Ishafan iaitu karpet termahal di dunia saat ini. Karpet ini berasal dari Persia. Karpet ini dibuat oleh seseorang dengan keahlian yang luar biasa.
Gandingan warna cerah dan gelap adalah salah satu kemewahan karpet ini. Namun, yang membuat karpet ini sangat mahal adalah bentuk motifnya yang sangat rumit. Sofa yang sedang dia duduki itu di lapis dengan kulit bebulu beruang putih. Meja judi yang ada juga seperti disaluti dengan emas tembaga. Blues mengamati semua dekorasi yang ada di dalam bilik itu. Sesiapa yang masuk ke situ memang bertuah.
Saya dan pak cik Goren menoleh ke pintu masuk bilik itu apabila Seorang lelaki masuk bersama seorang lagi di belakangnya. Saya terkedu. Oh. Rupanya lelaki itu adalah lelaki yang saya jumpa kelmarin di Bay Beach Casino. Apa dia buat di sini? Saya memandang dia tanpa berkedip sebab saya hairan. Dia juga memandang saya dan dia berjabat tangan dengan Pak Cik Goren.
Everyone POV
"Thanks for coming, Goren. Now... kau sudah boleh bermain judi di tempat ni. Saya boleh berikan kau Keahlian sepanjang hayat kalau kau nak..." Willy menjemput Goren duduk di sofa bersebelahan dengan meja judi. Ted, si pembantunya menghidangkan whiskey untuk mereka. Blues, ditinggalkan sendirian duduk di sofa sebelah lagi. Ted, memberikan dia segelas Wine merah dan Blues hanya memberikan senyuman sebagai tanda terima kasih.
"Saya memang datang ke sini sebab nak bermain judi... tapi saya nak berhadapan dengan kau Young master of HARPER, boleh?" Kata Goren.
Willy tersentak.
"Dengan saya?"jemari Willy diacukan kepada dirinya sendiri.
"Yes, Young master. Don't get offence but I'm serious. Terimalah tawaran saya ni sebab saya ada 3 juta untuk dipertaruhkan malam ni."
Willy, menaikkan keningnya. Biar betul dengan orang tua ni. Dia meneguk segelas whiskey dan dia menoleh pada anak perempuan Goren di hujung sofa. Blues hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi, hanya sekilas renungan tajam.
"Kenapa saya? Banyak lagi lawan di luar sana?"
"Anggap saja saya terlalu hormati keluarga Harper. Ia akan jadi kenangan paling manis buat saya jika dapat bermain judi semeja dengan seorang HARPER." Jelas Pak cik Goren lagi.
Willy tersenyum. Mahu rasa bangga atau tercabar. Semua perasaan bercampur dan perasaan ego mula membajai hatinya.
"Kau tak risau ke, manatau saya bakal kalahkan kau dan kau akan rugi banyak duit. Saya tak akan tunjuk belas kasihan hanya kerana kau bawa bersama anak perempuan kau tu." Willy sempat mengerling kepada anak perempuan Goren yang juga memerhatikan mereka. Bila mereka saling berpandangan, Gadis itu merenungnya dengan tajam. Renungan yang sama dengan sepasang matanya yang cantik itu.
"Saya sanggup terima kekalahan jika saya kalah Young master. Saya akan berikan semua duit yang saya ada. Tapi jika saya menang, Young master kena ikut permintaan saya."
"Permintaan? Apa dia?"
"Saya akan jelaskan selepas kita tahu keputusannya nanti."Jawab Goren.
Lama Willy termenung di hadapan. Nampaknya permintaan Goren membuat dia sedikit tercabar. Tujuannya menjemput dia ke situ bukan untuk berlawan dengannya tapi hanya mahu memberikan dia peluang yang jarang diberikan kepada sesiapapun.
"So? Yes or no Willy?" Soal Goren lagi. Willy bangun dari sofa dan meminta diri sejenak dari ruang bilik itu. Dia membawa Ted bersamanya.
"Can You believe that? Dia nak lawan dengan saya... should I accept It?" Willy berdiri di hadapan Kaunter memerhatikan pengunjung sedang bersuka ria dengan kemenangan mereka.
"It's just Goren. Mungkin dia memang nak habiskan duit dia di sini. Kalau kau tolak, kita rugi. Kalau kau terima, saya yakin dia akan kalah. My advice is... Yes!" Ted menepuk bahu Willy. Mereka berbalas senyuman dan masuk bersama di bilik King Of Gambler semula.
Blues dan Goren sedang menunggu dengan sabar jawapan Willy. Meja judi sudah tersedia bersama daun terup. Mereka hanya perlukan dealer dan pemain.
"Let's start It." Willy masuk semula ke dalam bilik itu dan terus duduk di hadapan Goren. Ted pula berdiri di tepi meja judi dan dia nampaknya sudah bersedia mahu menjadi dealer untuk permainan itu. Goren dan Blues tersenyum penuh makna.
"This is gonna be good." Blues memaut bahu Goren dan Willy sempat menjeling tindakan mereka berdua.
Permainan dimulakan. Willy HARPER dan Goren memulakan pusingan pertama. Seperti biasa, permainan yang paling digemari oleh para gambler, Five Draw card.
Willy, fokus sepenuhnya pada permainan itu. Dia tidak akan kalah kepada Goren dan anak perempuannya yang membuat dia sedikit terganggu itu.
Selalunya dia bernasib baik, kali ini dia akan tahu nasibnya.
Akan bersambung....
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...