Merelakan.

30 1 0
                                    

Perasaan ini bercampur,
antara rindu dan kabur.
tidak dapat aku menerima hakikat,
kau telah tiada meninggalkan aku disini.

Di celahan orang ramai,
tanganku menggigil.
aku terkejut melihat situasi ini.
segala tangis aku cuba sembunyikan,
aku tersenyum kelat.
Tapi kesedihan ini tidak mampu aku tahan,
air mata ku tumpah juga akhirnya.

Segala kenangan kita, berlayar di ingatan.
Maafkan aku kerana lewat menjenguk,
saat aku tiba, hanya tubuh kaku mu yang terlihat.

Semoga kau tenang disana,
wahai bidadari dunia.
aku redha, dengan kepergianmu.

Tunggu aku,
kerna kita pasti akan berjumpa,
di alam sana.

Al Fatihah
280419.

Monolog hati Where stories live. Discover now