Two

504 22 1
                                    

Hyunjae x Sakura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunjae x Sakura

  Yuri pula baru terfikir untuk menghubungi Yena selepas terdengar Juyeon kata begitu pada Younghoon. Malangnya, Sunwoo dan Yena gagal dihubungi. Yuri kembali semula kepada Hyewon dan memintanya menghubungi rakan yang lain. Juyeon turut lakukan perkara yang sama. Namun, Hyewon dan Juyeon gagal menghubungi rakan-rakan yang lain. "Aku dah call semua budak perempuan kelas kita tapi seorang pun tak angkat" maklum Hyewon. "Samalah. Aku dah call semua budak lelaki kelas kita tapi..." Juyeon sengaja tidak menghabiskan ayatnya. "Pelik betul. Takkanlah dalam 20 orang tu seorang pun tak jawab panggilan korang?" sampuk Younghoon. "Apa yang lebih pelik, masa saya tiba di sekolah tadi, saya tak nampak orang lain pun. Sekarang seolah-olah hanya ada kita berempat dalam sekolah ni" kenyataan Yuri mengejutkan Hyewon, Younghoon, dan Juyeon. Mereka bertiga juga sependapat dengan Yuri.

  "Takkanlah hari ni hari cuti peristiwa tapi kita tak tahu?" kata Juyeon sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tak mungkinlah. Kalau hari ni hari cuti peristiwa, dah tentu-tentu Cikgu akan maklumkan melalui Whatsapp group" "Betul kata Hyewon. Semalam Whatsapp group kelas kita krik krik je" tambah Younghoon. "Sekarang apa? Takkanlah kita nak blah dah? Hari masih awal kot" soal Juyeon. "Aku tak tahulah korang nak buat apa. Apa yang aku tahu, aku nak pergi ke kafeteria sekarang" kata Hyewon dan terus beredar begitu sahaja. "Aku ikut dia" kata Younghoon pula sambil mengekori Hyewon dari belakang. "Awak pulak nak buat apa Yuri?" "Macam awak cakap tadi, hari masih awal dan kita masih tak boleh balik. Jadi saya pun tak tahulah nak buat apa." jawab Yuri. "Marilah kita pergi ke kafeteria"

  "Saya pun dah lapar ni" pinta Juyeon. "Tapi kafeteria bukak ke harini? Awak faham kan maksud saya?" soal Yuri pula. "Saya faham tapi apa salahnya kalau kita pergi periksa" ujar Juyeon. Juyeon dan Yuri keluar dari kelas dan terus bergerak ke kafeteria. Setibanya di sana, mereka berdua dapat melihat Hyewon dan Younghoon sedang makan dalam keadaan riang. Hyewon dan Younghoon duduk semeja. "Kafeteria bukak tapi kenapa takde orang lain selain kita?" gumam Yuri. Juyeon mara ke hadapan meninggalkan Yuri. Yuri pula ekori dari belakang. "Macam mana korang boleh beli burger tu sedangkan takde orang lain pun selain kita kat sini? Korang berdua curi eh?" tanya Juyeon selamba. "Kitorang berdua bayarlah Juyeon. Walaupun takde orang, kami tetap tinggalkan duit di tepi kaunter" jelas Younghoon. Hyewon angguk sahaja tanda dia setuju dengan Younghoon.

  Yuri menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri tidak pasti apa sedang berlaku ketika itu. "Wehhh Yuri, lepas aku habis makan, jom teman aku ke CC. Sakura game partner aku takde jadi kaulah pengganti dia" pinta Hyewon. "Sekarang masih waktu persekolahanlah Hyewon. Takkanlah kita nak ponteng macam tu je? Satu lagi, aku tak retilah main online game. Aku tak sesuai jadi game partner kau" ujar Yuri. "Daripada duduk termenung dalam kelas macam orang tak betul, lebih baik kita balik atau pergi ke tempat lain. Korang sendiri sedar kan selain kita berempat, memang takde orang lain dalam sekolah ni? Aku tahu sekarang masih waktu persekolahan tapi apa gunanya kita stay di sekolah kalau cikgu pun takde" bebel Hyewon. Itulah kali pertama Hyewon bercakap banyak kerana sebelum ini dia seorang yang pendiam.

[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now