TAKDIR CINTA KITA

576 36 73
                                    

Di Sekolah Menengah Ali Al Akhbar, keakraban dua insan bernama Alin Eziani binti Amir dan Azri Shamim bin Abdul Razak tidak dapat disangkal lagi. Kemesraan mereka sentiasa menjadi bualan di dalam sekolah dan luar alam persekolahan.

Tamat sahaja tingkatan lima, mereka membawa haluan masing-masing demi mengejar cita-cita yang menjadi igauan dialam persekolahan. Azri ingin menjadi usahawan berjaya, sama seperti ayahnya. Manakala Alin sebagai setiausaha terbaik.

Maklumlah, Azri merupakan anak orang berada manakala Alin sorang yang sederhana. Alin hanya melanjutkan pelajaran di institusi tempatan sahaja.

Bak kata orang, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manuasia siapa yang tahu” Azri berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dan bakal mewarisi jawatan ayahnya kelak.

Oleh kerana permasalahan keluarga Alin, dia tidak dapat menamatkan penggajian di peringakat yang sewajarnya. Kerjaya yang selayaknya hanyalah seorang kerani sahaja.

Suatu pagi yang tenang dan damai...

Dalam terkejar-kejar untuk menghadirkan diri ke interview pekerjaan, Alin terlanggar seseorang hingga dokumen yang dibawa berselerakkan di atas lantai.

Sedang tangan masing-masing mengutip kertas itu, mata saling berpandangan. Dari mata itu, mereka amat terkejut dan saling tergamam. Di ruang pejabat, Azri masih lagi terkenangkan peristiwa pagi tadi.

“Alin.. Alin.. kau masih sama seperti dulu comel tetap ada walau tidak secantik model” gumam Azri sendirian sambil tersenyum.

Manakala, di pihak Alin lain situasinya. “Aduhh tak sangka jumpa mamat tu kat sini”. “Apa dia buat kat sini ek?” Alin bercakap sendirian, sambil menuju ke tempat yang menjadi destinasinya. Bermulalah alam pekerjaan bagi mereka berdua. Alin tidak menyedari bahawa tempat dia mencari rezeki tersebut adalah kepunyaan cinta hati zaman sekolahnya.

Dua bulan bekerja di AzS Holding, Alin berasa amat selesa dengan persekitaran dan juga rakan sejawatnya. Kejadian seminggu yang lepas masih segar diingatan. Setelah dia mengentahui bosnya adalah Azri, terasa hati bagai nak meletup.

Semasa kejadian seminggu lalu....

Alin, nanti kita semua ada perjumpaan dengan bos besar syarikat ni” kata Miss Elly kepada Alin. “Oh..ok miss, nanti kita pergi bersama ye”

Detik itu pun tiba jua. Saat pintu ruang bilik perjumpaan di buka, semua mata tertumpu kepada seseorang yang segak berjalan masuk. Azri duduk bertentangan dengan Alin.

“Eh! Mamat ni buat apa kat sini” Alin terpempan. Miss Elly yang mendengar, lalu berkata “tulah bos kita Alin, Encik Azri takkan kau tak kenal?” manakala Azri pula hanya tersengeh melihat gelagat Alin. “comel” kata hatinya.

Tiga tahun kemudian…

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Kebahagiaan yang dirasai hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Sejak kehadiran seorang Zizi. Segalanya musnah hanya sekelip mata.

Dua tahun Alin dan Azri menjalinkan hubungan percintaan di alam rumahtangga. Sepanjang perhubungan mereka, hanya Alin yang bersungguh-sungguh dalam membina mahligai tersebut.

Manakala Azri hanya sambil lewa sahaja, hati dan perasaan Alin langsung tidak dijaga. Alin tetap seorang isteri solehah, lemah lembut, budi bahasa yang tinggi.

Hari demi hari, sikap Azri semakin menjadi-jadi. Kerap mengabaikan Alin. Apabila dirumah Azri banyak menghabiskan masa dengan gajet. Melayan aplikasi permainan dan telegram.

Bergelak tawa dengan seseorang di alam maya tersebut. Alin amat kecewa dengan perubahan suaminya itu. Tapi kerana cinta dan sayang Alin terusan menyimpan segala kekecewaan.

Pada awal pagi, telefon Azri berbunyi, menandakan ada mesej masuk. “Darling, jadi tak kita jumpa malam ni?” Rindu la.. Empangan airmata Alin hampir pecah gara-gara pesanan ringkas tersebut. “Siapa gerangan perempuan itu ye?” “Apa kurangnya aku?” monolog Alin dalam hati. Kecewa! Ya, dia amat kecewa diduakan oleh suami yang amat dicintainya.

Dikala malam lena Alin ditemani air mata dan rasa sebak. Memikirkan masalah rumahtangga dan layanan suaminya yang kerap dingin sering bertamu dibenak fikiran Alin.

Manakala Azri tiada rasa bertanggungjawab terhadap isterinya, malah dia rasa bahagia diulit rasa cinta dari sang kekasih hati yang baru dikenalinya.

Rupa dan gaya jauh lebih menawan dari si isteri. Tanpa dia sedari itu hanya perasaan palsu yang ditaburkan oleh seorang pisau cukur seperti Zizi.

Sepasang merpati dua sejoli sedang memadu kasih di persekitaran  dalam sebuah restoran, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Manakala disudut yang tercorot, terdapat sepasang mata yang sedang menikmati adegan tersebut dengan penuh geram.”U, nanti I nak barang-barang yang mahal tau”kata Zizi kepada lelaki tersebut. “Honey minta lah dengan Azri tu", acah lelaki itu. Halah..halah..U ni tak peka langsung. Azri tu cuma mesin atm je bagi I.

Betapa hancurnya hati Azri, apabila mendengar setiap butir kata yang keluar dari bibir manis sang kekasih hati. Dia tidak menyangka, sikap Zizi sedemikian rupa. Perhubungan indah yang terjalin antara mereka dusta belaka.

Jiwanya mulai serabut, perasaan bersalah pada isterinya makin menerjah kalbu. Dalam perjalanan yang tanpa hala tuju, Azri memberhentikan keretanya di perkarangan masjid untuk menunaikan solat fardu sekalian sunat taubat agar jiwanya kembali tenang.

Setelah itu, Azri segera pulang untuk mendapatkan isterinya. Alin amat terkejut kerana di waktu sebegini Azri pulang, jika tidak dia akan bersama dengan buah hatinya berfoya-foya di luar.

“Sayang, maafkan abang kerana selama ini abang banyak buat salah, abang berdosa pada sayang” luahan Azri buat Alin. “Kenapa dengan awak ni?, buang tebiat ke?” “tiba-tiba berabang, bersayang bagai” kata Alin.

Beberapa minggu telah berlalu, segala kemelut antara mereka berjaya di atasi dengan baik. Mendapat kemaafan daripada isteri tercinta, adalah suatu pekara yang amat berharga buat Azri.

Dia berjanji pada dirinya, perkara lama tidak akan kembali terjadi. Dia harus menghargai setiap detik yang ada bersama-sama isterinya. Semoga perhubungan kami di limpahi kebahagian serta di kurniakan rezeki yang mencurah…

Maaf andai ada salah.. teguran anda amat dihargai.. cover edit by @zaujahzainudin

Thanks to my bff ..love u all so much
             
Sunday 21 April 2019

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PELBAGAI CERITAWhere stories live. Discover now