Bab 13

2.5K 26 0
                                    


ADRISH kerling pintu yang sudah terbuka. Dia sudah dimaklumkan oleh setiausahanya bahawa Elise sudahpun sampai. Elise melangkah dengan penuh bergaya ke arah meja Adrish. Dia terus melabuhkan duduk di depan Adrish. Adrish masih sibuk melihat dokumen di depannya.

"Rish, you tahu kan I nak datang. Kenapa you tak siapkan kerja you tu awal-awal." Elise renung Adrish yang masih tekun dengan dokumen di depannya.

"You dah datang kan. Jadinya you tunggulah I lambat atau cepat." Adrish tidak peduli dengan rungutan Elise. Sudah biasa dengan rungutan Elise.

"Kalaulah I tak fikirkan mama kita berkawan, dah lama I tinggalkan you," kata Elise sambil membelek kukunya yang baru saja dirias cantik. Dia hanya mengenakan warna pastel untuk kukunya. Diletakkan batu mutiara palsu di atas kukunya.

"You tak sanggup nak tinggalkan I," balas Adrish. Bukannya sekali dua dia mendengar Elise mahu meninggalkannya. Tapi, tak pernah tinggal pun. Kalau merajuk sampai sebulan atau dua bulan itu dia sudah biasa.

"You jangan cabar I, Rish. Kalau I pergi nanti berputih matalah you," ugut Elise. Elise mencebik.

Adrish ketawa dan dia menutup dokumen di depannya. Dia memandang Elise lunak. Perempuan ini memang sentiasa anggun. Tak kira apa yang dipakainya.

"Eh, you baru rias kuku ke?" Adrish ubah topik. Kalau dibiarkan pasal hal ini, nanti tak pasal-pasal sampai esok mereka masih bertelagah. Elise terus sengih. Dia suka apabila sikap acuh tak acuh Adrish itu hanyalah sementara saja.

"Ingatkan you tak perasan pasal kuku I." Elise pamerkan wajah manja. Dia menggawangkan jemarinya di depan Adrish.

"I selalu perasanlah. You kan suka sangat rias kuku-kuku you tu. 3 hari sekali tukar corak dan warna. Kita dah kenal lamalah Elise. Kalau kita kahwin agaknya dah berderet-deret anak kita." Adrish ketawa besar. Tak dapat bayangkan dia dan Elise berkongsi hidup.

"You tak payah cakap pasal berderet anaklah. Tak akan jadi punyalah. You tu bukan berani dengan komitmen. Zakirah tu dah lama lari daripada hidup you..." Elise tutup mulutnya. Terlepas menyebut nama Zakirah.

"Siapa Zakirah tu?" tanya Adrish. Dia pandang Elise.

"Kawan kita dulu. You pernah sukakan dia." Elise terus cakap begitu. Jaf yang pesan jika tersalah cakap dan Adrish bertanya. Payah juga bila ingatan Adrish banyak yang hilang. Nasib baiklah nama dia tak tersenarai dalam kehilangan memori itu.

"Hmm, sudahlah. Nasib baik I hilang ingatan. Tak ingat zaman dulu," kata Adrish. Memang patut dia cari ingatan lama, tapi dia malas. Sebabnya selalu saja sakit kepala bila mencuba. Sudahnya dia bina kenangan baru. Kenangan lama belum tentu indah, entah-entah ada yang menyakitkan.

ADRISH dan Elise beriringin menuju ke lif. Semua mata tidak berkelip melihat Elise. Tak tinggi sangat, tapi dia satu-satunya perempuan yang selalu datang ke pejabat dan keluar makan dengan bos mereka. Lagipun, Elise memang cantik dipandang. Baju yang dikenakannya sentiasa padan dengannya. Masing-masing tak tahu status hubungan mereka berdua. Sampaikan ada yang mengatakan Elise adalah isteri kepada Adrish. Elise jenis tak bercakap dan dia hanya akan bersuara apabila tiba di depan meja setiausaha Adrish.

"Rish, you tahu tak? Orang kat pejabat you cakap I ni isteri you," beritahu Elise ketika mereka berdua berada di dalam lif.

"Tu pejabat I takkanlah I tak tahu. Biarlah. I malas nak betulkan." Adrish berdiri sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"You ni ambil mudah sungguh. Nasib baik kat tempat ni aje. Kalau kat luar juga habislah saham I." Elise melangkah keluar dari lif. Melenggang meninggal Adrish di belakang.

"Saham you tu tak pernah turun. Kalaupun you jalan dengan I yang terlebih handsome ni, ada aje orang nak mengayat." Adrish mencebik. Saham Elise tak pernah jatuh sejak dulu lagi. Ada saja pandangan lelaki yang gatal memandang dua kali ketika melihat Elise.

Elise pula ketawa terkekek-kekek, tapi masih lagi perlahan. Kontrol ayu. Lengan Adrish dipeluknya. Mereka menuju ke arah kereta Adrish yang diletakkan di sebelah kanan bangunan.

Elise terpandangkan seorang perempuan bersama dengan lelaki tinggi lampai. Nampak sepadan mungkin disebabkan perempuan tersebut agak rendah berbanding lelaki tersebut. Yang hairannya bukannya tangan perempuan yang menyauk lengan lelaki itu. Sebaliknya lelaki itu yang memeluk lengan perempuan tersebut. Elise kerutkan mukanya. Pelik.

"Kenapa dengan muka you?" tanya Adrish perasan dengan perubahan mimik muka Elise.

"Itu, you tengok. You tak pernah pun peluk lengan I kan. I aje yang peluk lengan you. Tapi, lelaki tu pelik dia yang peluk lengan perempuan tu. You tak rasa pelik ke?" Elise kerutkan mukanya lagi. Adrish pandang kepada pasangan yang ditunjukkan oleh Elise.

"Apa nak hairan, sama ajelah. Peluk lengan. Apa yang peliknya." Adrish juih mulut. Tapi, mata tetap melekat kepada pasangan itu yang sedang berdiri di depan cashier kafe.

"Bagi Ilah, itu membayangkan lelaki itu cinta separuh mati dekat perempuan tu. You ni itupun tak tahu." Elise cebik bibirnya.

Adrish ketawa. Cinta separuh mati? Ada ke cinta begitu? Mama dan papanya tak ada cinta seperti itu pun. Mama curang di saat papanya terlantar. Pasangan itu menghilang barulah Elise duduk di kerusinya. 

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now