Mereka berjalan bersama-sama.
Walaupun tubuh Kenny di sini, fikirannya sudah jauh melamun.Melayang mengingati hal Neal pagi tadi. Dia tidak pernah lihat Neal seperti itu.
Walaupun dia tidak mengerti, tetapi melihat wajah pucat itu, dan tubuh yang tidak diam gigilannya itu, Kenny tahu Neal ketakutan. Malah bukan ketakutan biasa, ia seakan seakan memori hitam. Memori yang tidak dapat ditaksirkan dengan kata-kata.
"Kau risaukan apa?" tegur Neal, menyedari Kenny yang tidak fokus.
Kenny senyum hambar. Ya, mereka saling memahami, tiada kata-kata yang perlu diucapkan, Neal tahu saja apa yang merisaukan dirinya, hanya dengan sekali pandang sahaja. Begitu juga dirinya. Dia juga tahu, jika Neal ada masalah.
Cuma yang membezakannya, Neal tidak suka berkongsi masalahnya. Terutama masalah yang melibatkan kisah silamnya. Lama kelamaan, Kenny berhenti mengambil tahu dan dia belajar mendiamkan diri dan hanya memerhati..
Cuma kali ini...
Dia dapat rasakan kali ini Neal tidak mampu menghadapinya sendirian.
" Aku risaukan kau."
" Aku? Kenapa pula?"
" Entah!" bohong Kenny.
Kedua belah tangannya diseluk masuk ke kocek seluar, satu habit yang dibuatnya bila ada benda yang tidak dapat dia luahkan. Habit yang Neal sedia ketahui, dan sedari saat ini.
" Hmm.. ok."
Jelas yang Neal tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Dia tahu, mungkin ada sebab Kenny tidak dapat kongsi kerisauan itu. Dia tidak mahu mengesa temannya ini.
"Tak usah risau. Aku akan OK." janji Neal seakan mengetahui.
Ok? Dah berapa kali janji itu kau ucapkan? Ia takkan mungkin Ok kali ini!Aku tahu! Walaupun aku dah berjanji pada diri sendiri yang aku tidak akan menyoal kau di kala kau dilanda kesepian. Ya, aku pernah berjanji akan hanya mengikuti langkah kau, sentiasa dibelakang kau memerhatikan kau, dan sedia ada tatkala kau perlukan aku, tetapi kali ini... aku ingin berada di sisi kau. Bersama-sama menghadapinya.
Hati Kenny masih resah. Terlalu banyak rahsia yang cuba disembunyikan, terlalu banyak cerita yang ingin dilupakan..
Di sini, walaupun dia lihat Neal berubah ke arah yang lebih baik,seperti apa yang dia mahukan, tetapi sejak menyaksikan hal pagi tadi, dia rasakan yang semua ini mungkin satu kesilapan. Wajah Neal yang dalam ketakutan semalam menganggu fikirannya. Apa yang Neal takutkan? Apa yang disembunyikan?
" Semalam, kau terjaga. Kau bermimpi buruk ke?" luah Kenny akhirnya.
Langkah Neal terhenti. " Kau perasan?"
" Ya. Semuanya. Kenapa? Ada kaitan dengan Alisya ke?" teka Kenny.
" Haish.. apa pula kali ini? Bukankah aku sudah tidak lagi bersikap dingin padanya , seperti yang kau inginkan?Kenapa ungkit tentang dirinya sedangkan dia tiada kaitan dengan aku."
Kenny terdiam. Neal melenting bila nama Alisya disebutnya. Kenapa perlu tersinggung, melainkan perkara itu benar? Apa yang berlaku pada Neal adalah disebabkan Alisya, bukan?
" I had a bad dream, that's all. It's nothing to do with anybody. " jelas Neal, sedikit menyesal meninggikan suara pada Kenny.
Tetapi bagi Kenny, Neal cuma hendak melarikan diri dari memberikan penjelasan. Kerisauan dan kekeliruan jelas di wajah Neal walaupun dia cuba sembunyikannya. Sekali lagi, bayangan wajah Neal yang dalam ketakutan menganggu fikiran Kenny. Tak mungkin dia dapat lupakan hal itu.
"Ok, baik. Jika itu yang kau mahu, tapi berikan jawapan bagi satu jer soalan aku ini."
" Soalan apa?" tanya Neal.
Mereka saling merenung.
" Kenapa sebelum ini kau menjauhi Alisya, dingin padanya, membencinya? Kenapa? "
.
.
.
Neal diam. Raut wajahnya berubah kosong, kaku.
" Aku jua tidak tahu .. kenapa. "
Ia begitu sakit, perasaan ini. Tapi, aku pasti hadapinya sendiri. Percayalah! Jadi demi persahabatan kita, tolong jangan pedulikannya. Perkara ini, biarkan ia jadi milik aku seorang- [Neal ]
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...