Ketika aku ingin melangkah ke dalam sekolah, aku disergah dari belakang. "Eh mak kau hijau hijau!" terus aku melatah.
Terdengar suara orang sedang ketawa terbahak-bahak, aku melihat gerangan tersebut. Hish, Faris!
"Chubby, my mom is prettier than you. How can you call her Hijau?" ujar Faris sebaik sahaja ketawanya reda.
"Kau ni kan!" tengking aku. Aduh, depan pagar pun sempat lagi bergaduh.
"Dah, kerja untuk presentation dah siap ke belum?" soal Faris.
"Dahlah!" balasku geram.
"Eh-eh, tak baik bergaduh, nanti lama-lama suka." keningnya diangkat sebelah. Oleh kerana terlalu geram, kepalanya aku tunjal yang membuatkan dia terundur ke belakang.
"Hei Chubby!" jeritan itu aku abaikan. Aku berjalan laju supaya dia tidak bersemuka dengan cicak kobeng itu lagi.
_______________
"Ayra, Faris.." panggil Cikgu Faiza.
"Kami dah siap presentation cikgu!" kataku. Huh, dah trauma dengan kejadian hari itu.
"Cikgu nak minta maaf, sebab terlepas pandang. Okay, Ayra dan Faris, sila ke depan." baik juga cikgu ni, Nasiblah aku tak pernah menyumpah dia, kalau tidak, habis tak berkat belajar.
Aku dan Faris berjalan ke hadapan sambil membawa powerpoint yang ingin dibentangkan.
"Assalamualaikum kepada guru dan rakan sekelas sekalian. Hari ini kami ingin membincangkan tentang..."
Habis sahaja perbentangan, kami kembali ke tempat duduk.
"Dari sini saya dah boleh nampak siapa yang dapat markah tinggi." ujar Cikgu Faiza sambil memandang satu persatu anak muridnya.
"Siapa cikgu?" soal Adib, salah seorang juara kalau bab-bab presentation ni.
"Ayra dan Faris." aku terkejut, buat last minute pun boleh dapat markah tinggi. Terserlah rasa kecewa di wajah Adib.
"Tahniah, perbentangan awak berdua yang paling jelas, dan menarik perhatian saya." aku sudah tersenyum sampai ke telinga, jarang kena puji macam ni.
_______________
"Ayra wait.." panggil seseorang dari belakang.
"kenapa maya?" soalku.
"Kau buat apa dengan Faris dekat dalam library semalam? Something happen?" dia sudah tersenyum mengejek.
Aku mencubit lengannya yang membuatkan dia mengaduh sakit. "Hish, orang tanya je." tahupun marah.
"Aku dengan dia tak buat apa-apa. Just tidur, tukar baju.." Aduh, salah cakap. Hish Ayra!
"Tu.. Tukar baju?" dia menekup mulutnya. Hah mulalah, fikir bukan-bukan.
"Hish, janganlah salah faham. Aku bukan tukar baju depan dia!" Tengking aku pada Maya, lalu terus meninggalkannya di belakang.
"My lovely chubby.." terdengar suara yang menyebut gelaranku sambil menyanyi. Siapa lagi kalau bukan Faris?
"Goodjob. Jom makan, aku belanja." tangannya mengusap kepalaku yang berlapik tudung, cepat-cepat aku menepisnya.
“I'm not your lovely chubby or whatever..” kata–kataku terus terhenti apabila dia mendekatkan wajahnya padaku.
“Ap.. Apa?” tanyaku tergagap–gagap.
“Fall in love with me?” soal Faris.
Dia makin mendekat dan aku menjauh, jauh.. jauh dan sampailah ke penghujungnya, dinding.
Haih, macam drama! Lepastu apa? Kiss? Jangan fikir bukan–bukan Ayra!
“What do you expect?” Faris tergelak besar. Kelakar sangat ke kenakan aku?
“Dahlah, jom aku belanja kau makan.” dia menarikku menuju ke kantin sekolah.
“Duduk sini, aku tahu apa yang kau nak makan.” aku menunggu Faris sambil memandang sekeliling. Pandangan aku dibalas oleh semua orang. Dah kenapa pula ni?
Kalau ikutkan, setiap satu meja, ada aje yang berlainan jantina. Tapi bila aku dan Faris. Semua memandang curiga, hish, cucuk mata tu karang!
“Nah, Cha Kuey Tiaw.”
Aku memandang ke arah makanan itu, hush. Macam mana dia boleh tahu pasal makanan kegemaran aku?
“Macam mana..”
“Aku dah banyak kali tengok kau makan benda ni. Tak jemu ke, hari–hari menu sama je.” balas Faris.
“Makanan lain tak sedap. Kau pulak, hari–hari beli burger. Sedap sangat ke?” soalan apalah, mestilah sedap. Burger kot!
“Sedaplah. Lagipun aku tak suka makanan yang menyusahkan. Better simple macam ni. Tak payah bersudu, berkuah bagai.” balasnya sambil membuka balutan burger itu.
“Okay, makan dulu.” aku menyuap Cha Kuey Tiaw itu ke dalam mulutku. Huh, nikmat betul rasa dia.
“Sedap sangat ke?” soalan itu menghentikan aku dari makan.
“Sedaplah.” baru sahaja aku ingin menyuap, mangkuk itu disambar oleh Faris.
“Biar aku rasa.” pantas makanan itu masuk ke dalam mulutnya. Selepas itu matanya dijulingkan ke atas, haih Faris. Besar kecik besar kecik je aku tengok!
“Bolehlah..” dia memberi mangkuk itu kembali padaku. Hish, selamba badak je dia pakai sudu aku!
“Faris, kita ni musuh tau, bukan kawan.” ujar aku ketika dia sibuk membuka mulut untuk menggigit burger.
“Yeke, aku tak pernah tau pun yang kita musuh?” balas Faris sambil keningnya diangkat sebelah.
“Dahlah, jangan kacau aku. Aku nak makan!” aku terus menyuap makanan itu dalam keadaan marah.
Memang, memang bengang aje kalau bercakap dengan insan yang bernama Faris Asyrani ni!
YOU ARE READING
CHUBBY.. I LOVE YOU!
RomanceKisah percintaan seorang gadis yang dulunya gemuk, tapi sekarang sudah mempunyai berat badan yang ideal, dan yang paling tidak disangkakan, wajahnya bertukar 100 peratus menjadi seorang yang sangat cantik. Faris, seorang lelaki yang sudah sejak aza...