SOMEWHERE
Ruang perjudian itu dipenuhi dengan penghujungnya. Setiap meja mempunyai pemain yang berbeza. Dealer sedang mengurus pelanggan Yang datang untuk bermain judi, pelayan - pelayan pula berjalan ke sini sana memberikan minuman kepada semua orang yang ada memesannya.
Di hujung ruang perjudian itu, wujud satu meja yang dibiarkan kosong . Hanya ada seorang lelaki duduk di situ dan dia sedang memerhatikan showgirl melakukan tarian menghiburkan pengunjung yang datang. Sambil menikmati Minuman keras yang berwarna hitam itu, dia juga ditemani dengan cerut Louixs di tangan kirinya.
Beberapa minit kemudian, dia didatangi oleh sekumpulan lelaki. Mereka semua mengelilingi meja Itu dan lelaki tadi hanya menggeleng bersama senyuman nipis.
"Dia sudah bagi jawapan?" Soal lelaki itu kepada mereka.
"Belum bos. Dia masih tak nak bagi jawapan." Jawab salah satu daripada kumpulan lelaki itu.
"Hmm. Dia cakap apa dengan korang..?"
"Dia nak balik dulu dan dia akan fikirkan kemudian..."
"Balik? Macam mana dengan Takiya?"
"Dia nak jumpa dengan bos sekarang juga... dia ada benda nak cakap dengan bos. Dia tunggu di bilik VIP 4."
Lelaki itu menggaru pipinya. Dia meletakkan gelas whiskey di atas meja.
"Okay. I'll be there." Dia meninggalkan meja kosong tersebut saat itu juga.
BILIK VIP 4
Takiya, bangun apabila seorang lelaki memasuki bilik VIP 4 itu bersama dua orang pembantunya. Lelaki itu tersenyum padanya dan duduk di hadapan Takiya.
"Well Taki, apa benda yang kau nak bagitau saya? Kalau kau nak saya lepaskan si Goren, susah sikit sebab dia tak bayar hutang- hutang dia lagi." Kata lelaki itu.
Takiya mendengus perlahan.
"Saya tak minta kau lepaskan Goren Encik Mutah, tapi saya nak buat deal dengan kau untuk diri saya sendiri tapi ia tetap melibatkan Uncle Goren."Balas Takiya.
Berkerut dahi Encik Mutah mendengarnya. Dia dan Goren mempunyai perniagaan bersama termasuk beberapa buah kasino yang kini menjadi milik mutlaknya. Dia dan Goren sudah lama menjalankan perniagaan bersama tapi Goren tersilap langkah kerana cuba keluar daripada perniagaan itu dan akhirnya ditipu oleh kumpulan Kongsi gelap yang lain sehingga menyebabkan dia kini berhutang dengan Mutah.
"Deal apa bendanya? Kau siapa? Kau cuma anak buah si Goren yang dah tak berguna tu?"
"Dengar dulu Encik Mutah...Mr. Vin, telah menipu Goren. Dia memang sudah sediakan duit untuk bayar semua hutang dia tapi Mr. Vin, telah larikan semua duit tu..."
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...