Saya tgh layari internet beberapa tahun lalu lebih kurang pukul 1.00 am mencari2 episode2 lama Spongebob kerana saya peminat besar kartun tu masa saya masih kecil dan episode2 baru yg mereka tayang kat tv sgt membosankan. Jadi selepas melalui video2 berkualiti buruk dlm byk laman web asing & laman lain penuh dgb iklan tah pape, saya jumpa satu unofficial website yg ada episode2 penuh tanpa iklan. Okay, kualitinya x laa bagus, tapi lebih baik drpd laman2 lain.
Di bawah ada satu link yg berkata, "SpongeBob Lost Episode". Punya laa dungunya saya ni, saya klik pdnya. Saya fikir ianya mungkin satu jeritan atau sesuatu, tapi saya kliknya jugak. Saya dh bosan betul utk klik pd video tu & tontonnya. Saya betul2 terlupa tentang mencari episode2 lama tu.
Kualiti video episode tu amat laa sadis dan episode tu sendiri nmpk sgt dilupakan oleh penulis2nya. Seperti setiap episode lain, ia bermula dgn lagu tema. Title Card bertulis, "Patrick's Leg" dgn huruf2 buih2 timbul yg kita kenal & sayangi. Satu benda yg nmpk mcm xkena ialah selepas title card, transasi, drpd keluar buih2, ia cuma satu keadaan kabur kpd permulaan cerita.
Ia bermula seperti episode Spongebob yg tidak berbahaya, dgn Spongebob & Patrick melihat matahari terbenam. Tapi Patrick putuskan utk meluncur pasir, jadi mereka pergi laa meluncur. Buat masa ni masih lagi episode yg normal. Patrick kemudian cuba buat lebih kurang sejenis helah di atas pasir luncurnya tapi gagal. Hasilnya, Patrick terjatuh & terpatahkan kakinya, dan Spongebob pergi ke arahnya jika dia tak apa-apa. Semasa babak itu, drpd muzik bertemakan hawaii yg biasa, muzik yg lebih serius, lebih suspen dimainkan. Dan juga, Patrick menjerit dgn jeritan lebih kesakitan drpd yg biasa dia buat. Cukup utk buat saya rasainya. Baiklah saya rasa ianya masuk akal, dia baru je terpatahkan kakinya. Tiada apa yg pergi jauh drpd kebiasaan, kan?
Baiklah selain drpd opening & muzik dlm satu babak tu, ianya masih lagi seperti mana2 episode2 biasa. Babak seterusnya bertempat di hospital, di mana doktor bagitau Patrick yg dia kena guna kerusi roda buat sementara. Sambil mereka keluar, Spongebob tolak Patrick di atas kerusi rodanya di mana mereka bertembung dgn beberapa perempuan. Perempuan2 tu berckp tentang Patrick kerana kakinya & tanya jika mereka blh tandatangan balutan kakinya sambil mereka berjalan pergi dgn Patrick, meninggalkan Spongebob sendirian. Buat masa ni masih lagi seperti episode normal. Saya x ingat apa yg berlaku dlm keseluruhan episode tu jadi saya skip beberapa babak.
Di sini ianya mula menjadi seram. Berikutnya pada malam itu, Spongebob ketuk pintu rumah Patrick. Dlm babak ni, latar belakang nmpk lebih realistik dari biasa. Walau apa pon, saya cuba x ambil kisah tentangnya. Bila Patrick buka pintu Spongebob bagitau Patrick yg dia melarangnya berjumpa dgn perempuan2 tu lagi dh. Patrick jadi marah, x seperti cara dia marah secara normalnya. Ini kemarahan lebih realistik, dan dia bagitau Spongebob yg dia bencikannya. Perempuan2 yg ada pergi dlm ketakutan. Ini di mana saya mula rasa kelakar tentang episode ni. Spongebob mula menjerit, dgn suara yg mengejutkan betul2 dalam, sesuatu seperti "...oh yeah? Well as long as you hate me, I can do this..." dan mula memukul kaki Patrick yg patah secara ganas dgn batu. Kemudian, skrin menjadi statik utk sesaat dua, dan cut pd babak di mana Spongebob & Patrick saling bermaafan atas sesuatu semasa siang hari, kecuali gaya percakapan animasi & alih suara tu x sepadan. Animasi tu sgt laaa buruk, seperti ianya satu loop, dan ia berulang2 utk 4 atau 5 minit.
Saya dh ketakutan, tapi saya nk tgk bagaimana penamatnya. Skrin jadi hitam utk seminit dua, dan cut pd babak lain dari episode lain, di mana Patrick ada Jefferey Jellyfish di dlm wagon, dan kata, "C'mon Jefferey.", dan skrin jadi hitam sekali lagi, kali ini dlm 30 saat sahaja & cut kpd animasi CG Patrick membelah perut Spongebob terbuka dgn menggunakan satu cebisan terumbu karang yg pecah dgn darah realistik memercik keluar, sambil melihat pd skrin dgn bola mata warna darah pekat. Mulut dia x bergerak, tapi kamu blh dgr suara sayup2 dia berkata, "I knew this day would come!!!" dgn suara yg bergema.
Kamu juga blh dgr Spongebob ketawa utk sebab2 tertentu. Babak ni berterusan selama 3 minit, tapi tiada apa yg didengari tetapi statik yg semakin kuat & makin kuat, sehinggalah jadi bunyi kuat yg tiada siapa blh tahan.
Kemudian credits normal keluar, tapi dgn imej halus babak terakhir masih berjalan. Ya Tuhanku, imej tu akan terpahat dlm minda saya utk selamanya. Logo The United Plankton tidak ditayang seperti biasa.
Selepas video tu berakhir, ia beku, jadi saya kena reload halaman tu, tapi ianya dh tiada. Saya xdpt cari laman web tu lagi dh. Walaupon saya cuba cari "Patrick's Leg", tiada apa yg muncul. Saya faham jika kamu x percayakan saya, tapi saya tahu apa yg saya nmpk, walaupon ianya pukul 1 pagi. Apa kejadah saya layari internet pd waktu begitu?
Wow...Ceritanya blh tahan...Disebabkan Spongebob cemburu Patrick dpt perhatian, mereka bergaduh lepas tu berbaik semula. Tapi apasal Patrick gi belah perut Spongebob? Ergghhhh siap memercik darah membuak2 pulak tu, nmpk realistik pulak.
YOU ARE READING
Creepypasta Malay Version(Lost Episode)
Mystery / ThrillerSebelum korang tekan butang read, author nak bagitau awal2. Buku ni cuma ceritakan tentang semua episode cerita kartun yg hilang & x pernah ditayangkan di tv, dan juga kalau author nak, author akan post sekali urban legends & misteri2 yg ada di selu...