part 31

588 15 1
                                    

Dia.. entah kenapa kehadirannya menarik perhatian. Peribadinya yang bersahaja membuatkan teman-teman senang mendekatinya. Kebijaksanaan dalam  tutur bicara dan  kepetahannya mencuri hati pengajar. Dia begitu sempurna.. tiada cela. Di mata Alisa, di hati Alisa...Neal adalah segalanya.

" Apa yang awak pandang?"  soal Alisa. 

Dia terus duduk di sisi Neal yang sepanjang hari diperhatikan, sedang mengelamun merenung langit.

 Neal memandang Alisa. 

Rasa hairan dan kecelaruan terlukis di kerut wajahnya.

" Awak tak perasan saya ke ? Hey! Kita sekelas lah!" geram pula Alisa bila menyedari  Neal yang merupakan pelajar yang menjadi tumpuan ramai ini, tidak mengenalinya!  

Hello! dia boleh dikatakan popular di sekolah ini, cantik, pengawas, walaupun tak pandai sangat tapi seorang yang aktif dan selalu terlibat dalam aktiviti sekolah.

Malah, dia merupakan pengerusi kelab fotografi sekolah dan ahli redaksi yang menerbitkan majalah sekolah setiap tahun. 

Tambahan lagi dia merupakan anak tunggal Dato' Adzhar yang banyak memberi sumbangan kewangan pada sekolah. Cukup pakej untuk buatkan dirinya popular di sini. 

Terguris betul imejnya bila Neal tidak mengenalinya.

Tetapi, Alisa tak mampu tersinggung lama, kerana Neal pun baru sebulan di sini. Dia pun baru-baru sahaja kembali ke sekolah setelah sembuh dari demam panas.

" Em.. awak yang duduk di meja kedua dari depan kan? " tuturnya lembut, sambil melemparkan senyum pada Alisa. 

Tersipu Alisa membalas senyuman itu. 

Rasa marah kini berganti debar. Hatinya terasa berdegup tidak keruan dan ia berterusan sepanjang perbualannya dengan Neal selepas itu. 

Dirinya pula terasa seperti di awangan bila dapat berborak mesra dengan Neal yang di sukainya ini. Rasa bangga semakin melebar bila menyedari ada mata yang menjeling cemburu melihat kemesraan mereka.  

Tetapi dia tahu Neal memang melayan semua orang dengan baik. Tiada keistimewaan, tiada beza. Jadi hari ini.. dia ingin membezakan dirinya dari mereka. Demi itu, dia mengumpul segala keberaniannya hari ini.. untuk..

" Saya.. saya sukakan awak, Neal!" luah Alisa sedikit menjerit. 

Bicara Neal yang rancak berbual tadi, terhenti. 

Alisa merenung Neal dengan penuh keyakinan dan keberanian. Rasa malu dan takut dibuang jauh-jauh. 

Bagi Alisa, dia tidak mahu mempersiakan peluang yang ada hari ini. Dia tidak mahu menjadi perempuan yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya pada lelaki yang paling di sukainya. Lalu, dikemudian hari, tertanya-tanya samada lelaki itu juga menyukainya. Dia juga perlukan jawapan, untuk kegilaan dan fanatik perasaannya ini pada Neal. 

Hari ini, dia akan settlekan semuanya! Tekad Alisa. 

Namun, 1 minit yang sepi ini terasa menyeksakan terutama bila Neal masih tidak memberikan apa-apa reaksi.

" Terima kasih " ucap Neal.  

Diusapnya kepala Alisa yang masih terpinga-pinga dengan jawapan Neal. Serentak, bunyi loceng kedengaran, membingit telinga.

" Jom masuk kelas, nanti lambat pula."ajak Neal. 

Dia bangun beredar meninggalkan Alisa yang masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Masih tertanya-tanya samada ini satu penolakan atau penerimaan? 

Kemudian, Alisa tersentak. 

Melihat tubuh Neal yang semakin jauh membelakanginya, dia sedar yang Neal tidak menerima cintanya.  Kekecewaan membuatkan dia terasa sebak dan terluka. Dia ingin menangis, dan lari jauh-jauh. 

Tetapi , dia tidak mahu hari dan memori bersama Neal berakhir begini.  Dia kecewa tapi masih dia mahu mengingati setiap saat bersama Neal hari ini. Berbual dengannya, ketawa bersamanya. Hari ini.. 

Jadi, walaupun kecil,  dia ingin Neal mengingatinya. Mengingati dirinya disebalik  ribuan gadis lain yang hadir dalam hidup Neal.  

" Awak! "panggil Alisa. 

Neal berhenti dan menoleh padanya. 

" Nama saya... Alisa!" 

Riak wajah Neal yang tenang berubah serta merta.

"Ali..sa?" ucapnya perlahan.

 Dia merenung Alisa lama, sambil mendiamkan dirinya.

  " Alisa.." Ulang Neal seolah-olah teringatkan sesuatu.  

" Maafkan saya.. " kata Neal bila menyedari renungannya membuatkan Alisa tidak selesa. 

Dia terus beredar pergi, meninggalkan Alisa yang tertanya-tanya. 

Keesokannya, waktu rehat, seperti biasa kelibat Neal akan  hilang sebaik sahaja waktu rehat bermula dan Alisa tahu dia ke mana.  

Neal akan berada di bawah pohon rendang di belakang sekolah, tetapi dia tidak berniat untuk menganggu Neal hari ini. Matanya melilau mencari..

" Kenny! "

Kenny yang sedang berborak dengan kawan-kawannya, memandang Alisa. Alisa sudah mengagak yang  geng Kenny ni memang suka melepak di dalam kelas semasa waktu rehat.

" Apanya?"

" Sini jap ! Aku nak tanya kau jap!."

" Ishh!" rungut Kenny, nak tak nak mendekati si Alisa ini. 

" Apanya!?" soal Kenny kasar, sebaik sahaja mendekati Alisa. 

Kerusi kosong di depan Alisa, ditariknya kasar. 

" Kau rapat dengan student baru tu kan?" tanya Alisa, sebaik sahaja Kenny duduk di depannya. 

" Neal?" kening kirinya terangkat sedikit. 

" A'ah! Dialah! "

" Boleh lah. Kenapa? Kau nak nombor  phone dia ke?" sengih Kenny, meneka.

" Taklah! Tu.. nape time rehat  jer, dia mesti lepak sorang-sorang kat bawah pokok kat taman belakang tu? Kenapa yer?"

" Lek elek.. biarlah dia nak buat apa pun.  Eh, camne kau tau ni? Kau skodeng dia hari-hari ke? Gile ler... kau stalker eh? "

Kenny ni suka sangat bergurau. Apa-apapun tak pernah dianggap serius. Suka berlawak, bermain dan bergurau tak kena tempat. Sebabkan perangai Kenny yang tidak serius inilah, semua budak perempuan kureng melayan si Kenny ini. Harapkan kacak je. 

" Loyar buruk lah kau ni!Aku tanya bukannya kau dapat jawabpun. Kau kata member rapat, apa pun tak tahu kan? "

" Aku tahulah! " tegas Kenny, rasa tercabar dengan sindiran Alisa. 

" Apa yang kau tahu?"

" Aku tahu yang dia tu.. ada sesuatu yang dia sembunyikan.. "

" Apa nye?" 

" Dahlah! Yang penting, kau takyah peduli pasal dia. Kan dia nice ngan korang girl-girl ni. Kalau nak admire ke, silakan.. fan club Neal ada, kau join lah fan club tu." 

Kenny bangun dari duduk. " Emm.. lagi satu,  aku nasihatkan kau tak payah dekati dia."

" Suka hati aku lah! Kau sapa nak warning-warning aku." marah Alisa. 

" Bukan aku yang cakap. Neal yang cakap." kata Kenny perlahan. Ada rasa serba salah di dalam nada suaranya itu.  Dia memandang Alisa serius.

" Dia kata, dia bencikan kau.  Apa yang terjadi antara korang berdua?"  

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now