BKC - 8°

3.4K 273 13
                                    

"Nombor tiga ni mesti bilik tidur aku."

Dub dab dub dab
(Bunyi drum)

Kreakkk

"HAAA!!! Kan betul cakap aku!! Boleh tahan bilik ni. Lebih cantik dari bilik stor tadi, huhh. Teringatkan bilik stor tadi buatkan aku rasa nak makan ghost pepper, biar aku naik hantu! Hehh.." Bebel aku geram. Ni baru bilik stor, belum bilik lain lagi.

"Huarrgg, penat nya. Lebih baik aku tidur dulu. Nanti-nantilah aku kemas barang."

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

(Ness POV)

Jam menunjukkan pukul 11:30 malam. Ingat tak janji aku dengan Akak Siti? Aku nak belanja dia makan. Haa ni lah dia sebab aku balik lambat. Bukan belanja makan je dia nak, siap teman dia shopping lagi. Sekarang ni aku bodyguard bos Affan ke Akak Siti? Haihh.. Macam-macam karenah kena layan.

"Akak, dah ke belum? Kedai dah nak tutup dah ni." tanya aku. Awal-awal lagi kami dah makan, aku yang bayar. Yelah kan, dah kata aku yang belanja, kenalah aku yang bayar. Ni nasib baik barang shopping dia bayar sendiri, kalau tak memang aku ni dah jadi anak ayam dia. Redo je lah, Ness.

"Sabar lah, Ness. Tengah cari saiz ni! Semua tak muat."

"Dah nama akak tu gemuk, memang lah tak muat." kata aku selamba.

"APA?! Ness ulang lagi sekali!"

"Ehh eerr Ness kata baju tu untuk saiz budak-budak. Memanglah tak jumpa saiz akak."

"Yeke?!"

"Yelaa... Akak tengok tu, dia tulis untuk saiz untuk budak-budak je kan?" tolong la cakap yang aku dah selamat.

"Ha'ah laa. Buang masa je akak cari. Ni nasib baik Ness bagitahu akak, kalau tak memang ke subuh kita dekat kedai ni."

"Dah laa. Jom kita balik. Dah nak tengah malam ni. Ada juga vampire nak serang kita nanti."

"Heii mulut tu jaga sikit!!"

"Haha.. Akak takut eh?"

"Mana ada."

"Akak, jangan menegakkan benang yang basah." aku teringat pulak peribahasa ni. Arwah makcik aku dulu selalu guna. Ishh, arwah dulu baik orangnya.

"NESS!!"

"AHHAHHAHAHAHHA.."

Di rumah pangsapuri

"Dah tidur ke budak tu?"

Pintu dibuka setelah aku menekan loceng banyak kali.

"Asal pintu ni tak kunci?! Kalau penyamun masuk macam mana? Ishh budak ni!!"

Gelapnya. Kenapa dia tak buka lampu? Kasut pula dibiar je macam tu dekat luar. Tengok rupa macam mahal, aku rembat nanti baru padan muka dia.

"Assalamu'alaikum.."

Krikk krikk

"Sah dia dah tidur. Huarrgg, ngantuk nya. Tidur je lah terus, malas nak mandi."

Keesokan pagi, aku tersedar dari tidur yang lena apabila terdengar bunyi bising dari arah luar bilik.

"Bunyi apa bising ni?! Kacau la aku nak tidur!"

Ehh? Dah pukul lapan pagi?

"Alamak, aku dah lambat." kata aku seraya mencapai tuala yang tergantung di kerusi dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi dan memakai baju,aku terus keluar rumah. Nanti lah aku sarapan. Aku betul-betul lambat dah sekarang ni.

(Bos Affan POV)

"Mana budak ni? Aku dahlah ada mesyuarat pukul sepuluh nanti. Hishh!" aku merungut

Tiba-tiba, bunyi hon kereta kedengaran di belakang aku.

"Sampai pun kau. Ingatkan dah lupa jalan ke rumah aku."

"Maaf bos. Aku terbangun lambat tadi. Maaf sangat-sangat."

"Hmm yelahh." dan kereta pun jalan.

"Semalam kau pergi mana dengan Siti tu?aku dengar tengah malam baru balik." tanya aku. Dari tadi diam, aku pula rasa seram.

"Kita orang jalan dekat pusat beli-belah. Belanja dia makan lepastu teman dia shopping. Tu yang lambat balik." amboii, bersuka-ria mereka semalam rupanya.

"Owh.."

"Okey dah sampai. Nanti bos ada mesyuarat, kan? Nanti aku jemput bos. Aku nak pegi sarapan dulu. Bosan aku duduk dekat pejabat bos."

"Okey... Aku pun bosan nak menghadap muka kau je setiap hari."

(Ness POV)

"Okey.. Aku pun bosan nak menghadap muka kau je setiap hari." aku memutarkan biji mata.

Eeiiii, geram pulak aku.

"Okey."

"Okey."

"Keluar lah! Buat apa dalam kereta ni lagi."

"Marah nampak."

"Errghh!!"

"Okey okey aku keluar." tak guna punya bos. Menyusahkan aku lah.

Vrommm

Dan aku pun berlalu pergi. Nak sarapan dekat mana eh? Mint kitchen? Taknak lah, mahal. Sandwich cafe? Boleh laa, tapi aku tak tahu jalan. Bukak waze jelah. Huhu..

Jalan lurus
Belok kanan
Belok kiri
Belok kiri
Jalan lurus
Dan terus ke hati saya
Chiaa chiaa chiaa

"Errkk.

.

.

Bersambung...

SILA VOTE YA TEMAN-TEMAN SEKALIAN
HUHUHU..

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now