CHAPTER 23
Willy Harper terkedu sejenak. Perempuan?sejak bila ada perempuan menunggu dia. Dia mengurut dagu.
"Siapa? Saya tak ada perempuan... I mean, You know..."
Ted tertawa kecil.
"Rasanya bos kenal perempuan tu. Ni dia..." Ted menunjukkan gambar yang dia ambil tadi. Sempat dia mengambil gambar Blues sebelum dia beredar sebentar tadi.
Willy menyinsingkan mata memerhatikan gambar itu. Dia terkejut.
"Eh. Itu kan anak Goren. Lelaki yang kalahkan saya tadi. Sekejap..." Willy mengetuk dahinya.
Flashback...
Willy HARPER membawa Goren masuk ke dalam bilik khas untuk dia mendapatkan duit kemenangannya malam itu. Pembantu Willy sudah siap memasukkan duit di dalam bagasi hitam dan hanya perlu dibawa oleh pembantu Goren.
"4 Juta. Cash. Selepas duit ni kau bawa keluar dari sini, it's up to You. Kau kena cover up sendiri jika pihak berkuasa dapat hidu duit- duit ni. Heaven Tube tak akan ambil tahu lagi. Faham?" Willy membenarkan pengikut Goren mengangkat bag- bag penuh dengan duit itu.
"Terima kasih Willy. Sekarang kau kena dengar pula syarat saya yang terakhir.. kalau saya menang dalam pusingan terakhir dalam bidaan yang tinggi kau kena ikut permintaan terakhir saya ni... betul tak?" Goren cuba mengingatkan Willy.
Willy memandang wajah Goren. Sebelah kening naik dan dia mengaru belakang kepalanya. Banyak pula permintaan orang tua ni, bisik hatinya. Dah menang dan dapat duit, diamlah. Perlukah nak ada permintaan terakhir lagi. Aishh. Willy mendongak dagu.
"Kau nak saya buat apa?" Tanya Willy kemudiannya.
Goren menepuk bahu Willy.
"Pak cik nak minta bantuan kau sikit, boleh?"
"Pasal apa? Kalau pak cik perlu duit lebih boleh, tapi kalau pak cik perlukan orang... pak cik salah orang. Saya bukan di HARPER Point pak cik... I didn't work for my father. I work with Uncle Venture." Jelas Willy.
"Bukan. Pak cik tak perlu orang. Kau boleh tolong Jaga anak pak cik tak untuk sementara?"
"Huh???" Willy terpelam. Berkeriut dahinya bila mendengar permintaan Goren. Bukan main- main permintaannya.
"Anak pak cik? Siapa? Yang tadi tu ke? Buat apa saya nak jaga anak orang... saya pun kena jaga diri sendiri pak cik. Jangan mengarut lah. Saya tak sediakan service jaga anak orang... come on lah pak cik. Have some respect." Willy menggeleng sambil tertawa kecil. Di sangkanya orang tua itu hanya bergurau.
"Saya serius ni. Saya kena pergi jauh dari sini untuk sementara waktu. Pak cik tak ada sesiapa di sini untuk jaga dia."
"Kan dia dah besar panjang. Dia tau lah jaga diri sendiri. Oh my God, ada masa saya nak pening kepala jaga anak orang... ish! Tak nak lah pak cik..." Willy menolak. Dia merasakan permintaan Goren terlalu mengarut.
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...