CHAPTER 35

1.8K 215 17
                                    

MANSION

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MANSION

Pisau belati dialihkan daripada terus merobek isi telapak tangan Goren yang sudah lemah itu. Darah merah pekat mengalir di atas meja berlapiskan kayu jati yang menjadi saksi kekejaman Takiya terhadapnya.

Bila Goren tidak mahu berkerjasama, pukulan demi pukulan lansung tidak mengubah pendiriannya, Takiya mencari helah yang lebih kejam untuk membuka mulut Goren. Dia mengarahkan pengikutnya meletakkan tangan Goren di atas meja dan dia memotong satu persatu hujung jemari Goren jika dia enggan memberitahu di mana Blues berada.

Jari pertama, Goren hanya menjerit. Sesaat saja, hujung jari kelingkingnya terpisah daripada tangannya. Dia mengeletar menahan sakit. Takiya mengangkat pisau itu ke ibu jarinya pula.

"Bagitau saya Goren. Kau akan hilang semua jari kau...!" Ugut Takiya. Mr. Vin yang memerhatikan seksaan itu hanya mendiamkan diri. Dia tidak pernah melihat Takiya menjadi sekejam itu. Tapi dia tidak boleh berbuat apa- apa. Kini Takiya ada pemilik semua harta dan pengikut Goren dan juga Mutah dan dia juga bernaung di bawah Takiya.

"Sudahlah Takiya. Bunuh saja saya..."

PAKKK!
Ibu jari Goren dipotong seperti bukan daging manusia bagi Takiya. Dia merenung tajam wajah Goren. Nafasnya turun naik dan dia nampak sangat terdesak mahu Goren memberitahu keberadaan Blues.

Arghhh! Jeritan demi jeritan kedengaran. Goren sudah kehilangan 3 hujung jarinya. Mr. Vin terpaksa menghentikan perbuatan Takiya. Dia mengarahkan Takiya bertenang kerana perbuatan itu tidak akan membuka mulut Goren.

TOK.TOK.TOK

Pintu diketuk dan masuk seorang pengikut Takiya. Dia memberikan Sebuah kotak kepada Takiya dan apabila Goren melihat Kotak itu, dia mengelabah.

"Berani kau sentuh barang saya!" Jeritnya.

Takiya membuka kotak itu dan dia tersenyum apabila melihat Handphone Goren ada di situ. Rupanya orang tua itu memiliki Handphone simpanan yang lain. Ya. Siapa agaknya yang telah memberikannya Handphone itu. Takiya memerhatikan satu persatu pengikutnya yang sebelum ini adalah pengikut Goren. Pasti ada dalam kalangan mereka yang memberikan Goren Handphone itu.

Takiya memeriksa Handphone itu. Dia hanya perlukan ibu jari Goren untuk membuka password yang ada. Itu sangat mudah. Dia hanya perlu mengambil hujung ibu jari Goren yang baru dipotongnya tadi. Goren mendengus geram. Takiya tersenyum memerhatikan Skrin Handphone itu.

"Ohhh... ada satu nombor di sini? Siapa agaknya?" Takiya memerhatikan nombor yang tidak mempunyai nama itu.

Goren hanya diam. Dia menahan sakit jemarinya dan dia rasa sudah terlalu lemah untuk terus melawan kehendak Takiya.

"Saya nak kau buat panggilan dan bagitau yang kau sedang tunggu Blues di Mansion ni. Saya tau nombor ni milik orang yang kau arahkan untuk jaga Blues..." Takiya mempamerkan skrin Handphone kepada Goren.

THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now