1•Aura•

24 2 0
                                    

Pagi yang indah, Namisha menghias dirinya dengan mengikat rambutnya yang berwarna coklat hazel itu seperti ekor kuda. Lalu memakai pakaian yang berwarna putih dan kain berwarna hitam. Tambahan dengan balutan yang ada di seluruh badannya. Dia menyimpan pedangnya yang bersarung putih itu di sebelah kiri pinggangnya. Namisha melangkah keluar dari bilik, dia mencari kelibat manusia yang berada di rumah itu. Namun tiada sesiapa pun di dalam rumah itu walaupun Namisha sudah banyak kali memeriksa setiap bilik.

"Aik? Mana Hanani ni.. " dia menggaru kepalanya yang sudah gatal.

Kedengaran perut Namisha sudah berkeroncong ,dia melangkah masuk ke dapur. Kelihatan sudah tersedia makanan di atas meja dan ada sehelai kertas. Namisha mengambil kertas itu dan membacanya..

"Akak yang ku sayangi,

Maaflah jika daku tidak memberitahumu lebih awal kerana daku ingin pergi ke guild mencari kerja. Sebelum itu, daku ada masak serba sikit rempah ratus yang sangat istimewa. Maaf juga tidak membawa dirimu pergi kerja bersama.

Sekian dari adik kesayangan mu,
Hanani Okami. "

Namisha menyimpan kertas itu kembali, Tiada reaksi apa pun dari mukanya, dia hanya memandang makanan yang telah disediakan itu dengan muka yang sangat hambar lalu dia berkata seorang diri..

"Ber-daku daku pulak dia tulis dalam kertas tu yer.. Ku bagi makan siku juga budak ni kang... "

Setelah selesai makan, Namisha mencuci pinggan dan menyimpan pinggan di tempat sedia kala. Dia mengambil sehelai kertas dari biliknya lalu mencatat sesuatu .

"Adik ku yang cintai,

Terima kasih sudah memasak makanan yang teramat sedap ini. Sebelum itu, daku ingin pergi ke suatu tempat untuk berlatih. Jadi, jagalah rumah ini sebelum berpenghuni.

Sekian dari kakak kesayanganmu,
Namisha. "

Dia melipat kertas tersebut dan menyimpan di atas meja dimana tempat Hanani simpan sebelumnya. Namisha melangkah keluar dari rumah, haiwan peliharaan Hanani juga dibawa oleh Hanani. Itu bermakna dia pergi bersama Jingo, iaitu seekor kucing yang sangat unik kerana kucing itu mempunyai sihir pembesaran.

"Seekor kucing, seorang serigala" dia tersenyum kelam.

Kota bandar Frown.

Namisha berjalan ke kota bandar Frown mengambil masa kira-kira 45minit, sepanjang perjalanan ramai orang menegur Namisha secara ramah, ada yang mempromosi makanan kepada Namisha dan penjual disana juga mempelawanya untuk menyinggah ke kedai mereka. Namun Namisha menolaknya secara sopan. Takkanlah nak berkasar dengan orang yang ramah dengan kita pula?

Ketika Namisha ingin menuju ke Taman Bunga, Kota Bandar Frown. Kedengaran seseorang yang tengah memanggilnya.

"Namishaaaaa!!! "

Namisha berhenti seketika, dia memusingkan badannya kira-kira 90° . Kelihatan seorang figura manusia yang sedang berlari sambil melambai-lambai ke arahnya.

"Namisha! " figura itu sudah berada di depan Namisha, dia mengeluh keletihan. "Kau... Fuh.. Huh.. Kau.. " katanya yang masih tercungap-cungap.

"Kay.. "

Figura itulah bernama Kay, salah satu daripada rakan kongsi Namisha. Dia memakai pakaian serba putih bersertakan dengan rambutnya yang berwarna putih itu. Minat putih agaknya?

"Huaaaaaa Ishaaa sayang, i miss u" Kay menangis secara tiba-tiba. Ketika dia menangis, Kay membuat kesempatan dalam kesempitan untuk memeluk Namisha tetapi Namisha sudah dapat menangkap pergerakan Kay lebih awal.

"Kau tak yah lah dramatik sangat dekat sini. " amarah Namisha, Kay hanya menunduk malu dengan perbuatannya sebentar tadi lalu keadaan menjadi sunyi sepi kembali. Tidak sampai 10 minit, Kay mengusai tekaknya untuk bersuara.

"Dah dekat 5bulan kau tak pergi guild, kau ada masalah kah? " Soalnya prihatin. Namisha hanya mendiam diri dan terus berjalan.

"Namisha... "

Panggilan Kay diabaikan, Namisha hanya menundukkan kepalanya melihat tanah. Kay tahu Namisha seorang yang pedendam, dia tak pernah meluah apapun tentang dirinya.

Angin kencang bersepoi-sepoi, tanpa disedari seorang lelaki berjubah hitam baharu saja melintas di sebelah Namisha, Entah kenapa Namisha merasakan aura sihir yang luar biasa pada lelaki itu. Namisha melirik matanya pada lelaki berjubah hitam itu sehingga kelibatnya hilang dari pandangannya.

"Aura sihir apa kah ini? " kata Namisha dengan nada suara yang sangat kecil. Kay yang sedang merungut tidak dilayan oleh Namisha, malahan dia masih memikirkan lelaki yang beraura sihir yang luar biasa itu.

.
.
.
.
.
.
.
.

(Siapakah dia?)

ACHAVAWhere stories live. Discover now