"Azhar bermalam lah kat sini malam ni ye..."
Aku tersentak dengan kata-kata ibu. Terbeliak biji mata aku. Boss tu dah lah dah pesan awal-awal masuk kerja esok. Ni dengan boss dan staff cuti esok ni kalau dia bermalam kat rumah keluarga aku.
"Betul tu. Bermalam lah sehari kat sini. Azhar boleh share bilik dengan Azlan. Nak balik ke Kuala Lumpur tu, ni dah lah nak senja. Tak baik balik senja macam ni. Lagi-lagi nak balik jauh ke Kuala Lumpur tu. Jauh tu.."pujuk abah mahu Azhar bermalam di sini sahaja malam ni.
Risau juga dengan keselamatan Azhar dan Azura jika mereka pulang ke Kuala Lumpur malam ni juga. Laungan sayup-sayup azan maghrib mula kedengaran. Bukan menghalang mereka pulang. Cuma risau. Memandu pada waktu malam macam-macam boleh jadi terutama semasa di jalan raya. Pemandu dan penumpang yang dapat musibahnya.
"Tak pe ke pakcik? Takut kehadiran saya ni menyusahkan pakcik makcik je.."Azhar garu kepalanya yang tak gatal. Saja je garu. Tengah cover malu. Tak pasal-pasal kena bermalam kat rumah orang ni.
Pakaian aku dah bertukar pakai palazo dan t-shirt lengan panjang. Aku sarung tudung shawl di kepala. Lilit simple je sebab berada dalam rumah. Kan ada tetamu. Takkan tak pakai tudung pulak depan boss aku. Aku masih menjaga aurat ketika bersama orang yang bukan muhrim walaupun dalam rumah sendiri.
"Tak de menyusahkan pun. Nanti makcik ambik baju Azlan bagi kat kamu ye. Mandi-mandi semua. Nanti boleh solat sekali."ujar ibu tersenyum.
"Zura..ambil kan baju abang kamu dekat bilik dia untuk Azhar.."arah ibu menyuruh aku.
Aku bingkas bangun dan melangkah ke bilik abang Azlan. Aku buka pintu bilik. Aku lihat Azlan tengah sikat rambutnya yang basah di hadapan cermin. Baru lepas mandi mungkin. Baju dia pun dah bertukar baju baru.
"Abang.. nak baju untuk encik Azhar. Bagi lah mana-mana untuk dia pakai."
"Kejap abang cari.."
Azlan geledah seketika almari pakaiannya. Azlan suakan baju t-shirt lengan pendek kosong dengan seluar tracksut adidas untuk Azhar. Aku hanya berdiri menunggu abang aku buat keje.
"Hensem jugak boss zura kan.."puji Azlan tiba-tiba.
Aku senyum. Dah orang puji boss kau hensem. Kembang lah sikit. Elelele.
"Boleh lah hensem jugak. Kenapa? Abang jeles ek? Tak lah. Kak Diana setia. Dia tak jatuh hati pun dengan boss tu. Abang tetap yang paling hensem dalam hati kak tau."gurau aku dengan sengihan.
"Sapa cakap untuk Diana? Abang cakap untuk zura lah. Azhar hensem tak di mata zura?"Azlan tayang muka nakal. Nak mengusik lah tu.
Aku tarik muka serius.
"Ape abang ni? Cepat lah. Bak baju tu lekaih. Boss tu nak mandi nak solat pulak lepas tu."saja aku tukar topik perbualan. Lari topik kejap nanti berjela-jela dia sakat aku.
"Elelele caringnya dia kat boss dia.."usik Azlan ketawa.
"Abang jangan nak buat pasal sekarang. Cepat lah!"
"Zura cakap lah boss zura hensem.."desak Azlan mahu bergurau.
"Abang..!!"jerit Zura separuh kuat. Geram.
Azlan ketawa kuat. Seronok betul menyakat adiknya seorang itu. Yela Azura tu dah lah duduk jauh, nak sakat pun bukan selalu pun. Hari ni jela nak mengusik dia sampai menangis pun. Hehehe.
************
Azhar keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Baru selesai mandi. Dia terus masuk ke bilik abang Azlan. Aku sempat mengerling sekejap ke luar bilik semasa aku tengah duduk berdoa di atas sejadah. Baru selesai solat maghrib. Azhar lalu depan bilik aku dengan tuala di bahunya. Rambutnya pula basah. Alahai segaknya. Aip Zura..
YOU ARE READING
BUAH HATI ENCIK BOSS
RomanceKisah percintaan antara encik boss dan staff kesayangan. Daripada bincang pasal kerja melangkah ke perbincangan peribadi. Daripada boss dan staff bertukar suami dan isteri. Mungkin enjoy. Tapi baca je. Cenggini 👍 kalau best. Komen kalau ada silap o...