Jacob x Nako
"Kalau begitu biar saya jadi umpan dia. Saya yakin Yuri tu akan serang mangsanya ketika mangsanya sedang bersendirian" Juyeon mengubah fikiran pada saat-saat akhir. "Tapi kalau awak buat macam tu..." Yuri mula bimbang akan keselamatan Juyeon. "Awak betul. Saya mungkin sasaran terakhir dia jadi apa salahnya kalau saya 'korbankan' diri saya untuk umpan dia keluar. Inilah satu-satu jalan yang kita ada" tegas Juyeon. "Tapi tindakan tu terlalu bahayalah. Kalau tersilap langkah, nyawa awak akan melayang" ujar Yuri. "Saya tahu tapi saya sedia ambik risiko sebab selain kita berdua, memang dah takde siapa boleh selesaikan kes ni. Saya tak pasti apa yang telah berlaku tapi sekurang-kurangnya kalau kita dapat tangkap si pembunuh dan bawanya dia ke muka pengadilan, itupun dah cukup bagus" ulas Juyeon dengan panjang lebar. Yuri diam membisu sahaja.
Entah mengapa dia rasa bersalah ketika itu. "Mari kita pergi sekarang. Tapi sebelum tu..." Juyeon mencapai sebatang besi lalu memberikannya kepada Yuri. "Gunakan besi tu sebagai perlindungan" katanya. "Biar saya keluar dulu. Awak ikut saya dari belakang tapi pastikan jarak kita agak jauh supaya semuanya berjalan dengan lancar" sambung Juyeon lagi. Sebaik sahaja keluar dari bilik CCTV, Yuri ternampak seseorang di padang sekolah. Yuri bergegas ke sana meninggalkan Juyeon sekali lagi. Yuri dan Juyeon tiba di padang sekolah beberapa minit kemudian. "T-Tak mungkin..." Juyeon sedikit terkejut melihat Yuri kedua yang berdiri di hadapannya. Wajah Yuri itu dan Yuri sebenar 100% sama. Body proportions mereka juga sama. Apa yang membezakan mereka berdua ketika itu adalah pakaian sahaja. "Tinggal satu mangsa lagi dan kemudian aku akan jadi sempurna" kata Yuri II tiba-tiba.
"Maksud kau?" Juyeon tidak mengerti. "Semalam kenapa kau tak datang sekolah?" tanya Yuri II kepada Yuri. Dia sengaja tidak menjawab soalan Juyeon. "Aku... Aku sakit kepala dan demam panas" jawab Yuri. "Dan kau tahu apa punca kau sakit kepala dan demam panas?" tanya Yuri II lagi. Yuri menggeleng. "Cuba kau ingat balik apa yang berlaku pada kau dua hari lepas. Kalau kau dapat ingat tentang tu, segala persoalan kau tentang aku bakal terjawab" Yuri II cuba membantu Yuri mengingati sesuatu. "Apa yang berlaku pada Yuri dua hari lepas?" kata Juyeon sambil memandang Yuri. "Dua hari lepas, Aku, Yena, dan Chaewon pergi ke sebuah kompleks kolam renang yang ditinggalkan. Kami bertiga saja melawat kawasan tersebut sebab dah lama teringin. Kemudian aku terjatuh dalam kolam renang yang masih ada air tanpa sengaja"
"Aku mungkin dapat sakit kepala dan demam panas selepas terjatuh dalam kolam renang yang kotor dan busuk tu" terang Yuri. "Bingo! Masa kau terjatuh dalam kolam renang itulah aku dilahirkan" "Kau dilahirkan? Maksud kau?" Juyeon ingin tahu. "Kolam renang di kompleks kolam renang itu bukan kolam renang biasa. Aura negatif manusia yang terjun atau terjatuh dalam kolam tu akan hilang. Senang kata, kolam tersebut umpama kolam penyucian. Tapi sebaik sahaja aura negatif keluar daripada badan manusia, 'kembar jahat' manusia tersebut akan lahir tanpa sengaja. Dalam kes Yuri, akulah kembar jahat dia" jelas Yuri II dengan panjang lebar. "T-Tak mungkin. Tak mungkin itu berlaku!" Yuri enggan mempercayai cerita Yuri II. "Mustahil dalam dunia ni boleh wujud dua manusia yang wajah dan badannya 100% sama Yuri." tegas Yuri II. Dia masih mahu Yuri mempercayai ceritanya.
YOU ARE READING
[Izone x The Boyz Special Fanfic 1] GONE [Malay Fanfic]
FanfictionSelepas seharian terlantar di atas katil kerana sakit kepala dan demam panas, Yuri kembali semula ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Setibanya di sekolah, Yuri merasa hairan melihat suasana sekolahnya yang sunyi dan sepi. Apabila tiba d...