Chapter 1 : Trafik Jammed

3.9K 148 5
                                    

Langit cerah di musim panas pada bulan Mei. Panas terik jangan ditanya. Kalau letak telur boleh goreng tanpa buang masa.

Walaupun suhu gerah bagai nak apa, ianya tidak terhadkan pengguna jalan raya dari bersesak di laluan utama menuju pusat bandar.

Di simpang empat jalan KU Road 2 kelihatan sebuah insiden kecil telah terjadi. Menjadi punca kesesakan lalu lintas slow dan jammed untuk beberapa ketika.

"Pin..pin!!!"hon sebuah kereta terhadap wanita tua bertongkat yang sedang terketar-ketar tunduk mengutip buah dan sayur dari situ. Buah dan sayur itu telah jatuh bergolek di atas jalan setelah beg kertas yang dibawanya koyak saat melintas jalan tadi.

Sudahlah seorang diri, tiada siapa yang nak menolong pula tu. Memang terketar-ketar la jawabnya wanita itu.

"Hei orang tua! apa yang lembab sangat tu...kutip cepat sikit lah.."

"Apa ni!orang nak cepatlah!!!"

"PIN!!!!!"

"Woi orang depan asal tak gerak!"

"Kau apahal...sabar tak boleh ke!"

"Apa ni...kenapa tak gerak! Lampu dah hijau tu!"

Bising mereka dengan lantang di depan lampu isyarat itu. Waktu itu di laluan pejalan kaki kelihatan seseorang dengan papan selaju sedang meluncur semasa mengunyah gula-gula getah di dalam mulut. Orang yang berada di papan selaju itu kemudiannya berhenti di depan lampu isyarat sebelum dengan selamba lompat dari skaterboard tersebut dan bergegas ke tengah jalan, lintasan zebra sebaik menyedari keadaan cemas wanita tua malang itu. Tidak menghiraukan suara bising-bising yang menghuru harakan keadaan, gadis itupun cepat-cepat membongkok mengutip sepah yang ada.

"Nenek, biar saya tolong kutip."aju gadis bertopi keledar keselamatan di kepala tanpa buang masa. Sebelum tunduk mengutip, sweater yang diikat sekeliling pingang di tanggalkan untuk dijadikan beg ganti. Buah-buahan serta sayur yang berterabur di atas jalan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sweater tersebut.

"Terima kasih cu...nenek tak tahu beg kertas tu akan koyak....maaf sebab menyusahkan." ujar nenek itu dengan suara terketar-ketar.

"Tak apa...mari saya tolong nenek melintas..." balas dia sebaik sahaja selesai mengutip. Dia kemudiannya berdiri tegak, memeluk bahu nenek itu sewaktu memimpin lintas jalan. Lambat kaki itu melangkah kerana bertongkat, namun sikit pun dia tidak merungut.

Tanpa sedar, air mata turun ke pipi nenek itu. Tangan yang memegang tongkat itu menggigil kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Hal itu disedari oleh orang itu sebaik sahaja mereka tiba di tepi jalan.

"Kita dah-"kata-kata gadis itu terhenti apabila melihat air mata jatuh menitis turun ke pipi berkedut milik nenek tersebut. "Kenapa ni...nenek sakit ke?Nenek jatuh tadi?Mana?"tanya dia lagi dengan resah sambil memeriksa sekitar badan dan tangan nenek tersebut.

"Nenek tak sengaja cu...bukannya nenek saja lambat-lambat...Anak nenek dia nak makan...dekat rumah tak ada makanan...kaki nenek pula tak kuat...sebab tu semuanya lambat"nangis nenek itu dengan sedih."Nenek tak tahu beg tu akan koyak... barang tu berat....nenek tak ada duit nak bayar teksi."

Dia berkerut kening apabila melihat wajah itu serta mendengar suara sedih nenek tersebut meluah isi hati.

Jangan la menangis. Nanti orang ingat dia buli nenek ni pulak.

"Nenek...janganlah nangis. Semuanya okay." tubuh itu dibawa ke pelukan. Belakang badan yang kurus tidak berlemak itu digosok dengan kasih. "Lupakan apa yang nenek dengar tu...mereka tak tahu...mana rumah nenek..mari saya hantar.."

Nenek itu mengangguk kepala lalu menunjuk ke arah kanan.

"Jom..."ajaknya sambil membawa barang untuk nenek itu.

5. Mr. RightWhere stories live. Discover now