Sumpah! Rasa macam segala sendi dekat dalam badan aku longgar. Gara-gara ketupat palas tok yang lima kilo ni! Haih. Sabar ajelah aku. Pandai pula tu ambil tempahan banyak-banyak tahun ni. Geram pula aku. Malas nak gaduh dah bab ni.
"Lusa nak raya dah tau. Tok jangan nak ambil lagi la kalua ada orang order."
Tok mak gelak. Sambal-sambil tangan dia dok membelek ketupat hasil tangan aku. Ala, senang cerita tok tu tengah 'quality check' ketupat. Tapi... Ini Jea-lah. Pejam mata pun boleh balut ketupat tau. Confirm-confirm ketupat jantan. Sebelah utara ni memang ketupat palas yang jadi 'pujaan'. Cicah pula dengan gulai daging. Makan memang tak ingat dunialah jawabnya! Sakit memang kena tanggung sendiri. Yelah, ada orang tak boleh makan ketupat sangat sebab pulut, nanti berangin satu badan. Ada orang tu, bantai aje. Kamikaze sungguh bab makanan ni!
Tak mainlah ketupat betina ni. Itulah sebabnya tok suka sangat kalau aku balik raya awal. Senang nak kerah aku balut ketupat.
"Tok buat lagu ni untuk hang jugak. Esok-esok hang menikah, dok dengan mentua... mesti jadi menantu kesayangan pasai tau balut ketupat." Yala tu tok. Iyerkan ajelah.
"Tak teringin nak kahwin pun tok." Sahutku perlahan sahaja volum suara. Risau kalua tok dengar. Matilah aku!
"Kahwin tu, kan Sunnah. Awat tak teringin? Esok tua sapa nak jaga hang?"
"Jaga diri sendiri la tok. Lani pun jaga diri sendiri, kan?" Balasku sambil membilang ketupat yang ada. Dalam kepala mencongak juga periuk besar mana nak guna untuk rebus ketupat nanti. Sejenis manusia yang malas nak buat kerja dua tiga kali. Hentam sekali harung saja, mudah. Senang kerja aku. Lagipun dekat rumah ni, dah macam kedai periuk ada. Dari sebesar-besar alam sampailah yang kecil-kecil tu. Semua ada!
"Ketegaq lagu hang memanglah. Esok sakit pening, sapa nak tengok. Ada ayah, ada abang buat jadi musuh. Padan muka hang sendiri." Ya, tok dah mula bebel.
"Tak mau cakap pasai tu dah."
"Orang nasihat tak mau dengaq. Lama mana hang nak buat ketegaq lagu tu? Orang sampai beranak pinak dah. Tak teringin ka nak tengok adik baru?"
Aku jeling sekali dekat tok. "Awat yang tahun ni tok boleh buka cerita pasai depa?" selalunya tok tak buka mulut langsung pasal 'orang sebelah sana'. Bertahun dah aku raya kat sini. Tok ni mak kepada arwah mak aku. Sejak ayah ada 'kekasih halal' baru, memang aku angkat kaki tak balik langsung rumah ayah dekat Terengganu.
Betullah kata tok, aku buat mereka semua jadi musuh aku.
Ayah, abang-abang... semua sudah jadi musuh aku. Sudah hampir lima tahun aku asingkan diri . Mula-mula aku buang diri aku sendiri dari rumah tu, tapi akhirnya mereka buang juga aku.
Ala, macam yang aku dok ramalkan.
Perempuan tu kahwin dengan ayah aku sebab nak balas dendam dekat aku saya!
Dialah yang hasut ayah dengan abang-abang aku supaya benci aku!
Memanglah... sampai mati pun aku takkan maafkan dia!
"Tu termenung apa lagi?"
Suara tok yang sedikit kuat buat aku tersentak.
"Jea tak mau cerita pasai depa. Kalau tok tak mau beraya dengan Jea tahun ni tak pa, Jea boleh balik Kuala Lumpur lani jugak."
"Cakap sikit merajuk."
Aku diam. Malas nak membalas. Nanti jadi pergaduhan pula dekat bulan puasa ni. Tak seronoklah nak beraya nanti.
"Tok nasihat kat hang saja. Selama ni tok perati saja. Bukan maksud tok biaqkan saja. Ni... tok sayang hang. Tapi kalau hang tak sayang diri hang sendiri, tok tak boleh kata apa la. Semua atas diri hang."
Aku Tarik nafas panjang kali ni.
Lima tahun...
Lima tahun jadi anak terbuang.
Bahagia?
Puas hati?
Langsung tidak!
Makin sakit jiwa ada kut. Sampaikan aku kena rujuk dengan pakar kaunseling masa dua tiga tahun selepas kejadian ayah kahwin lain tu. Baru rasa nak okay, tup-tup tok buka cerita semula.
"Jea..."
"Tok, Jea masuk dalam dulu." Aku bingkas bangun.
Tok tak tau pasal hati Jea. Kalaulah tok tau Jea hampir jadi gila, mesti tok takkan sebut pasal ni sampai Jea mati!
YOU ARE READING
Tentang Rindu
ChickLitkerana dia kahwin dengan ayahku maka aku jadi anak terbuang. salah ayahkah sebab kahwin dengan perempuan itu? atau salah perempuan tu sebab kahwin dengan ayah? apa yang pasti disebabkan perempuan tu, aku jadi anak terbuang. disebabkan perempuan tu...