special | before it's too late

216 20 3
                                    

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak update kat Wattpad ni. Especially Semanis Dakwah ni. Huhu, sorry.

Actually, kali ni aku nak share something yang aku dapat dari pengalaman aku.

This is just a normal chapter, yet bagi aku apa yang aku akan cakap ni maybe adalah another chapter dalam hidup aku yang aku sendiri tak pernah expect.

Maybe, apa yang aku cerita ni tak ada apa sangat, but for me, it's worth sharing. So, why not?

___

Alkisah... Ada satu weekend ni, aku ada jadi faci untuk satu kem ni dekat Pahang.

Current location aku: Gombak.

Supposedly, aku akan bertolak malam Jumaat. Tapi, last minute punya hal, aku kena bertolak petang tu.

So, dalam hari Jumaat petang tu aku bertolak ke Pahang dengan kereta. Senior aku bawak. Alhamdulillah, orang ada sedia transport untuk aku yang tak reti bawak kereta ni. Huhu.

Kalau tak, tak sampainya aku dekat Pahang.

Then, aku ni style mabuk kereta sikit. Tambah pulak, kereta akak tu dia punya perfume kereta dia tu... Pergh, tak tahan.

Awal tu gedik pulak aku nak main fon kan... Then, jadinya pening la aku. Aku pun tidur, sandarkan kepala aku dekat pintu kereta. Tapi, actually, aku tak tidur mati sangat, just nak hilangkan pening je.

Anyone kat sini yang faham aku, faham fefeeling bila mabuk kereta? Raise up your hands pleaseee.

Ok. Back to the story... Dalam maybe sejam perjalanan, tiba-tiba aku macam terjaga kejap, tapi still tutup mata tau... Then, tak lama lepas tu, aku rasa satu impact yang lain macam. Terus terjaga, bukak mata. The same time, aku dengar akak sebelah aku menjerit "Allahu akbar!"

Baru aku sedar yang kereta kami dah langgar divider tengah highway.

Saat aku buka mata tu, kereta kami tengah berpusing-pusing di tengah jalan tu, di tengah highway.

Aku beristighfar perlahan.

Takut. Aku takut sangat.

Aku rasa mungkin itulah pengakhiran hidup aku.

Lagi aku takut-- Aku pendosa.

Aku terfikir umi ayah aku. Aku anak tunggal. Kalau aku... Kalau aku tak ada... Siapa... Aku tak dapat bayang...

Aku hanya diam saat akak senior aku berdoa kepada untuk Allah selamatkan kami.

Terdetik di hati aku, sungguh aku yakin dengan Allah. Hanya Allah. Hanya Allah yang berhak selamatkan kami. Hanya Allah yang berhak menentukan pengakhiran kami. Dah tak ada orang lain yang boleh selamatkan aku.

Takkanlah Allah tak tolong orang yang meminta pertolongan-Nya. Aku tahu akak tu orang yang baik-baik. Tak macam aku. Aku doa dengan Allah agar terima doa dia. Agar Allah sampaikan pertolongan-Nya kepada hamba-Nya yang tengah meminta ni.

Ya Allah, tolong kami, dalam hati aku berdoa.

Finally, dah habis scene pusing-pusing, kereta tu berhenti di sebelah divider tepi highway. Alhamdulillah, semua orang selamat, kereta ja calar sikit. It's all happen too sudden.

Debar dia lepas tu tak habis-habis. Takut sangat-sangat. Nak kata bersyukur tu, tak terkira.

.

Aku teringat satu quote ni, from Hlovate (kyaaa fav writer ana 😆) : "The man that decided to change at the 12th hours died at the 11th."

Apa yang nak cakap kat sini, jangan tangguh sesuatu kebaikan. Jangan ragu-ragu untuk jadi lebih baik.

Sesungguhnya, kita tak tahu bila pengakhiran hidup kita. Jangan biar diri kita menyesal di sana nanti.

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now